sensasi2020

Nasi Kukus Oh Azizah Buka Restoran Berdekatan Ampang Point | sensasi2020 Nasi Kukus Oh Azizah Buka Restoran Berdekatan Ampang Point - sensasi2020

Nasi Kukus Oh Azizah Buka Restoran Berdekatan Ampang Point

Nasi Kukus Oh Azizah Buka Restoran Berdekatan Ampang Point pada 25 Ogos 2015 yang lepas. Sebuah restoran yang cukup besar dan selesa untuk menjamu selera bagi seisi keluarga. Ini adalah cawangan ke-3 dibuka atas jenama "NASI KUKUS OH AZIZAH". Menggunakan tagline yang amat menarik "Di Mana Jua Anda Berada, Ingat Nasi Kukus Oh Azizah". Apa yang menarik di restoran Oh Azizah? Nak tahu sila teruskan pembacaan anda sehingga habis......



Nasi Kukus Oh Azizah Buka Restoran Berdekatan Ampang Point
Restoran Nasi Kukus Oh Azizah



Nasi Kukus Oh Azizah Buka Restoran Berdekatan Ampang Point




Signboard Restoran Nasi Kukus Oh Azizah


"Di Mana Jua Anda Berada, Ingat Nasi Kukus Oh Azizah" Tagline yang perlu anda ingati bila teringin nak makan nasi kukus. Restoran Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah sudah terkenal dan tersohor di Ampang sebenarnya. Sebelum ini, saya dah tulis artikel berkaitan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah popular dan terkenal Di Ampang. Ini adalah pembukaan cawangan yang ke-3 dan terbesar setakat ini. 



Nasi Kukus Oh Azizah Buka restoran Berdekatan Ampang point
Keaadaan Pelanggan Ketika Menjamu Selera


Bukan sesuatu yang murah sebenarnya untuk memulakan pembukaan restoran yang besar. Perbelanjaan yang tinggi untuk mendapatkan kedai yang besar dan strategik di Bandar Ampang, yakni berdekatan Ampang Point Shopping Centre. Sebelum ini ia adalah Restoran Mamak. Setakat yang saya tahu, owner bangunan ini tidak mahu orang luar (bukan tempatan) menjalankan perniagaan menjual makanan dan minuman di bangunan milik beliau.


Nasi Kukus Oh Azizah Buka Restoran Berdekatan Ampang Point
Sumber: Google



Jika korang nak tahu..... empunya Restoran Nasi Kukus Oh Azizah, tidak lain tidak bukan adalah kakak kandung saya sendiri. Sebagai adik, rasanya tidak salah memperkenalkan restoran perniagaannya di kongsikan kepada pembaca di blog saya. Mana tahu, ada di antara rakan-rakan saya yang tinggal berdekatan.

Jom.... anda dipelawa untuk menjamu selera di Restoran Nasi Kukus Oh Azizah. Sudah pastinya menu utamanya adalah nasi kukus ayam goreng berempah yang terkenal di Kelantan dan sedia dinikmati di bandar Ampang berdekatan Ampang point Shopping Centre.



Nasi Kukus Oh Azizah Buka Restoran
Pelanggan Sedang Membeli Nasi Kukus


Keistimewaan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah



Nasi Kukus Oh Azizah
Ayam Goreng Berempah Oh Azizah



Bagi saya.... nak dapatkan nasi kukus yang betul-betul sedap memang sukar di Kuala Lumpur ini. Banyak yang ada tidak seperti yang kita harapkan. Saya bukan tidak pernah mencuba di lain-lain kedai tetapi tidak sama apa yang anda rasakan di Restoran Oh Azizah. Rempah ratusnya yang asli, dibeli khas dari Kota Bharu bagi membangkitkan aura dan aroma daripada rempah kerutuk, rempah ayam goreng dan rempah gulai ayam/daging.

Ayamnya yang panas dan baun aromanya yang menyerap di hidung membangkitkan selera untuk mencubanya. Aduanan rempah ratus yang asli di Kelantan digunakan bagi mendapatkan citarasa yang sebenar dan asli. Lalu saja di tepi retorannya, anda dapat menghidu bau wangi ayam goreng berempahnya.

Restoran Nasi Kukus Oh Aziziah telah buka pada 25 Ogos yang lalu. Kini dah dua minggu ia beroperasi. Sambutan sungguh mengalakkan. Saya tidak sempat hendak pergi pada waktu kemuncak, yakni waktu rehat untuk pekerja kerajaan, pekerja swasta dan sesiapa saja yang ingin bersarapan waktu tengahari. Waktu yang amat sesuai untuk mengisi perut yang lapar setelah bekerja pada waktu paginya.

Bukan nasi kukus saja yang ada di Restoran Nasi Kukus Oh Azizah tetapi ada juga makanan lain seperti Laksa Penang, Mee Kari, Nasi Kerabu, Nasi Lemak, Mee Sup, Mee hoon Sup, Laksam, Laksa Kelantan, Pulut Manga, Kuih-Muih dan banyak lagi....



Nasi Kukus Oh Azizah Buka Restoran Berdekatan Ampang point
Sekitar Restoran Nasi Kukus Oh Azizah



Saya hanya sempat mengambil gambar pada waktu malam. Bolehlah mengetahui keadaan restoran tersebut. Ia berada di sekitar Ampang Point, yakni  di alamat No.102, Ground Floor Jalan Memanda 2, Ampang Point, 68000, Ampang Selangor. Ia tidak jauh dengan Ampang Point Shopping Centre.



Lokasi Restoran Nasi Kukus Oh Azizah








Anda boleh juga menggunakan WAZE untuk ke destinasi Restoran Nasi Kukus Oh Azizah. Ini lagi senang kerana ia akan memaparkan arah ke destinasi yang anda ingin pergi. Saya kemudahan terkini dan tercanggih yang patut anda gunakan. Ini berfungsi sebagai "Live Map".

Untuk Menjamu Selera Dan Tempahan






BOLEH HUBUNGI DI ALAMAT:

NO.102 GROUND FLOOR, 
LORONG MEMANDA 2,
AMPANG POINT, 68000,
AMPANG, SELANGOR.

Kak Zah

WhatsApp/Tel: 0102631324 / 0192558033



Waktu Beroperasi: 7.00 pagi - 12.00 tengah malam.




Akhir kata jom menjamu selera dengan mencuba Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah yang amat menyelerakan untuk dinikmati. Sekali rasa, pasti akan mencuba lagi di lain masa. Jangan segan dan silu untuk pergi ke sana. Pasti anda dilayan dengan penuh kemesraan.

Jangan lupa rakan-rakan saya kalian, mari pakat kongsikan artikel ini Nasi Kukus Oh Azizah Buka Restoran Berdekatan Ampang Point kepada ahli keluarga anda, sanak-saudara, rakan-rakan dan sesiapa saja yang anda kenali. 

Sama-sama kita doakan agar Restoran Nasi Kukus Oh Azizah terus maju dan berjaya dalam perniagaannya.

Back To Top