Jemputan Menjadi Ahli Best Blogger Network

Jemputan Menjadi Ahli Best Blogger Network. Rasanya tidak sedap hati jika tidak war-warkan tentang satu kisah yang menarik untuk dikongsikan kepada rakan blogger semua. Di mana kami berdua Mohd Hanafi Abdullah aka Hero Borneo dan saya Kamil Salleh aka sensasi2020.com selaku admin bersama group "Best Blogger Network" ingin menjemput semua rakan-rakan blogger untuk sama-sama menyertainya.


Jemputan Menjadi Best Blogger Network
Best Blogger Network



Sebenarnya....penubuhan group "Best Blogger Network" di whatsapp secara tidak disengajakan apabila saya ketika itu sedang melayari blog "Mr Hanafi" yang bertajuk "Alangkah Bestnya Jadi Seorang Jutawan". Di mana beliau menceritakan tentang "Bagaimana Mahu Jadi Seorang Jutawan? dan berimaginasi tentang kehidupan jutawan...... Di akhir artikel beliau mengajak pembaca berWhatsApp atau WeChat di nombor 011-34820051. Jangan lupa dan jangan segan hubungi saya di talian 013-9995015 atau 017-3932889 (WhatsApp dan WeChat).



Jemputan Menjadi Ahli Best Blogger Network



Jemputan Menjadi ahli Best Blogger Network
WhatsApp Di Best Blogger Network 



Jemputan Menjadi Ahli Best Blogger Network untuk berkongsi apa saja yang berkaitan tentang kehidupan, aktiviti harian, teknik blog, SEO, amalan harian, motivasi, panduan dan mana-mana yang perlu agar lebih memantapkan dan meramaikan lagi ahli group "Best Blogger Network".

Selalunya kita hanya bersosial di Facebook dan blog tetapi jarang kita bersosial di luar waktu blogging, yakni dengan bersms di WhatsApp. Apa salahnya...kita cuba cara lain pula. Mana tahu dengan cara ini segala ikatan yang telah terjalin sebagai blogger akan lebih rapat dan perhubungan ukhwah kita akan lebih mantap lagi. Insya Allah...

Tidak akan ada serinya jika gah pada nama group tetapi tanpa penyertaan anda tidak akan menjadikan group ini lebih mantap. Tidak terniat untuk menganggu rangkaian komunikasi anda dengan menyiarkan sesuatu yang tidak berfaedah. Jauh sekali.....menyusahkan!

Alhamdulillah....dah ramai blogger yang femes menyertainya. Blogger yang tip-top pun sanggup menyertainya, takkan lah kita yang cetek ilmu blog tidak join bersama. Ambilah segala ilmu mereka dan cuba terapkan ke dalam dada kita semua.....


Jangan Segan Menyertainya Di Best Blogger Network

Saya dan Mr Hanafi menjemput semua blogger menyertainya. Jangan segan menyertainya di Best Blogger Network. Tidak salah kita tubuhkan sesuatu group untuk sama-sama berkongsi informasi. Sama-sama dapat manfaatnya. Itulah tujuan ianya ditubuhkan dan wujudkan.

Jika ada kekurangan pada group ini, kami alu-alukan buah fikiran dan jangan lupa Jemputan Menjadi Ahli Best Blogger Network yang kami tubuhkan. Kami memohon maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Kita hanya insan biasa yang memerlukan bantuan anda semua untuk berkongsi informasi. Maaf juga jika  ada saya masukkan nombor telefon anda di group ini.

Jika perlukan bantuan boleh hubungi nombor telefon kami berdua yang telah tertera dan tercatat di perenggang di atas. Tanyalah apa saja yang bermain di fikiran anda, jika boleh kami akan memberi maklum-balas secepat mungkin dan sebaik-baiknya. 

Saya doakan agar group ini menjadi lebih mantap dan berjaya serta maju jaya di masa-masa akan mendatang. Insya Allah..... Tanpa penyertaan anda...sepilah group ini. Jom join dalam "Jemputan Menjadi Ahli Best Blogger Network" hari ini juga.... atau boleh ikuti Fanpage Best Blogger Network ataupun blog Best Blogger Network dan juga group WowApp Best Blogger Network

Wassalam............!

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Jemputan Menjadi Ahli Best Blogger Network"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top