Jadual Perlawanan Liga Super 22 Ogos 2015

Ikuti Jadual Perlawanan Liga Super 22 Ogos 2015. Malam ini merupakan perlawanan terakhir untuk aksi Liga Super 2015. Perlawanan yang ke-22 setiap pasukan. Ia juga adalah malam penentu bagi mencari Siapakah Juara Liga Super 2015. Sudah pastinya, hanya dua pasukan Pahang dan Johor Darul Takzim berpeluang merebut Piala Liga pada tahun ini.



Jadual Perlawanan Liga Super 2015
Liga Super 22 Ogos 2015


Jadual Perlawanan Liga Super 22 Ogos 2015


Sabtu 22 Ogos 2015


Terengganu ( 3 ) vs ( 1 ) Pahang
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu.


Felda United ( 2 ) vs ( 1 ) Johor Darul Takzim
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.


Perak ( 0 ) vs ( 2 ) Selangor
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Perak, Ipoh, Perak.


Kelantan ( 4 ) vs ( 3 ) Sarawak
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.


Lions XII ( 3 ) vs ( 0 ) Sime Darby
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Jalan Besar, Singapura.


PDRM ( 3 ) vs ( 2 ) ATM
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Shah Alam, Selangor.


Malam ini merupakan malam penentu Siapakah Juara Liga Super 2015? Johor Darul Takzim atau Pahang? Johor Darul Takzim inginkan kemenangan untuk berada di Carta Liga Super 2015. Mengikut kedudukan terkini, Johor Darul Takzim mengumpul 46 mata, Pahang mengumpul 44 mata, perbezaan hanya 2 mata. 

Jika mahu merangkul Piala Liga, Pahang atau Johor Darul Takzim Perlu menang malam ini. T^iada laluan mudah buat dua pasukan ini. Pahang akan menentang Terengganu di gelanggang lawan begitu juga dengan Johor Darul Takzim yang akan melawan Felda United di Stadium Majlis Perbandaran selayang, selangor.

Jom sama-sama kita ikuti Jadual Perlawanan Liga Super 22 Ogos 2015 bagi mengetahui pasukan mana yang bermain malam ini. Satu perlawanan yang menarik dan penuh dramatik akan dapat kita saksikan aksi mereka bermain. Sebarang kesilapan akan membawa padah kepada setiap pasukan.

Bagaimana ramalan anda? Siapakah Juara Piala Liga Malaysia 2015? Pahang atau Johor Darul Takzim. Jom ikuti Siaran Langsung Liga Super 22 Ogos 2015 malam ini di kaca televisyen anda.

Selamat menonton dan semoga terhibur. Majulah sukan bola sepak untuk Malaysia.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Jadual Perlawanan Liga Super 22 Ogos 2015"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top