sensasi2020

Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM | sensasi2020 Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM - sensasi2020

Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM

Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menarik balik Sijil Pengesahan Halal yang dikeluarkan oleh 297 buah kafe nilik Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn.Bhd, yang beribu pejabat di SS25/28 Taman Mayang, Kelana Jaya, Petaling Jaya Selangor.




JAKIM Tarik Sijil Halal Secret Recipe
Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM


Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM


Kilang Secret Recipe telah mula beroperasi pada tahun 1997. Ia diasaskan oleh Datuk Steven Sim, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan. Kilang ini dibuka di SS25/28, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor. Ia mempunyai cawangan sebanyak 297 kafe di Malaysia dan 70 buah lagi di luar negara.



JAKIM Tarik Sijil Halal Secret Recipe

JAKIM Tarik Sijil Halal secret Recipe
Pengesahan Kenyataan Di Media Tentang Isu Penarikan Sijil Halal Secret Recipe



Sebelum ini, Secret Recipe tiada masalah berkaitan Sijil Halal daripada JAKIM. Namun pada 7 Mei lalu, JAKIM telah membuat pemeriksaan setelah difahamkan Sijil Halal daripada syarikat itu sudah hampir tamat tempoh. Maka adalah menjadi kebiasaan pihak JAKIM untuk membuat pemeriksaan ini bagi mengeluarkan Sijil Halal baru kepada syarikat Secret Recipe.

Apabila pemeriksaan dibuat, pihak JAKIM mendapati syarikat menjual kek dan pelbagai jenis makanan itu telah melanggar Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia melibatkan kesalahan-kesalahan kebersihan yang serius.

Maka Sijil Halal syarikat tersebut ditarik balik pada 7 Mei lalu tetapi ia tiada kaitan dengan kesalahan penggunaaan bahan-bahan haram dalam pemprosesan produk keluaran syarikat tersebut.

Jesteru itu, pihak JAKIM telah memanggil pengurusan Syarikat Secret Recipe dan mereka berjanji akan melakukan tindakan segera berhubung kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

Pihak JAKIM akan membuat penilaian semula terhadap pemohonan untuk mendapatkan semula sijil halal tersebut setelah tindakan pembetulan dibuat.



Apa Kata Pengurusan Secret Recipe Dalam Isu Ini?


Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn.Bhd memberi jaminan bahawa bahan ramuan dan proses pengendalian makanan yang dijual kepada pelanggannya masih mengikut Manual Prosedur pensijilan Halal Malaysia.




Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM
Datuk Steven Sim - Secret Recipe


Kalau mengikut satu kenyataan yang dikeluarkan di laman web syarikat berkenaan di Facebook, pihaknya akan mematuhi manual tersebut dan akan memohon semula bagi mendapatkan kembali Sijil Pengesahan Halal tersebut daripada JAKIM, apabila segala aspek "Halalan Toyyiban" dilaksanakan bagi menyakinkan pengguna mereka terutama yag beragama Islam.



Sijil Halal Secret Recipe Ditatik JAKIM
Secret Recipe - Notis Pelanggan




Mereka (Secret Recipe) telah membuat pengubahsuaian tehadap kilang mereka di SS25/28, Taman Mayang, Kelana Jaya, Petalin Jaya. Selangor. Apa bila pengubahsuaian dilakukan, maka kilang itu kelihatan agak comot dan ini menyebabkan status pensijilan itu ditarik balik, walau pun sebelum ini ia telah digantung. Tempoh 14 hari yang diberikan tidak cukup buat mereka untuk melakukan segala prosedur tersebut.

Kalau mengikut "Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia", mana-mana syarikat boleh memohon semula dalam tempoh 6 bulan setelah segala kepeluan terhadap tahap kebersihan, pembuangan sisa-sisa makanan, bahan-bahan mentah, penyediaan bahan-bahan makanan dan pengubahsuai tersebut telah siap sepenuhnya.



Semua Kilang Perlu Mengamalkan Halalan Toyyiban


Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM. Untuk mengelak daripada ditarik bali sijil halal, semua syarikat di Malaysia yang mengendalikan bahan-bahan makanan bagi pemprosesan dan pengeluaran berasaskan makanan perlu memastikan status Halalan Toyyiban dipatuhi.

Ini kerana, status halal bukan sahaja bergantung kepada kandungan yang terdapat kepada makanan tersebut semata-mata, sebaliknya ia turut melibatkan aspek kebersihan. Untuk mengelakkan perkara ini terjadi (sijil ditarik balik), Halalan Toyyiban harus diterapkan dalam memastikan semua aspek halal tersebut dipatuhi sepenuhnya. Ia penting bagi pengguna terutamanya yang beragama Islam yang sentiasa peka dalam memilih makanan yang mereka makan setiap hari.

