sensasi2020

Azraai Khor Letak Jawatan Jurulatih Kelantan | sensasi2020 Azraai Khor Letak Jawatan Jurulatih Kelantan - sensasi2020

Azraai Khor Letak Jawatan Jurulatih Kelantan

Azraai Khor Letak Jawatan Jurulatih Kelantan selepas skuad kendalinya sering mengalami kekalahan demi kekalahan dalam saingan Liga Super tahun ini. Beliau bakal melepaskan jawatan beliau dalam waktu terdekat. Satu tamparan yang hebat buat skuad "The Red Warriors" yang kini berada dalam zon penyingkiran ke Liga Perdana tahun depan.


Azraai Khor Letak Jawatan Jurulatih Kelantan
Azraai Khor Abdullah Jurulatih Kelantan


Azraai Khor Letak Jawatan Jurulatih Kelantan


Melalui sumber Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mendedahkan bahawa pengendali skuad Kelantan yang berusia 63 tahun akan melepaskan jawatan jurulatih Kelantan dalam waktu terdekat kerana beliau hilang sabar terhadap karenah "Tangan Ghaib" yang mengganggu tugasnya sebagai ketua jurulatih skuad Kelantan. Skuad Kelantan kini berada di tangga ketiga terbawah dalam Carta Liga Super 2015.

Beliau sudah menghantar surat perletakan jawatannya kepada KAFA dan mahu berehat daripada terus mengendalikan pasukan Kelantan. Beliau berharap agar setelah pengundurannya nanti, mahu melihat skuad Kelantan akan menjadi lebih baik dan mengumpul mata kemenangan agar tidak tersingkir ke Liga Perdana tahun depan.

Beliau mahu lepaskan jawatannya kepada mereka yang lebih layak. Kelantan masih berpeluang perbaiki kedudukan mereka seterusnya kekal di Liga Super musim depan. 

Azraai Khor Abdullah dilantik menjadi ketua jurulatih skuad Kelantan pada 24 Mac lalu bagi mengantikan George Boateng yang diserapkan sebagai penasihat, latihan dan pembangunan barisan kejurulatihan skuad Kelantan dan skuad presiden Kelantan.

Semenjak mengambil alih tugas daripada George Boateng, Azraai Khor telah melakarkan lima kekelahan, satu menang dan satu seri dalam saingan Liga Super. Percapaian terbaik beliau adalah membimbing skuad Kelantan ke Final Piala FA 2015 sebelum tumbang 1-3 kepada Lions XII pada 23 Mei lalu. 

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada KAFA kerana memberi peluang mengendalikan skuad Kelantan mengantikan George Boateng dan berharap agar skuad Kelantan akan lebih hebat lagi apabila ketiadaannya nanti. Kini sahlah bahawa Azraai Khor Letak Jawatan Jurulatih Kelantan.

Back To Top