sensasi2020

Lif Kejayaan Jadi Impian | sensasi2020 Lif Kejayaan Jadi Impian - sensasi2020

Lif Kejayaan Jadi Impian

Bagaimana cara nak dapatkan apa yang diidamkan dalam visi "Lif Kejayaan Jadi Impian"? Dulu orang sibuk dengan "Usaha Tangga Kejayaan" tetapi kini semenjak adanya LIF, orang sekarang lebih suka naik lif untuk naik ke atas. Mahu atau tidak kita kena naik lif jika mahu capai cepat ke tingkat atas atau dalam erti kata sebenar dapat capai impian ke puncak kejayaan. 






Lif Kejayaan Jadi Impian


Pelik rasanya sebut perkataan "Lif Kejayaan" Biasanya orang guna istilah "Usaha Tangga Kejayaan". Mungkin lif menjadi satu alat untuk ke tingkat yang lebih tinggi, maka lif digunakan untuk cepat sampai ke tingkat yang kita ingini atau mahukan. Untuk memahami lebih lanjut boleh baca artikel En Titan iaitu "Usaha Itu LIF Kejayaan" agar lebih memahaminya.

Naik lif lebih cepat sampai daripada naik tangga. Maka dalam erti kata sebenar naik lif lebih cepat naik tangga jika mahu cepat sampai, yakni cepat capai impian dan harapan yang selalu kita impikan. Impian untuk mengubah kehidupan yang lebih baik tanpa menyusahkan orang lain.

Kejayaan tidak dapat diperolehi dengan sewenang-wenangnya. Ia perlukan usaha yang lebih dan bertindak pantas jika ada peluang yang lebih baik dan rebut peluang yang terhidang di depan mata kita sepantas kilat.

Banyak yang boleh kita usahakan agar dapat menjadi usahwan berjaya dalam masa yang sama menjadi jutawan. Contoh yang paling mudah jual ebook, jual produk melalui affiliate, jual biskut untuk hari raya, jual kuih di pasar Ramadhan dan sebagainya buat permulaan. Bila dah ada sedikit oeningkatan bolehlah cuba usahakan lebih lagi supaya Lif Kejayaan Jadi Impian akan jadi realiti. Insya Allah....



Lif Kejayaan Jutawan Terbilang


Dalam apa jua bidang yang kita ceburi, pasti ada angan-angan untuk jadi jutawan. Nama yang gah dalam dunia bisnes. Istilah "Jutawan" menjadi idaman setiap orang yang mengendalikan urusan perniagaan. Jangan terjebak dalam "Jutawan Segera" sudahlah...!

Ramai yang ingin menjadi usahawan berjaya dan mendapat status sebagai Jutawan, tetapi bagaimana ya caranya? Ramai yang uat bisnes sekerat jalan, ada yang bankrap, ada yang gulung tikar, ada yang masih terkial-kial dalam bisnes mereka dan ada juga masih dalam perancangan dan ada yang berangan-angan saja tanpa berusaha. "Alangkah Bestnya Jadi Seorang Jutawan". Bolehlah cuba baca dan memahami bagaimana bestnya jadi seorang Jutawan?

Jika ingin mendapatkan tip-tip bagaimana ingin berjaya dalam perniagaan atau bisnes, boleh baca di artikel berjudul "Blogger Buat Duit Online". Di sini bolehlah dapatkan tip-tipnya bagaimana mendapatkan duit melalui online. Sebagai seorang blogger, kita perlu ambil peluang yang terhidang, barulah Lif Kejayaan Jadi Impian pada diri seseorang yang diingininya dapat dicapai.

Bila sudah berjaya jadi jutawan, jangan lupa kepada kuasa Allah Taala yang sentiasa mendengar doa dan usaha kita yang tidak kenal erti berputus asa. Tidak dilupakan juga agar membantu rakan-rakan lain yang memerlukan bimbingan anda agar jutawan terbilang yang ada pada diri boleh diikuti oleh orang lain.

Saya doakan agar Lif Kejayaan Jadi Impian anda terlaksana nanti, Insya Allah...Orang lain ramai yang dah berjaya jadi seorang jutawan, saya dan anda bila lagi?

Back To Top