Jerebu Oh Jerebu

Jerebu Oh Jerebu, keadaan ya semakin kritikal melanda di negara kita. Index Pencemaran Udara (IPU) semakin meningkat. Wakaupun ada hujan semalam tetapi ia tidak memberi kesan terhadap kualiti udara yang kita hidu setiap hari. Ini memberi kesan kesihatan tidak baik kepada alam sekitar dan manusia


                             
                                   
Jerebu Oh Jerebu
Pakai Topeng Demi Kesihatan Dan Pakai Topi Demi Keselamatan Di Jalanraya



Jerebu Oh Jerebu


Tidak nampak tanda-tanda akan berakhir dengan keadaan jerebu yang menyelubungi ruang udara kehidupan kita setiap hari. Malahan ianya semakin teruk dan kritikal jika berterusan sebegini.

Setiap hari saya pergi kerja dan pulang kerja, tidak dapat tidak terkena juga menghidu asap kebakaran yang melanda di Indonesia menghala ke tuang udara negara kita, Singapura, Brunei dan Thailand.

Ini bukannya kali pertama iannya melanda, malah sudah menjadi rutin setiap tahun. Apa boleh buat, pihak berkuasa Indonesia macam endah tak endah saja. Hanya kita dengar pemohonan maaf saja. Pada tahun sebelumnya sama juga.



                                 
Jerebu Oh Jerebu
Jalan Seputeh Menuju Ke Cheras

Sepanjang saya pulang dari kerja, bermula dari Kelana Jaya, melalui sepanjang jalan hingga ke Ampang semuanya berjerebu.

Jerebu Oh Jerebu..... Tekak dan hidung terasa pedih dan kering. Lain macam aje rasa diri ini, sesekali terkeluar juga bunyi batuk "eheermmm...". ini sudah pasti ia meresap ke paru-paru. Lebih lagi yang pergi kerja dan pulang kerja menggunakan motosikal. Ia terdedah kepada udara yang tidak sihat.



Bilakah Masalah Jerebu Akan Berakhir?



                       
Jerebu Oh Jerebu
Sekitar Tesco Extra Ampang


Mengikut keadaan semasa bacaan index IPU dicatat sekitar 172-102 yang diistiharkan tidak sihat. Tidak sihat, maka udara yang kita hidup sudah tentu merbahaya kepada kesihatan. 

Walaupun hujan sudah turun namun tiada perubahan yang berlaku, malahan semakin tinggi baca index bacaan IPU.

Sementara itu, Jabatan Metrologi Malaysia dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia telah bersiap sedia untuk melaksanakan operasi pembenihan awan berikutan keadaan berjerebu yang semakin buruk melanda di beberapa kawasan di negara kita.


Langkah-Langkah Perlu DiAmbil


Apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelak kesan yang tidak baik kepada kesihatan kita? Ini mengelakkan daripada terkena penyakit yang lebih serius.


Cara Terbaik untuk Mencegahnya

  • Pergi ke klinik dengan segera jika ada tanda-tanda seperti yang disebutkan di atas.
  • Menggunakan penutup muka atau hidung.
  • Tidak merokok di tempat IPU berisiko tinggi atau di dalam rumah yang orang tua, kanak-kanak dan yang ada berisiko berpenyakit.
  • Tidak melakukan pembakaran terbuka di ketika ini.
  • Minum alr yang banyak.
  • Basuh tangan sekerap mungkin.
  • Basuh muka supaya tiada habuk yang melekat.
  • Mandi lebih kerap daripada biasa.
  • Tinggal di dalam rumah, keluar jika perlu (penting) sahaja.
  • Tidak melakukan aktiviti sukan di luar rumah di ketika ini.
  • Tutup semua sekolah, pejabat, kilang, kedai, jika IPU dalam keadaan amat tidak sihat.

Info Berkaitan Index Pencemaran Udara (IPU)


Untuk mengetahui Index Pencemaran Udara (IPU), lihat senarai yang di bawah supaya kita mengetahui tahap mana udara tercemar yang melanda negara kita. Di harap agar tidak terjadi seperti tahun lepas di Johor sehingga mencapai Index Pencemaran Udara (IPU) sehingga 746. Ini amat berbahaya dan menjejas kesihatan yang teruk.


Carta Index Pencemaran Udara (IPU)


Kita sama-sama berdoa agar Jerebu Oh Jerebu ini tidak menjali lebih tebal di ruang udara kita. Jika IPU terus meningkat, sudah pasti terkena kepada kita semua. Pihak berkuasa Indonesia dan Malaysia perlu tangani dengan sebaik-baiknya agar kesihatan rakyat kita berada dalam keadaan terbaik. Insha Allah....

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
1 Komentar untuk "Jerebu Oh Jerebu"

Belum ada tanda jerebu akan berkurangan di negara kita...

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top