Jadual Perlawanan Pahang vs MISC-MIFA Piala FA 21 Mac 2015

Malam ini ada satu lagi perlawanan Piala FA 2015. Jom mari lihat keputusan dan Jadual Perlawanan Pahang vs MISC-MIFA Piala FA 21 Mac 2015 malam ini jam 8.45 malam di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.


                                 
Piala FA 2015
Jadual Perlawanan Piala FA Pahang vs MISC-MIFA


Jadual Perlawanan Pahang vs MISC-MIFA Piala FA 21 Mac 2015

Hari Ini (Sabtu)

TERKINI

Pahang ( 2 ) vs ( 0 ) MISC-MIFA
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.


Lions XII ( 4 ) vs ( 0 ) KL SPA
Masa: 7.45 malam
Tempat:  Stadium Jalan Besar, Singapura.


Pahang akan menurunkan skuad terbaik mereka pada malam ini. Pada pertemuan terakhir ketika perlawanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Rabu lalu, Pahang kalah tipis dengan South China FC 0-1. 

Sebelum itu dalam Liga Super 14 Mac 2015 lalu, mereka kalah dalam perlawanan terakhir ketika bertemu ATM 0-1. Boleh rujuk ketika Keputusan Piala FA 17 Mac 2015 yang lepas untuk mengetahui pasukan yang layak ke peringkkat suku akhir.


Pahang Tidak Rela Berputih Mata



Jurulatih Pahang, Zainal Abidin sudah pasti akan menrunkan skuad terbaik mereka dengan menurunkan pemain import mereka Dickson Nwakaeme dan Martias Conti di bahagian serang. 

Di mana sebelum ini mereka kalah disebabkan tiada tidakan penyudah walaupun menguasai perlawanan.

Ketua pasukan Pahang, Razman Roslan juga akan kembali beraksi bersama pasukannya dan mereka terpaksa melupakan khidmat Hafiz Kamil yang baru saja melangsungkan perkahwinan.

Namun begitu Pahang tidak sesekali membiarkan kelab MISC-MIFA (Kuala Lumpur) menguasai perlawanan  dan juga memenangi dalam pertemuan malam ini. Pahang tidak mahu berputih mata lagi bertemu MISC-MIFA  di gelanggang sendiri malam ini jam 8.45 malam di Stadium Darul Makmur. 

Jom ramai-ramai peminat skuad Tok Gajah, penuhi stadium malam ini bagi memberi sokongan kepada skuad negeri Pahang mahu pun penyokong pasukan MISC-MIFA.

Jom ikuti Jadual Perlawanan Pahang vs MISC-MIFA Puala FA 21 Mac 2015 di ruangan blog sensasi2020.com ini. Bagi yang mengikuti secara live steaming boleh ikuti di MyKlik TV1 atau boleh tonton di kaca televisyen anda di RTM TV1.

Selamat menonton, menyokong dan terhibur dengan aksi mereka bermain malam ini nanti.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
1 Komentar untuk "Jadual Perlawanan Pahang vs MISC-MIFA Piala FA 21 Mac 2015"

rasa-rasa sapa yang boleh menang nhe??

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top