Pihak JAKIM, yakni jawatankuasa halal terbabit akan berfungsi lebih aktif dan sentiasa bergerak dalam memastikan syarikat-syarikat pengeluaran berasaskan makanan itu, bukan sahaja halal dari segi bahan-bahan mentah mereka tetapi juga bersih dan suci dari segi persekitaran kilang dari masa kesemasa.

Perinsip yang harus dipatuhi dan ditekankan dalan pensijilan halal itu bermaksud setiap syarikat perlu melaksanankan "Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) iaitu soal kebersihan ketika pemprosesan produk.



Apa Itu Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP)?



  • Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) diwujudkan bagi membantu pihak industri mencapai piawaian pengeluaran makanan yang memenuhi kehendak keselamatan dan pengguna.
  • Garis panduan itu menyediakan panduan tentang elemen-elemen utama GMP dalam industri makanan bermula daripada penerimaan pengedaran produk,
  • Menjamin keselamatan makanan supaya ia tidak menyebabkan kesihatan pengguna terjejas.
  • Skop garis panduan itu terpakai kepada semua jenis industri makanan di Malaysia termasuk bidang pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan. penstoran dan pengeluaran.
  • Antara terminologi dalam GMP adalah melibatkan pembersihan, pembuangan kekotoran, sisa baki makanan, habuk, gris atau lain-lain bahan pencemar yang menjejaskan kebersihanan.


Namun kita sebagai pengguna perlu memastikan semua makanan yang kita makan itu halal, bersih lagi suci dan bebas daripada segala pencemaran bahan-bahan ketika penyediaan. Umat Islam amat menitikberat tentang status halal, makan mereka perlu tahu setiap pekedai atau kedia yang menjual produk mereka mendapat sijil halal. Kalau tidak dipatuhi sepenuhnya maka terjadilah seperti ini "Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM".
  
26 Komentar untuk "Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM"

kena hati-hati nak makan sekarang ni.. masak sendiri pun tak tau kandungan nya

Dah lama x makan secret recipe ni...

Halal suci dan bersih adalah pilihan yang patut umat Islam amalkan..bukan hanya memandang kepada SIJIL HALAL sahaja...

dah lama tak tengok logo jakim, lawak pula design dia

Betul tu... kena pastikan juga bahan-bahan yang kita beli untuk buat kek di rumah pun kena ada logo JAKIM, barulah terasa yakin sedikit.

Harganya agak mahal la...itu sebab ramai yang berfikir panjang untuk makan di Secret Recipe.

Betul tu Noriza.... kadang-kadang Sijil Halal tu dah nak habis tempoh, walhal dalam tempoh selepas tersebut, mana-mana syarikat akan menggunakan bahan-bahan yang entah halal ke tidak dan dekat dengan tempoh sijil mati mereka berhenti dulu penggunaan bahan yang tidak dibenarkan.

Bagaimana ya rupa logo halal JAKIM sekarang. Adakah sudah ada perubahan?

Kek2 secret recepie sedap2.. mmg best. Ralat jugak bila hal mcm ni berlaku.. suka kek dia.. sedap & unik.. :D

seharusnya semua makanan yang tersedia sdh halal.
www.situsaya.com

jika ternakan pun masih ok ..cuma akan timbul perasaan was-was..bila dah keadaan begitu lebih baik tinggalkan sahaja..lebih bagus

lagi sedap masak kat rumah.. dh la mahal makanan kat situ.. sayang duit oh.. beli mahal2 tapi x kenyang... ki ki ki

Aspek kebersihan dan juga pekerja muslim juga dititik beratkan untuk mendapat prosedur halal dari JAKIM

sebab ade prob dari segi kebersihan je bukan dari segi halal kan

Info yang amat berguna untuk makanan halalan toyyiba...

reputasi secret resepi memang terjejas..semoga ia dapat membersihkan namanya secepat yang mungkin..

Salah sebab pengendaliannya bukan sebab barang terlarang tapi orang kita sangat sensitif bab Halal ini. Ramai yang jadi pakar Halal segera

nasib gua dah lama tak makan kek ni

hhaha itu akibatnya..
www.situsaya.com

oh kena tarik ye.saya order kek dengan kawan kawan je.terasa full bila makan kek secret resepi ni.

kenapa ye...betul ke tak ni..say skrg hari hari makn kek indulgence tu...:(

informasi yang berguna semoga bermanfaat untuk kita semua, terimakasih

yang penting halal. Betul kan?
http://bloggedewek.blogspot.com

yahh,, sekarang memang harus hati2... ^_^

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top