Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2015

Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2015 akan diadakan lagi pada tahun ini untuk berhimpun dalam satu majlis yang besar-besaran. Edisi tahunan ini akan di adakan kelainan sedikit daripada tahun-tahun sebelumnya, yakni ia diadakan di luar dewan. Ia bagi mengeratkan lagi perhubungan antara satu sama lain.



Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2015
Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2015


Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2015


Pada tahun ini, para blogger akan berkumpul pada 13 Jun 2015 di Komplek Sukan Lasak Putrajaya, Taman Cabaran, Presint 5, Putrajaya untuk menyambut satu majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2015. Ia berlangsung jam 8.00 pagi sehingga 5.30 petang. Ia berlainan sedikit daripada tahun-tahun sebelumnya. ia diadakan di luar dewan. Majlis ini telah diadakan setiap tahun bermula pada tahun 2012 lagi.

Syukur...Alhamdulillah, saya masih lagi berpeluang tahun 2015 ini untuk ke majlis ini. Saya majlis yang pastinya lebih meriah daripada tahun lepas. Insha Allah..... Jika tiada aral melintang, saya dan anak perempuan saya akan turut hadir. Saya telah mendaftar semenjak hari pertama lagi untuk pendaftaran penyertaan di majlis ini. Jika mahu mendaftar diri bolehlah kunjungi di blog sbb.my


Senarai Penaja Sepetang bersama Blogger & Yeo's 2015



Penaja utama majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2015 sudah pastinya YEO'S MALAYSIA yang akan membekalkan segala minuman yang digemari ramai ini. Minuman yang berkhasiat untuk seisi keluarga yang terkenal di Malaysia dan luar negara. Ia bekerjasama sekali lagi dengan Denaihati Network untuk penganjuran aktiviti ini. Yeo's juga telah menjadi penaja utama pada SBBYEOS2014

Yeo's Malaysia telah bergerak proktif dalam sosial media dan bersama blogger-blogger dalam alam maya bagi meraikan dalam satu majlis besar-besaran pada tahun 2015 pula. ia juga sering mengadakan peraduan untuk pengemar-pengemaran minuman mereka.

Kumpulan Media Karangkraf juga telah sudi untuk menjadi penaja rakan media pada majlis kali ini. Ia menawarkan pelbagai bacaan dan rujukan untuk pasaran Malaysia terutamanya.

Sementara itu, pihak The Photolicious juga telah bersetuju menjadi jurugambar dan juruvideo rasmi sepanjang Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2015 berlangsung. Selain itu juga pihak eQurban Resources Sdb Bhd dan Jam Tawaf Magnetik Denaihati telah bersetuju untuk menjadi penaja bersama dalam majlis ini.



Hadiah dan Cabutan Bertuah Menanti Peserta


Tidak ada serinya jika tiada hadiah dan cabutan bertuah untuk para peserta Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2015. Pada kali ini ada acara yang diberinama "Acara Blogger Treasure Hunt" menawarkan sejumlah RM5000 tunai dan juga hamper.

Bukan itu saja, peserta juga berpeluang mendapatkan cabutan bertuah berupa iPhoen 6, Samsung Note Edge dan beberapa hadiah lain lagi sumbangan daripada penaja dan individu tetentu.

Lebih menarik lagi pihak SBBYEOS2015 juga akan mengadakan contest untuk peserta. 3 unit GoPro Hero 4 untuk 3 peserta yang bertuah menjawab contest tersebut pada hari majlis ini berlangsung.

Jom ramai-rmai kita serta majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2015 bagi memeriahkan lagi acara majlis ini. Inilah peluang untuk blogger berkumpul dan kenal-mengenali antara satu sama lain yang selama ini hanya kenal melalui blog mereka sahaja.

Semoga kita berjuma di Kompleks Sukan Lasak Putrajaya, Taman Cabaran, Oresint 5, Putrajaya pada 13 Jun 2015 jam 8 pagi sehingga 5.30 petang. Jompa di sana ya.......!

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
7 Komentar untuk "Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2015"

yeay! jumpa di sana bro :D

boleh ikut gak?

tak pasti lagi dapat pergi ke tidak.

tengok keadaan la jawabnya.

Insya Allah... kita jumpa di Putrajaya Uncle Zuan.

Boleh jugak kalau nak ikut.

Tak bestlah EN Titan tak datang. Mesti dorang team Denaihati sediakan cendol sekali. Ada aktiviti Treasure Hunt lagi.

kumpul2 seperti ini keren sekali manfaatnya mas.
http://bloggedewek.blogspot.com

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top