Keputusan Terkini Kelantan vs ATM Liga Super 28 Julai 2015

Keputusan Terkini Kelantan vs ATM Liga Super 28 Julai 2015. Pada malam ini Kelantan menanti kunjungan ATM untuk aksi baki perlawanan yang tertangguh disebabkan ia tidak diadakan pada bulan Ramadhan yang lalu di Kota Bharu Kelantan akibat tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri.



Keputusan Terkini Kelantan vs ATM Liga Super 28 Julai 2015
Kelantan vs ATM Liga Super 2015


Keputusan Terkini Kelantan vs ATM Liga Super 28 Julai 2015


Selasa 28 Julai 2015

Terkini:

Kelantan ( 5 ) vs ( 1 ) ATM
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Sultan Mohd IV, Kota Bharu, Kelantan.
Penjaring Gol: Erwin Carillo (KEL)- minit ke-3 dan 63.
                         Wan Zack Haikal (KEL) - minit ke-38.
                         Nor Farhan Muhammad (KEL) - minit ke-41.
                         Wan Zaharul Nizam (KEL) - minit ke-74.
                          Venice Elphi (ATM) - minit ke-8.



Tugas berat menanti Kelantan pada aksi Liga Super 2015 malam ini di Stadium Sultan Mohd IV, Kota Bharu, Kelantan selepas kehilangan beberapa tongak utama yang mengalami kecederaan seperti ayam tambatan mereka, Austin Amutu, Norhafiz Zamani Misbah, Ahmad Fakri Saarani, Khairul Izuan Rosli, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria dan Farisham Ismail. Ada juga tidak dapat diturunkan pada aksi Liga Super 25 Julai 2015 lalu ketika bertemu Sime Darby akibat masih lagi tercedera.

Pemangku jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail berkata, keadaan ini sudah pasti akan merencatkan sedikit persiapannya untuk memberi persembahan terbaik mereka selepas gagal meraih tiga mata ketika bertemu Sime Darby yang lepas.

Kelantan perlu menang untuk mengelak daripada terjerumus ke tangga terbawah Liga Super pada musim ini dan ini akan mengakibatkan mereka mungkin akan terjelumus ke Liga Perdana jika tidak berhati-hati.

Kita sudah sedia maklum, ATM juga perlu menang untuk mengelakkan pasukannya berada di kelompok pasukan terbawah Liga Super dan sudah pasti akan ke Liga Perdana tahun depan. Buat masa sekarang ini ATM berada di tangga ke-11 dengan mengumpul 10 mata daripada 14 perlawanan yang telah mereka lalui. Sementara itu Kelantan berada di tangga ke-9 dengan mengumpul 15 mata.

Jom ikuti Keputusan Terkini Kelantan vs ATM 28 Julai 2015 di sini dan boleh juga ikuti secara langsung dari masa ke semasa. Di harap semua peminat bolasepak "The Red Warriors" dan ATM memenuhi stadium untuk menyokong pasukan masing-masing.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Keputusan Terkini Kelantan vs ATM Liga Super 28 Julai 2015"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top