sensasi2020

JDT Juara Baru Piala AFC 2015 | sensasi2020 JDT Juara Baru Piala AFC 2015 - sensasi2020

JDT Juara Baru Piala AFC 2015

JDT Juara Baru Piala AFC



CONTENTS

1.0 Pendahuluan

JDT Juara Baru Piala AFC 2015

2.0 Peluang Menang Cerah

3.0 Keputusan Terkini Final Piala AFC 2015

4.0 Tahniah JDT

5.0 Cuti Peristiwa

6.0 Penutup



JDT Juara Baru Piala AFC 2015
JDT (Malaysia) vs Istiklol (Tajikistan)


1.0 Pendahuluan

Tahniah JDT Juara Baru Piala AFC. Bukan calang-calang pasukan yang boleh pergi ke final dan menjuarainya. Memang hebat JDT pada tahun ini yang sentiasa mendapat sokongan daripada rakyat Johor dan Malaysia. 


JDT Juara Baru Piala AFC 2015



JDT Juara Baru Piala AFC 2015
Final Piala AFC 2015



Tidak ada siapa sangka kelab pertama dari Asia Tenggara menjuara Piala AFC 2015, satu keputusan diluar dugaan dan ditambah pula 2 kelab dari Kuwait digantung keahlian kerana ada perlaksanaan baru autonomi Kuwait SC daripada kerajaan Kuwait menyebabkan FIFA membatalkan penyertaan mereka di Piala AFC dan juga antarabangsa.


2.0 Peluang Menang Piala AFC 2015 Cerah

JDT (Malaysia) dan Istiklol (Tajikistan) berjaya menempah slot ke Final Piala AFC 2015 setelah kelab bola sepak Kuwait, yakni Al-Qadsia dan Kuwait SC dibatalkan oleh FIFA. Ini memberi ruang kepada kedua-dua kelab ini ke final.

Walaupun sebelum ini JDT kalah kepada Al-Qadsia dengan 1-3 dan Istiklol kalah kepada Kuwait SC 4-0, namun akibat pengantungan kedua-dua kelab Kuwait itu, maka secara merit dan automatiknya JDT akan bertemu Istiklol di Final Piala AFC 2015. Perlawanan akhir berlangsung pada 31 Oktober 2015 (8 malam waktu Malaysia) di Stadium Central Republican, Di Ushanbe, Tajikistan.

Di atas kertas, JDT tidak berpeluang untuk mengalahkan kelab Istiklol tetapi dengan usaha berpasukan dan tidak kenal erti berputus asa, maka JDT berjaya juga mengalahkan Istiklol dengan 1-0 di bumi Tajikistan. Satu pencapaian yang membanggakan sluruh rakyat Johor danMalaysia juga amnya.


3.0 Keputusan Terkini Piala AFC 2015

Johor Darul Takzim ( 1 ) vs Istiklol ( 0 )
Masa: 8 malam (waktu Malaysia)
Tempat: Stadium Central Republican, Dushanbe, Tajikistan.
Penjaring Gol - Velazquez (JDT)


4.0 Tahniah JDT

Luaskan Kuasa Mu - Tahniah JDT sekali lagi buat mereka yang bertungkus lumus menyerang tanpa erti berputus asa dan kepenatan yang mereka lalui dengan penerbangan selama 26 jam ditambah pula dengan cuaca yang agak dingin di Tajikistan, namun itu semua dibuang jauh oleh pasukan JDT. Buakn mudah ingin mengalahkan mereka di bumi sendiri dengan kapasiti penonton yang agak ramai dan paluan gendang yang bengit di stadium mereka.


5.0 Cuti Peristiwa

Pada petang semalam saya terlihat hebahan di Facebook tentang pengumuman rasmi daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, YB Dato' Haji Ismail Bin Karim. Maka dengan ini rakyat Johor dapat nikmati Cuti Peristiwa dengan kemenangan JDT di Final Piala AFC 2015. Saat yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Johor. Sudah pasti ianya membanggakan seluruh rakyat Johor terhadap pasukan kesayangan mereka JDT.


6.0 Penutup

Tiada yang mustahil dalam bola sepak, semuanya boleh terjadi. Apa yang terjadi kepada JDT telah menjadi sejarah dalam bolasepak antarabangsa, di mana JDT Juara Baru Piala AFC 2015. Tahniah JDT... Luaskan Kuasa Mu.... satu kelab yang cukup gah di Malaysia yang diurus dan dikendalikan oleh Tengku Mahkota Johor, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim.Tahniah JDT... tahniah buat rakyat Johor yang setia menyokong pasukan kesayangan mereka. Bergembiralah rakyat Johor, horey.....!

21 Komentar untuk "JDT Juara Baru Piala AFC 2015"

Tahniah JDT kemenangan JDT mewakili kemenangan Malaysia

Tahniah JDT kemenangan JDT mewakili kemenangan Malaysia

Waahhh... Terbaek la.. Penerangan yang ringkas dn padat.

tahniah buat pasukan JDT....

Bila pulok TRW boleh menjadi juara Piala AFC.?

Kita sebagai rskyat Mslaysia turut bangga dengan kesungguhan JDT di pentas antarabangsa.

Tahniah JDT berjaya menjuarai Piala AFC 2015. Menang bergaya 1-0 mengatasi Istiklol dari Tajikistan.

tahniah JDT...mengaummm

tahniah untuk pasukan JDT..tumpang gembira sekali

Makin mengembangkan sayapnya la lepas ni kan...

tahniah JDT dan tengku mahkotanya

Apa nak kata lagi , Taniah lah JDT hehehe

tahniah untuk team terbaik ini moga dapat kekalkan sampai bila bila

Tahniah kepada JDT, bangga jadi Bangsa Johor

Kenapa kelab dua tu kena gantung ye, tak tau cerita pulak

Bangga jadi anak johor..
Luaskan Kuasa mu

tahniah untuk titel juaranya salam kenal
http://goo.gl/77M4Fr

selamat ya untuk titel juaranya,,,
http://goo.gl/5E7fwT

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top