sensasi2020

RM10 Seorang Bantu The Red Warriors | sensasi2020 RM10 Seorang Bantu The Red Warriors - sensasi2020

RM10 Seorang Bantu The Red Warriors

RM10 Seorang Bantu The Red Warriors untuk terus kekal bersaing dalam Liga Super Malaysia 2017 (Liga M 2017). Inilah jalan terakhir untuk menyelamatkannya jika Kerajaan negeri Kelantan tidak membantu mengatasi masalah ini.

RM10 Seorang Bantu The Red Warriors
The Red Warriiors

Saya sebagai salah seorang rakyat Kelantan bersimpati di atas apa yang berlaku kepada TRW terutamanya Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang terpaksa menarik diri daripada bersaing dalam Liga M 2017 jika tiada penaja yang sudi menaja pasukan TRW. KAFA memerlukan RM14.2 juta untuk membolehkan pasukan TRW terus beraksi.

Setelah ketiadaan Tan Seri Anuar Musa (TSAM) yang meletakkan jawatan baru-baru ini dan penarikkan diri Datuk Seri Vida menyebabkan tiada yang sudi tampil untuk menawarkan diri untuk menaja TRW.

RM10 Seorang Bantu The Red Warriors

KAFA hanya ada dana dalam sekitar RM800,000, iaitu jumlah yang terlalu kecil untuk menampung perbelanjaan pasukan TRW untuk terus kekal bersaing dalam Liga Malaysia musim depan.

Demi maruah TRW, Badan Bertindak Bola Sepak Kelantan (BBBSK) semalam melancarkan kutipan derma RM10 bagi setiap rakyat Kelantan bagi menyelamatkan masa depan The Red Warriors selepas KAFA mahu tarik diri daripada saingan Liga Malaysia 2017.

Kutipan dana ini menyasarkan 1 juta rakyat Kelantan di seluruh negara. Ia dikendalikan oleh Datuk Takiyuddin Hassan sebagai penyelaras di bawah Tabung Dana Penyelamat Bola Sepak Kelantan.

BBBSK memilih RM10 sebagai simbolik kepada warna mata wang RM10 Malaysia. Warna merah pada wang kertas RM10 bertepatan dengan warna dan lambang bendera negeri Kelantan, jersi barisan pemain dan KAFA.

Katung KAFA Semakin Susut

Jika sejuta rakyat Kelantan yang sudi menghulurkannya, maka sudah tentu RM10 juta dana ini dapat dikumpulkan. Walau bagaimanapun, jika betul-betul rakyat Kelantan sayang pada pasukan TRW, ia lebih daripada RM10 juta dapat dikutip dan dikumpulkan ditambah dengan dengan tajaan daripada Syarikat Eniqworld Enterprise, pengeluar produk kecantikan dan minuman kesihatan. 

BBBSK akan menjelajah di setiap pelusuk daerah dan negeri bagi mengumpul dana tersebut.

BBBSK terdiri daripada gabungan Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMMK), Kelab Bekas Pemain Kelantan dan Kebangsaan 1980 (Era 80), Lagenda Bola Sepak Kelantan tahun 1960 dan 1970 (Lagenda Kelantan).

KAFA dijangka membuat keputusan mengenai hala tuju pasukan TRW pada 29 Disember ini pada sesi mesyuarat agung luar biasa.

Jika KAFA tarik diri itu merupakan satu berita sedih dan perkhabaran dukacita untuk seluruh rakyat Kelantan yang kita tahu pasukan tersebut adalah salah satu pasukan yang terhebat dalam Liga Super Malaysia.

Saya pun turut bersimpati dan berdoa agar TRW terus kekal bersaing. jika penarikkan TRW, maka sudah tentu kemeriahan Liga M sedikit sebanyak akan terencat.

Ayuh....Oghe Klate, mari pakat kito tolong dan wie sumbange untuk pasuke kito TRW, "Gomo Klate Gomo". Kita pakat sumbang RM10 Seorang Bantu The Red Warriors. Insya Allah....

0 Komentar untuk "RM10 Seorang Bantu The Red Warriors"
Back To Top