sensasi2020

JDT Juara Piala Sumbangsih 2016 | sensasi2020 JDT Juara Piala Sumbangsih 2016 - sensasi2020

JDT Juara Piala Sumbangsih 2016

JDT Juara Piala Sumbangsih 2016 | Tahniah buat JDT berjaya mengekalkan Piala Sumbangsih di bumi Johor setelah mengalahkan Selangor 7-6 dalam tendangan penalti setelah terikat 1-1 dalam masa penuh 90 minit di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor malam tadi.

                             
JDT Juara Piala Sumbangsih 2016
Foto Credit: Sinar Harian - JDT Juara Piala Sumbangsih 2016

JDT Juara Piala Sumbangsih 2016


JDT akhirnya berjaya menjuarai Piala Sumbangsih setelah berjaya mengekalkan Piala tersebut dengan mengalahkan Selangor 7-6 melalui sepakan penalti.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 hingga tempoh 90 minit berakhir dalam aksi Liga Super 2016.

Selangor terpaksa berputih mata untuk merampas Piala Sumbangsih 2016, namun Selangor tetap pulang dengan satu mata pada aksi malam tadi, dikira untuk Keputusan Liga Super 2016.

JDT memperolehi gol pertama melalui Harris Harun melalui tandukan setelah mendapat lambunan daripada ketua pasukan JDT, Safiq Rahim, memperdaya penjaga gol JDT Norazlan Razali.

Gol pendahuluan pada minit ke-44 separuh masa pertama JDT tidak kekal lama, apabila Hafiz Kamal berjaya menewaskan Penjaga gol JDT Farizal Marlias pada ke-59.

Keputusan 1-1 kekal hinggga ke wisel penamat dan masing-masing mendapatkan satu mata untuk aksi Liga Super 2016. 

Namun begitu, untuk mencari siapa menjuarai Piala Sumbangsih, tendangan penalti terharus dilakukan srbagai penentu?

Dalam tendangan penalti, JDT berjaya mengatasi Selangor 7-6 setelah tendangan terakhir yang diambil oleh Mohd Azrif Nasrulhaq daripada pasukan Selangor tersasar di luar pintu gol.

Kini sahlah JDT Juara Piala Sumbangsih 2016 dan mengekalkan kejuara pada musim lala 2015.

5 Komentar untuk "JDT Juara Piala Sumbangsih 2016"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top