sensasi2020

Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia | sensasi2020 Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia - sensasi2020

Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia

Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia | Kita tahu masyarakat Malaysia terkenal dengan sikap mereka yang berbudi bahasa, lemah-lembut, sopan-santun, berakhlak tinggi, berpekerti mulia, berpegang teguh kepada ajaran agama Islam.

Namun, sangat buruk adab sopan mereka ketika membuang sampah. Adab yang baik diwarisi semenjak zaman-berzaman dan turun-menurun telah hilang ditelan arus peredaran zaman.



Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia
Buang Sampah Merata-rata

Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia

Tabiat yang buruk ini tidak elok diamalkan, ia memberi satu tanggapan negatif masyarakat luar negara terhadap masyarakat Malaysia di mata dunia.

Masyarakat kita kadang-kadang mudah lupa terhadap sikap mereka selama ini bersopan-santun tetapi amat buruk bila berada di luar rumah, lebih lagi ketika berada di perhimpunan, pertunjukan dan lebih lagi ketika di dalam kereta atau di jalan raya.

 Kempen Kesedaran

Pelbagai kempen kesedaran dijalankan untuk memupuk kesopanan ketika membuang sampah, baik di kawasan perumahan, taman-taman, tempat awan, di jalan raya, namun tidak memberi kesan terhadap masyarakat kita. Kempen kesedaran sering memaparkan di media sosial di negara kita.  

Namun keadaannya masih tidak pernah berubah, walaupun setiap hari iklan-iklan disiarkan di media sosial, media elektronik seperti di stesen televisyen, stesen radio dan akhbar-akhbar harian.  Begitu juga di klinik-klinik, hospital kerajaan dan swasta, agensi dan NGO-NGO. Malangnya kempen-kempen tersebut seperti "Masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri".

Diantara yang sering diamalkan oleh sikap buruk segelintir masyarakat Malaysia adalah ketika berada di dalam kendera seperti kereta, lori, bas, van dan motosikal. Mereka membuang sampah melalui tingkap kenderaan. Diantara sampah yang mereka sering lakukan adalah, putung rokok, kertas pembalut ais krim, kertas makanan ringan, tisu, beg plastik, tin minuman, kulit kacang dan sebagainya.

Tanpa segan-silu dan tanpa rasa bersalah, mereka lakukan tabiat buruk buang sampah sedemikian rupa. Tidakkah perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan  dan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam dan budaya kita? Tetapi kenapa mereka melanggarnya? Adakah ini satu budaya kita? Adakah ini warisan budi pekerti, sopan-santun yang kita warisi semenjak turun-menurun?

Boleh baca kisah benar seorang penulis di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia tentang "Didik Diri Pilihara Kebersihan Awam".

Kebersihan Sebahagian Daripada Iman

Kita sedia makluma bahawa "Kebersihan Sebahagian Daripada Iman". Ini bermakna, ajaran Islam ada sangat mengalakan amalan kebersihan diri, bersuci, bersih jiwa, zahir dan batin, di dalam masyarakat dan sebagainya. Ada hadith daripada Rasulullah S.A.W yang menceritakan tentang kebersihan.

Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia
Hadis Berkaitan Kebersihan

Artinya : “Diriwayatkan dari Malik Al Asy’ari dia berkata, Rasulullah saw. bersabda : Kebersihan adalah sebagian daripada iman dan bacaan hamdalah dapat memenuhi mizan (timbangan), dan bacaan subhanallahi walhamdulillah memenuhi kolong langit dan bumi, dan shalat adalah cahaya dan shadaqah adalah pelita, dan sabar adalah sinar, dan Al Quran adalah pedoman bagimu.” (HR. Muslim)”

Ajaran Islam yang telah kita pelajari tentang kebersihan amat banyak kita pelajari di rumah, di sekolah dan ketika bekerja di sesebuah kilang pemprosesan makanan. Kementerian Kesihatan telah mewajibkan pekerja yang mengendalikan makan agar mengambil kursus dan hadir ke ceramah kesihatan tentang bagaimana mengendalikan makanan dan menjaga kebersihan diri, makanan, tempat/kawasan dan sebagainya.

Namun. sesuatu yang amat malang apabila segelintir umat Islam dan juga masyarakat Malaysia amnya mencontohi sifat keperibadian Nabi Muhammad tentang soal kebersihan, persekitaran, di tempat-tempat awam dan di jalan raya.

Lebih malu lagi jika kita bandingkan dengan masyarakat luar terutamanya Orang Barat. Di mana mereka hendak buang sampah, segalanya dilakukan dengan penuh displin. Mereka asing-asingkan barangan buangan, sisa pepejal dengan mengikut sesuatu barangan tersebut. Ia boleh diistilahkan sebagai "Pengurusan Sampah".

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, perkara tersebut juga diwajibkan untuk kediaman bertingkat seperti kondominium dan rumah pangsa. Sekiranya gagal berbuat demikian, pemilik premis akan dikenakan tindakan undang-undang. 
Pelaksanaan ini akan bermula pada 1 September hingga Disember tahun ini. Manakala bermula Januari 2016, penguatkuasaan yang lebih menyeluruh akan dilaksanakan. Pengasingan sisa di rumah dan premis ini akan melibatkan pelaksanaan undang-undang di mana tindakan awal akan dikenakan kepada orang awam yang gagal membuat pengasingan sisa. #ASINGKAN - Sumber.

