Pertandingan Rancangan Perniagaan RBC 2016

Pertandingan Rancangan Perniagaan RBC 2016 | RBC adalah satu program yang memberi peluang kepada Belia Malaysia untuk merealisasikan idea-idea bernas dan diterjemahkan kepada satu perniagaan yang berdaya maju di kawasan luar bandar.


Pertandingan Rancangan Perniagaan RBC 2016
Pertandingan Rancangan Perniagaan RBC 2016


Pertandingan Rancangan Perniagaan RBC 2016

Pertandingan ini dianjurkan oleh Kementerian kemajuan luar Bandar dan Wilayah ( KKLW). Ia bagi mencari individu atau syarikat yang ada wawasan dan berdaya maju dalam mempertingkatkan ekonomi luar bandar setanding apa yang diperolehi di bandar dengan menggunakan slogan "Transformasi Belia Desa".

YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah telah mencetuskan idea dan aspirasi beliau agar dapat "Membandarkan Luar bandar".

Ayuh.....! Anda berpeluang untuk menyertai Pertandingan Rancangan Perniagaaan RBC 2016 ini dengan melayari laman sesawang www.rbc.my. Apa yang menariknya, ia hanya boleh disertai secara online sahaja. Lebih istimewanya, anda berpeluang untuk menang RM 1 Juta untuk kategori 1 (Pengembangan Perniagaan) dan RM10,000 untuk kategori 2 (Idea Perniagaan). Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Jun 2016.

Pertandingan ini mencari projek/perniagaan baru, khusus untuk belia-belia Malaysia di kawasan luar bandar bagi melaksanakanya program yang telah dirancang oleh Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah.

Ini menguntungkan dan boleh berdaya saing, berdaya majudalam sektor pertanian, peladangan, pembuatan, perkhidmatan dan Pelancongan Desa.  

Pengembangan Perniagaan - Syarikat yang telah beroperasi.

Idea Perniagaan - Penyertaan persoarangan atau lebih yang belum memulakan perniagaan, khas untuk Belia Malaysia yang berusia 18 tahun hingga 40 tahun.


Program Rural Business Challenge 2016

Program Rural Business Challenge 2016 merupakan program yang memberi peluang kepada Belia Malaysia bagi memperlihatkan kecenderungan, minat serta kesungguhan untuk menjadikan keusahawan sebagai kerjaya pilihan atau sumber pendapatan mereka.

Melalui program ini, Pertandingan Rancangan Perniagaan 2016 diwujudkan bagi memilih keusahawan belia untuk bersama-sama memajukan ekonomi di luar bandar.

Dalam pertandingan, golongan belia yang merupakan sasaran penyertaan pertandingan. Dalam masa yang sama, peserta perlu menyediakan "Rancangan Perniagaan" berdasarkan format yang telah ditetapkan dan cadangan tersebut hendaklah dilaksanakan di kawasan luar bandar.

Usahawan yang berjaya dipilih sebagai pemenang akan menerima geran perniagaan dan kemudahan pembiayaan daripada KKLW sehingga RM1 juta.

Objektif Rural Business Challenge (RBC)

- Menggalakkan belia malaysia khususnya di luar bandar memilih keusahawaan sebagai kerjaya utama pilihan mereka.

- Mewujudkan peluang perniagaan atau pekerjaan dan meningkatkan pendapatan kepada penduduk tempatan di luar bandar.

Keunikkan Rural Business Challenge

- Pendekatan baru "Transformasi Belia Desa".

- Hadiah dalam bentuk "Geran Perniagaan" dan "Kemudahan Pembiayaan" sehingga RM1 Juta.

- Pemenang kan melaksanakan projek perniagaan yang dicadangkan di bawah selia dan dipantau oleh Kementerian Luar bandar dan Wilayah (KKLW).

 Akhir kata, inilah peluang Belia Malaysia untuk menunjukkan kebijaksanaan mereka untuk merealisasikan program dan idea bernas untuk memajukan perniagaan mereka di luar bandar agar setanding dengan apa yang ada di bandar.

Untu keterangan lanjut boleh ikuti melalui KKLW @

Sekretariat RBC
Kementerian Luar Bandar dan Wilayah
Tingkat 19, NO.47, Persiaran Perdana, Presint 4,
Puat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100, Putrajaya, MALAYSIA.
TEL: 03-88915607; 03-88915622; 03-88915636

Semoga berjaya.....

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
12 Komentar untuk "Pertandingan Rancangan Perniagaan RBC 2016"

Menarik pertandingan ni. Cuma yang tak menang, apa agaknya yang akan terjadi pada rancangan perniagaan yang di submit :D

Mungkin juga mereka dapat pengalaman daripada pertandingan itu.

Lumayan sungguh adiah yang diberi

menariknya pertandingan ni, hadiah pun lumayan

saya dah melepasi syarat umur yang ditetapkan.

how you can unlock amazing website like this, I really liked the look and also the articles you post. the speed of your website is also very nice

wah seru sekali sepertiny
terus update yah blognya :)

Howdy! This Post Couldn't Be Written Any Better! Reading This Post Reminds Me Of My Previous Room Mate! He Always Kept Chatting About This. I Will Forward This Article To Him. Pretty Sure He Will Have A Good Read. Many Thanks For Sharing!

Together With Almost Everything Which Seems To Be Developing Inside This Specific Subject Matter, Your Viewpoints Happen To Be Fairly Radical. On The Other Hand, I Beg Your Pardon, Because I Can Not Subscribe To Your Entire Theory, All Be It Exhilarating None The Less. It Looks To Everybody That Your Comments Are Generally Not Entirely Rationalized And In Fact You Are Yourself Not Even Thoroughly Confident Of The Assertion. In Any Event I Did Take Pleasure In Looking At It.

Thank you for another fantastic posting. Where else could anyone get that kind of information poker online | prediksi togel hari ini

Hello! I could have sworn I’ve been to this site before but after reading through some of the post I realized it’s
new to me. Anyways, I’m definitely glad I found it and I’ll
be book-marking and checking back often!

Domino Bet | Sbobet Poker | Hero Poker

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top