Senarai Rombakan Kabinet Baru 2015

Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak telah membentuk Senarai Rombakan Kabinet Baru 2015 dalam kerajaan. Spekulasi berhubung rombakan kabinet akhirnya terungkai setelah Perdana Menteri Malaysia itu telah mengumumkan barisannya di dalam satu tindakan yang diluar jangkaan semua pihak.



Senarai Rombakan Kabinet Baru 2015
Senarai Kabinet Baru 2015



Senarai Rombakan Kabinet Baru 2015


Kalau mengikut "Senarai Rombakan Kabinet Baru 2015" yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib, kita dapat saksikan satu pasukan yang baru dengan mengugurkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kabinet dan digantikan dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO.

Najib menegaskan, keputusan beliau yang mengugurkan Muhyiddin Yassin yang juga sebagai Timbalan Presiden UMNO sememangnya "sukar" namun ia terpaksa dilakukan demi untuk memperkuatkan lagi jemaah menteri sebelum tibanya ujian getir dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Keputusan pengumuman ini setelah mengambil kira pertimbangan yang jitu dalam politik negara dan pentadbirannya, bertujuan memastikan ianya lebih mantap di bawah pemerintahan beliau dan terus komited serta sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Senarai Rombakan Kabinet Baru 2015, menyaksikan lima menteri digugurkan manakala tujuh menteri dan sembilan timbalan menteri baru dilantik. Beberapa kementerian lain juga terlibat dengan rombakan tersebut tetapi ianya adalah perubahan yang kecil sahaja pada keseluruhannya.

Najib telah mengingatkan kepada kabinet baru agar sentiasa fokus dan bertindak sebagai satu pasukan yang mantap serta komited kepada tugas masing-masing yang akan berdepan dengan sebarang keadaan politik yang sentiasa panas dan pelbagai isu berbangkit. Ia terdiri daripada jemaah menteri dan timbalan menteri yang kini berjumlah 68 orang yang terlibat dalam senarai tersebut.


Senarai Kabinet Baru 2015






Di bawah adalah Senarai Rombakan Kabinet Baru 2015 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak.


  1. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan : Datuk Seri Mohd Najib Razak
  2. Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
  3. Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Liow Tiong Lai
  4. Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam
  5. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri:
    1. Datuk Mah Siew Keong
    2. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
    3. Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
    4. Datuk Azalina Othman
    5. Nancy Shukri
    6. Datuk Seri Abd Wahid Omar
    7. Datuk Dr Wee Ka Siong
    8. Datuk Paul Low Seng Kuan
    9. Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom
    10. Senator Datuk Seri Idris Jala
    11. Tan Sri Panglima Joseph Kurup
  6. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri:
    1. Datuk Razali Ibrahim
    2. Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (Hal Ehwal Agama)
  7. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
    Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Mas Ermieyati Samsudin
  8. Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien
    Timbalan Menteri Pertahanan: Datuk Wira Mohd Johari Baharum
  9. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
    Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri:
    1. Senator Datuk Lee Chee Leong
    2. Datuk Ahmad Maslan
  10. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II:Datuk Seri Ong Ka Chuan
  11. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Douglas Uggah Embas
    Timbalan: Datuk Noriah Kasnon
  12. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili
    Timbalan Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Dr James Dawos Mamit
  13. Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin
    Timbalan Belia dan Sukan: Datuk Saravanan Murugan
  14. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Abdul Rahman Dahlan
    Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Halimah Mohd Saidique
  15. Menteri Komunikasi dan Media: Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Keruak
    Timbalan Menteri Komunikasi dan Media: Datuk Jailani Johari
  16. Menteri Pendidikan: Datuk Seri Mahdzir Khalid
    Timbalan Menteri Pendidikan: P. Kamalanthan
    Senator Chong Sin Woon
  17. Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK): Datuk Hamzah Zainuddin
    Timbalan KPDNKK: Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah
  18. Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
    Timbalan Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Ir Hamim Samuri
  19. Menteri Petanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
    Timbalan:  Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
  20. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
    Timbalan: Datuk Alexander Nanta Linggi
    Timbalan II: Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
  21. Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman
    Timbalan: Datuk Seri Reezal Merican
  22. Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Wilfred Madius Tangau
    Timbalan Menteri  Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah
  23. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rohani Abdul Karim
    Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Azizah Mohd Dun
    Senator Datin Paduka Chew Mei Fun
  24. Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof
    Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Rosnah Shirlin
  25. Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Richard Riot
    Timbalan Menteri Sumber Manusia : Datuk Seri Ismail Muttalib
  26. Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
    Timbalan: Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan
  27. Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Seri Idris Jusoh
    Timbalan: Datuk Yap Kain Ching
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Senarai Rombakan Kabinet Baru 2015"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top