Kelantan vs Lions XII Final Piala FA 2015

Kelantan vs Lions XII Final Piala FA 2015. Pada 23 Mei 2015 ini, yakni hari Sabtu merupakan satu perlawanan Final Piala FA di antara Kelantan vs Lions XII. Satu perlawanan menarik, kemuncak bagi merebut Piala FA yang diidam-idamkan oleh mana-mana pasukan. 



Kelantan vs Lions XII, Final Piala FA 2015, Akhir Piala FA 2015, Piala FA Final
Kelantan vs Lions XII Final Piala FA 2015


Kelantan vs Lions XII Final Piala FA 2015



Keputusan Terkini:

Kelantan ( 1 ) vs ( 3 ) Lions XII
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil.
Penjaring Gol:  Faris Ramli - minit ke-6 (SIN)
                            Wan Zack Haikal - minit ke-63 (KEL)
                             Sahil Suhaimi - minit ke-81, 90 (SIN)


TERKINI:

NOTA: Lions XII Juara Baru Piala FA 2015 mengalahkan Kelantan 3-1 aksi Final malam tadi.


Pada Sabtu ini, perlawanan kemuncak Final Piala FA 2015 diantara Kelantan vs Lions XII. Ia berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 8.45 malam. Aksi yang penuh dramatik, ibarat perlawanan Malaysia menentang Singapura. Dua negara berjiran yang sentiasa hangat dengan aksi hebat para pemain.

Kelantan layak ke Final Piala FA setelah mengalahkan Pahang dengan agregat 3-2, sementara Lions XII menghalang hajat Terengganu ke akhir Piala FA walaupun agregat seri 4-4, namun Lions XII layak kerana berkelebihan dapat gol di gelanggang lawan.

Kelantan telah berjaya ke Final Piala FA buat kali kelima dalam tempoh tujuh tahun selepas membuat penampilan pertama pada tahun 2009. Kali terakhir Kelantan mendakap Piala FA adalah pada tahun 2013 yang lalu. Sementara itu Lions XII merupakan penampilan pertama mereka pada Final Piala FA paa kali ini.

Kelantan sudah pasti akan menurunkan tenaga inport mereka seperti Austin Amutu, Gilmar, Edwin Carillo di bahagian serangan dan Mc Kaine di posisi pertahanan. Ini satu tugas berat untuk Piya untuk memastikan rakan-rakan mereka untuk memperagakan aksi yang menarik dan dapat memboloskan gawang gol Lions XII seawal mungkin untuk menaikkan moral dan semangat "The Red Warriors".

Dianggarkan jumlah penonton pada Final Paiala FA ini seramai 80,000 orang. FAM telah menetapkan bahawa pembahagian jualan tikel 30,000 untuk Kelantan dan 30,000 untuk Lions XII dan selebihnya sebanyak 20,000 tiket dijual secara online di www.tickethotline.com.my.

Jom semua rakyat Malaysia, kita penuhi Stadium Nasional Bukit Jalil pada sabtu ini bagi menyokong pasukan negeri Kelantan vs Lions XII Final Piala FA 2015, ibarat perlawanan diantara Malaysia bertemu Singapura.

Dapatkah Piala FA kekal di Malaysia atau akan menyeberangi Tambak Johor pada aksi Final Piala FA 2015 pada 23 Mei ini? Ayuh Kelantan boleh, Malaysia Boleh!

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Kelantan vs Lions XII Final Piala FA 2015"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top