Malaysia Dibelasah Teruk Oleh UAE 10-0

Malaysia Dibelasah Teruk Oleh UAE 10-0 pada aksi perlawanan bolasepak untuk Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Kelayakan Piala Asia 2019 sebentar tadi. Ini satu keputusan yang amat memalukan dan mendukacitakan seluruh rakyat Malaysia keseluruhannya. Satu keputusan yang tidak diduga tetapi sudah terjadi. Apa sudah jadi dengan bolasepak Malaysia?



Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 - Foto MySumber


Malaysia Dibelasah Teruk Oleh UAE 10-0


3 September 2015 (Khamis)

Keputusan Penuh:


UAE ( 10 ) vs ( 0 ) Malaysia
Masa: 11.15 malam (Waktu Malaysia)
Tempat: Stadium Mohamed Bin Zayed, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu. (UAE).
Penjaring Gol: Mohanad Salem - minit ke-16.
                         Ali Mabkhout - minit ke-22, 33, 75 (hatrik).
                         Ahmed Khalil - minit ke-23, 29, 70, 77 (hatrik).
                         Habib Farhan - minit ke-25.
                         Mohamed Gharib - minit ke-39. 


Skuad Harimau Malaya telah turun ke gelanggang lawan menentang pasukan UAE untuk perlawanan ke-3 bagi Malaysia pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Mohamed Bin Zayed, Abu Dhabi pada jam 11.15 malam tadi (Waktu Malaysia).

Mengikut rangking terkini FIFA, Malaysia berada di tangga ke-168 dan UAE berada di rangking ke-70 dunia. Satu jarak yang amat jauh untuk dinilai kehebatan pasukan Malaysia dengan UAE.


  • Separuh Masa Pertama


Seperti biasa, Malaysia bermula dengan baik. Hantaran yang pendek dan penuh menyakinkan boleh kita nampak. Keadaan ini tidak kekal lama untuk UAE mendapatkan gol. 

Gol pertama UAE diperolehi pada minit ke-16 melalui jaringan Mohanad Salem. Bagi UAE, tiada masalah bagi mereka untuk menambah jaringan. Mereka sentiasa menyerang dan terus mengasak di setiap ruang padang untuk mengelecek dan memperdayakan aksi memukau mereka dengan gaya yang cukup menyakinkan.

Pada minit ke-22, UAE memperolehi gol kedua melalui sumbangan Ali Mabkhout memperdayakan penjaga gol utama kebangsaan Malaysia Khairul Fahmi (Apek). Selang tak sampai satu minit kemudian pasukan UAE menambah lagi koleksi jaringan mereka lagi oleh Ahmed Khalil, yakni pada minit ke-23.

Ketua jurulatih Malaysia, Dollah Salleh terpaksa mengeluarkan Apek bagi mengantikan penjaga gol kedua Malaysia Zamir Selamat.

Tidak lama selepas itu, pada minit ke-25, mereka menambah lagi gol yang disumbangkan oleh Habib Farhan untuk gol yang keempat. Sebelum rehat, UAE menambah tiga gol lagi menerusi jaringan Ahmed Khalil lagi pada minit ke-29 disusuli Ali Mabkhout pada minit ke-33 dan ke-39 melalui Mohamed Gharib. 

Pertukaran penjaga gol tidak membantu skuad Harimau Malaya daripada dibolosi gol. Malahan ia lebih mudah untuk skuad bimbingan Mahdi Ali menambah koleksi jaringan. Keputusan 7-0 kekal untuk separuh masa pertama.


  • Separuh Masa Kedua

Dollah Salleh sekali lagi penjaga gol kedua dengan mengantikan Zamer Selamat kepada Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid pula.

Tiada apa yang dapat skuad Harimau Malaya boleh lakukan. Segala hantaran bola, taktikal perlawanan, stamina, stategi semuanya tidak dapat direalisasikan. mudah bagi skuad UAE menguasai bola dan mendominasi keseluruhan pemainan.

Skuad UAE tetap mencari gol dan menambah gol lagi. Tiada belas kasian bagi UAE untuk tidak menjaringkan gol. Malahan mereka masih bernafsu untuk memburu gol. Pada minit ke-70, mereka memperolehi gol melalui Ahmed Khalil. Dua gol lagi disumbangkan oleh Ahmed Khalil., masing-masing pada minit ke-75 dan ke-77.  10-0 kekal hinggalah ke wisel penamat.

Skuad Malaysia semakin pudar untuk bermain setelah dimalukan dengan UAE 10-0 dengan sedemikian rupa. Perbezaan amat ketara dengan skuad UAE. Mereka bermain mat pantas tetapi pada waktu yang sama menjaga kawasan mereka daripada ditembusi oleh penyerang Malaysia yang diketuai oleh Safiq Rahim.


Inilah skuad kita yang ada dan terbaik di Liga Super 2015 Malaysia tetapi belum cukup untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah daripada mereka. Perbezaan ibarat "Langit Dengan Bumi".

Apa reaksi anda dengan keputusan Malaysia Dibelasah Teruk Oleh UAE 10-0? Sila beri komen di bawah, yakni di bahagian komen.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Malaysia Dibelasah Teruk Oleh UAE 10-0"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top