Syarikat konsesi kutipan akan membuat kutipan berdasarkan konsep 2+1. Kongsep ini perlu dilaksanakan oleh orang ramai atau masyarakat supaya segalanya menjadi semakin mudah diuruskan.



Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia
#ASINGKAN - 3 Langkah Mudah

Sistem kutipan 2 + 1 akan digerakkan bermula1 SEPTEMBER 2015 di mana kutipan sampah bagi sisa baki dilakukan dua kali seminggu manakala kutipan sisa kitar semula dan sisa pukal dilakukan sekali seminggu. 

"KE ARAH NEGARA BESIH, INDAH & SEJAHTERA"
TALIAN INDAHKAN MALAYSIA 1-800-88-7472

Kesimpulannya:

Kita sebagai manusia sepatutnya ada sikap ingin membuat yang terbaik di dalam kalangan yang baik-baik. Namun apa yang mendukacita dan menyedihkan adalah bukannya sama-sama berganding bahu untuk memberi kesedaran kepada orang lain tetapi sebaliknya yang berlaku. Mereka itulah (sebahagian masyarakat Malaysia) yang menjadi punca kepada perkara-perkara yang kita tidak mahu lihat "Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia".

Justeru itu, marilah kita saling berfikir sejenak dan sama-sama berganding bahu untuk tidak melakukan tabiat buruk tersebut. Jadilah masyarakat contoh dan umat Islam yang berakhlak mulia dengan menjaga tingkah-laku kita ketika membuang sampah, ketika membersihkan diri, ketika menjamu selera, ketika mengendali makanan dan sebagainya. Jagalah kebersihan walaupun di mana kita berada.

Displinkan diri anda dan keluarga anda agar tidak melakukan perbuatan yang boleh mencacatkan pemandangan mata, kesihatan dan alam sekitar. Budayakan kembali dengan memulihara kebersihan dalam hidup kita seharian agar nilai keimanan dan alam sekitar Malaysia bersih, indah dan sejahtera.

32 Komentar untuk "Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia"

orang kita memang suka buang sampah merata-rata.

Memang betul tu En Titan. Begitulah dikap masyarakat kitu dari dulu sampai sekarang.

kalau dalam kereta, always simpan plastik untuk bubuh sampah.

terimakasih sudah memberikan informasinya, sukses selalu ya

Bilalah agaknya tabiah buruk macam ni nak terhakis yea.

Sepatutnya kita kena bersama jaga kebersihan dan tidak membuang sampah di merata-rata.

Memang betul apa yang Puan Raihanah sarankan itu. sediakan beg plastik untuk buang sisa makanan.

Mudah-mudahan mas, terima kasih sudi berkunjung ke blog saya iniI.

Kita doakan agar mereka ini akan berubah sikap mereka ketika membuang sampah.

Itulah yang sepatutnya tetapi apa yang terjadi sebaliknya.

ini jugalah antara hal yg kami sangat sedihkan tentang masyarakat kita. yg muslim pun masih terbiasa buang sampah merata2. kadang bila ke taman @ playground yang cantik pun macam takde maknanya bila penuh dengan sampah. nak tak nak kita kena mula dgn diri sendiri n keluarga, educate n tanamkan habit buang sampah yang betul..

selagi tabiat buruk tidak dibuang maka sampai bila-bila akan begitu..

terutama kalau buang dari dalam kereta. kereta nak bersih, tapi tidak sama2 jaga kebersihan jalan raya

perbuatan buang sampah dari kereta memang zalim la..

Saya pernah kena, dah dua kali, orang buang sampah kat depan pintu rumah saya! Nak suruh kita buangkan ke tong besar. Memang kurang ajar yang buat tu

Tanpa Nama
delete

Memang paling susah masyarakat untuk tidak membuang sampah sembarangan.. kita mulai dari diri kita sendiri dulu.. :)


Broker Forex Terpercaya

memang begitulah perangai sesetengah dari rakyat Malaysia..
selamba je terutama kat jalanraya

tak ramai buat camtu.. tabiat baik tu

semoga di indonesia tak seperti ini ya

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog. - Hapus

Kena mulakan pendidikan tentang kebersihan dari rumah. Kadang2 sebab melihat kebiasaan keluarga membuang sampah merata-rata, anak-anak pun ikut buat yang sama

semoga kelakuan mereka bisa tobat..

saya memang pantang orang buang sampah dari dalam kereta, memang saya hon je kereta tu...dalam kereta saya, saya ada sediakan beg plastik

Amalan ini sepatutnya dilatih dari rumah atau dari kecik supaya menjadi akhlak sampai besar. Pernah tengok budak2 di negara Jepun dilatih bersihkan sekolah. Mereka lebih amalkan Islam daripada kita. Malunya....

hal lebih parah ada di indonesia
:-(

sakit mata kalo tgk taman permainan kanak-kanak penuh sampah...adui x selesa

andai kita semua sudah punya kesadaran hidup bersih, indah niat lingkungan kita.

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top