Menang Count Mandarin Orange Contest 2016

Menang Count Mandarin Orange Contest 2016 | Alhamdulillah...syukur terhadap Allah Taala di atas pemberian rezeki yang tidak disangka-sangka sempena Tahun Baru Cina atau Gong Xi Fa Cai 2016, yakni Tahun Monyet mengikut Kalendar Cina. Ia adalah anjuran Spectrum Shopping Mall, Ampang, Selangor.



Menang Count Mandarin Orange Contest 2016
Count Mandarin Orange Contest 2016

Menang Count Mandarin Orange Contest 2016


Menang Count Mandarin Orange Contest 2016
Pemilihan Pemenang Contest

Syukur... Alhamdulillah.... siapa sangka, "Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Tiada Siapa Yang Tahu". Penghantaran penyertaan untuk meneka jumlah count mandarin orange yang dianjurkan oleh Spectrum Shopping Mall, Ampang, Selangor berjaya terpilih di kalangan 5 pemenang yang bertuah.


                                

                                 

Apa yang lebih menarik, saya dan anak saya turut menang dalam contest ini. Ia begitu bermakna buat kami sebagai bapa dan anak. Tekaan ini saya serahkan kepada anak saya (Nur Azra Syazwana) untuk meneka jumlah, berapa banyak Count Mandarin Orange yang terdapat dalam hamper yang telah disediakan di ruangan legar shopping mall tersebut.

                                   


Contest ini bermula pada 9 Februari 2016 dan berakhir pada 19 Februari. Peserta diminta untuk mengisi borang yang diberikan kepada pengunjung yang membeli-belah di Spectrum Shopping Mall sempena sambutan "Tahun Baru Cina" atau "Gong Xi Fa Cai". 


5 Peserta Terpilih Sebagai Pemenang Contest 

Setelah pengiraan dijalankan oleh penganjur, mereka telah mengumpul 5 pemenang yang paling tepat dan hampir tepat untuk dipilih. 5 peserta yang menang adalah:
  • Fiza
  • Nur Azra Syazwana (Anak)
  • Siti Aishah Mohamed
  • M.Redha Mohd Alo
  • Kamil Salleh (saya)

Jawapan untuk contest yang dijalankan ini adalah 50 Buah Limau Mandarin. Boleh rujuk foto di atas untuk lebih sahih dan jelas. Pihak penganjur telah menghubungi para pemenang melalui telefon beberapa hari yang lalu sambil menjemput ke majlis rumah terbuka pada 21 Februari 2016 (Ahad) ini.


Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2016


Menang Count Mandarin Orange Contest 2016
Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2016

Sempena menyambut  "Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2016", pihak penganjur telah mempelawa dan menjemput para pemenang untuk hadir bagi penyampaian hadiah (Ang Pow) kepada 5 pemenang terbabit.

Majlis ini akan dihadiri oleh DUN Bukit Antarabangsa yang juga sebagai Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali dan YB Zuraida Kamaruddin, yakni Ahli Parlimen Ampang.

Atur Cara Majlis

Tarikh: 21 Februari 2016
Hari: Ahad
Masa: 7.30 malam - 10.00 malam
Tempat: Perkarangan Spectrum Shopping Mall
Alamat: Jalan Wawasan Ampang 4/2, Bandar Baru Ampang, Selangor.
Hadirin: YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali. Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraida Kamaruddin, Pengurus Besar Spectrum Shopping Mall, para pemenang contest dan juga pengunjung Shopping Mall tersebut.

Tidak sabar menunggu tibanya majlis tersebut. Insha Allah... akan saya ambil gambar/foto banyak-banyak dan postkan di blog ini atau di Facebook sebagai kenang-kenangan. Saat begini bukannya selalu hadir atau muncul dalam hidup kita. Gunakan kesempatan hari yang bertuah ini untuk lebih ceria dan bermakna.

Wassalam..... jumpa lagi.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
7 Komentar untuk "Menang Count Mandarin Orange Contest 2016"

Wah taniah en kamil..bertuah tahun ni

Alhamdulillah...rezeki. Tahniah ☺☺

Wah tahniah, anak dengan ayah dapat hadiah :D

Alhmdulillah, tahniah!
Saya tak pernah menang kalau masuk contest macam ni atau cabutan bertuah..huu ^^

tahniah tuan dan anakanda

alhamdulillah..syukur..rezeki tu..

Wahhh, tahniah. Menang besar nih. Bapa dan anak :)

Nanti jemput join myliferia giveaway ye :D

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top