Kerajaan Mahu Kadar Caj Telekomunikasi Diturunkan

Kerajaan sebelum ini mendesak agar penguasaha atau syarikat pembuatan menurunkan harga barangan keperluan harian. Kini Kerajaan Mahu Kadar Caj Telekomunikasi Diturunkan pula. Ia adalah langkah yang tepat buat masa sekarang dimana caj yang ditetapkan oleh syarikat komunikasi tempatan adalah dianggap membebankan rakyat.



Kerajaan Mahu Kadar Caj Telekomunikasi Diturunkan
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Kerajaan Mahu Kadar Caj Telekomunikasi Diturunkan


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah pun memulakan pembincangan dengan syarikat penyelia perkhidmatan telekomunikasi (TELCO) di negara ini bagi mencari formula dan kaedah yang sesuai untuk dilaksanakan.

Kita sebagai pengguna telefon, sudah pasti rakyat merasa gembira dengan pengumuman oleh Kerajaan Mahu Kadar Caj Telekomunikasi Diturunkan. Kerajaan sudah semestinya inginkan kadar caj yang dikenakan oleh Telco dapat dikurangkan supaya ia tidak membebankan rakyat. Disamping itu, ia dapat menjimatkan kos sara hidup rakyat.

Ramai yang telah mengeluh, kadar yang dikenakan agar tinggi dan membebankan. Oleh yang demikian, sepatutnya kerajaan sudah lama perlu mendesak agar syarikat telekomunikasi tempatan menurunkan caj perkhidmatan. Biarlah ia berpadanan dengan mutu perkhidmatan dan kelajuan campaian internet atau jalur lebar.


Telekomunikasi Alat Perhubungan Terbaik


Kita sudah sedia maklum telekomunikasi adalah alat perhubungan terbaik sekarang ini. Boleh dikatakan semua lapisan masyarakat menggunakan telefon sebagai alat perhubungan. Oleh itu rangkaian talian telefon atau internet perlulah laju agar orang ramai boleh menikmati kemudahan ini dengan selesa, laju, cepat, pantas agar bersesuaian dengan caj yang mereka kenakan. Caj yang dikenakan sekarang agar membebankan pengguna dan biarlah ia akan turun dengan kadar segera. Itulah yang kita semua harapkan.

Malaysia mempunyai penduduk berjumlah 30 juta tetapi jumlah pengguna telefon bimbit berdaftar ialah 43.7 juta orang. Jika penurunan caj perkhidmatan diturunkan, ia sebenarnya tidak menyebabkan syaraikat telekomunikasi akan mengalami kerugian. Ini sebenarnya banyak menguntungkan syarikat telekomunikasi itu sendiri. 

 Mereka sudah ada pelanggan tetap yang sentiasa menggunakan perkhidmatan tersebut. Dalam masa yang sama mungkin lebih ramai yang akan tertarik dengan tawaran penurunan caj tersebut dan menyumbang lebih banyak keuntungan kepada syarikat terbabit. Perkara yang paling penting sekarang ini semestinya mendesak "Kerajaan Mahu Kadar Caj Komunikasi Diturunkan".
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
6 Komentar untuk "Kerajaan Mahu Kadar Caj Telekomunikasi Diturunkan"

ahai template baru bang kamil lebih pro inilah yang kemarin kecik sangat

mudah mudahan turun dengan banyaknya.

Dalam hal ni, pengguna boleh gunakan kuasa mereka untuk menekan penyelia telco bersama-sama kerajaan...

Tq bayu.... belum siap sepenuhnya... Insya Allah akan diperbesarkan.

yup Ikhwan..... kita doa byk2.

Betul tu Helmi, kalau org ramai bersatu mogok jgn guna boleh sebulan, boleh lengkup telco.

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top