Keputusan Terkini Final Piala FA 2015 Kelantan vs Lions XII

Keputusan Terkini Final Piala FA 2015 Kelantan vs Lions XII. Pada 23 Mei ini adalah penentu siapa juara dalam Final Piala FA 2015. Kelantan bertemu Lions XII di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8.45 malam. Jom mari pakat penuhi stadium untuk aksi menarik, perlawanan kemuncak bagi merebut juara Piala FA Malaysia musim ini.



Keputusan Terkini Final Piala FA 2015 Kelantan vs Lions XII
Final Piala FA 2015 - Kelantan vs Lions XII


Keputusan Terkini Final Piala FA Kelantan vs Lions XII


23 Mei 2015 (Sabtu)


Terkini:

Kelantan ( 1 ) vs ( 3 ) Lions XII
Masa: 8.45
Tempat: Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Penjaring Gol: Faris Ramli - minit ke-6 (SIN)
                           Wan Zack Haikal - minit ke-63 (KEL)
                           Sahil Suhaimi - minit ke-81, 90(penalti)(SIN)

NOTA: Lions XII Muncul Juara Baru Piala FA 2015 mengalahkan Kelantan 3-1 di Final Piala FA 2015 malam tadi.



Kelantan akan bertemu Lions XII di Final Piala FA 2015 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Mei 2015 jam 8.45 malam. Satu perlawanan menarik. Pertemuan wakil Malaysia Kelantan menentang wakil Singapura Lions XII. 

Kelantan akan terun dengan kebelasan utama mereka yang terbaik bagi menghadapi Lions XII. Kelantan mengharapkan kemenangan untuk mengekalkan Piala FA terus berada di Malayisa. Kelantan tidak rela membiarkan Piala FA 2015 terlepas ke Seberang Tambak Johor, Singapura.

Kelantan layak ke Final Piala FA 2015 setelah mengalahkan Pahang pada 16 Mei lalu dengan agregat 3-2. Singapura membenam penguasaan Terengganu apabila mengatasi dari segi jaringan di tempat lawan walaupun dari segi jaringan mereka sama, yakni 4-4.


Kelantan Sedia Bedil Lion XII


Kelantan sudah pasti akan menurunkan kebelasan terbaik mereka dengan menurunkan kesemua pemain import mereka. Kenatan mengharapkan sentuhan berbissa Austin Amutu dari Nigeria, Gilmar Da Santos (Brazil), Erwin Carrilo (Colombia) dan Jonathan Mc Kain (Australia).

Lions XII mengharapkan ayam tambatan mereka, Mohd Khairul Nizam dan Mohd Khairul Amri untuk merobek gawang gol yang dikawal oleh Mohd Khairul Fahmi. Dua penyerang ini perlu dirantai jika "The Red Warriors" mahu mendakap Piala FA 2015 pada musim ini.

Kita harapkan sokongan padu daripada penyokong setia untuk sama-sama bersorak secara berterusan agar memberi kemeriahan di Final Piala FA 2015 musim ini. Kehadiran penonton dan sorokan padu dari peminat akan meningkatkan semangat pemain untuk beraksi lebih baik.

Jom ikuti Keputusan Terkini Final Piala FA 2015 Kelantan vs Lions XII pada 23 Mei 2015 jam 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Saya berharap kita, Kelantan Juara Piala FA 2015. Insya Allah....

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Keputusan Terkini Final Piala FA 2015 Kelantan vs Lions XII"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top