Salam Ramadhan Al-Mubarak 2017/1438H

Salam Ramadhan Al-Mubarak 2017/1438H | Pejan-celik, pejam-celik dalam sedar tak sedar, hari ini dah masuk 1 Ramadhan 1438H bersamaan 27 Mei 2017. Hari keberkatan, bulan yang mulia  dan hari yabg dinanti-nantikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia.



Salam Ramadhan Al-Mubarak 2017/1438H
Salam Ramadhan Al-Mubarak 2017/1438H


Salam Ramadhan Al-Mubarak 2017/1438H


1 Ramadhan setiap tahun umat Islam akan menyambuta bulan Ramadhan, yakni sebulan mereka akan berpuasa, menahan makan dan minum pada siang hari bermula terbitnya fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib). Mereka yang berpuasa juga tidak boleh melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa sehingga waktu berbuka puasa.

Pada pagi ini juga kita disunatkan untuk bersahur. Ini bagi memberi tenaga tambahan bagi membolehkan sepanjang hari kita mula menahan makan dan minum. Bila tiba waktu maghrib, umat Islam bolehlah mula membuka puasa. Disunatkan berbuka puasa dengan beberapa biji buah tamar atau kurma dan beberapa teguk air.

Saya dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Salam Ramadhan Al-Mubarak 2017/1438H", semoga kita semua mendapat keberkatan dan pahala berganda-ganda di bulan mulia ini. Insha Allah.....



Niat Puasa Di Bulan Ramadhan Al-Mubarak


Sebelum mengerjakan ibadah puasa, kita diwajibkan untuk berniat puasa ramadhan. Bolehlah ikuti niat seperti yang tertera di bawah sebagai panduan atau rujukan. Maklum sajalah, puasa Ramadhan ni cuma sebulan dalam setahun.


Salam Ramadhan Al-Mubarak 2017/1438H
Niat Puasa Ramadhan


Doa Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Al-Mubarak


Sesudah kita berpuasa seharian di siang hari, maka bila tibanya waktu berbuka (maghrib), kita disunatkan untuk membaca doa berbuka puasa. Bolehlah ikuti cara-cara yang betul untuk berbuka puasa. Semoga puasa kita diterima oleh Allah Taala. Insha Allah......



Salam Ramadhan Al-Mubarak 2017/1438H
Doa Berbuka Puasa

Di bulan Ramadhan juga kita disunatkan untuk menunaikan Solat Sunat Terawih pada waktu malamnya. Besar pahala dan ganjarannya Allah janjikan untuk hambanya. Boleh dikatakan sepanjang Ramadhan ini, kita perbanyakkan melakukan amal ibadat kepada Allah agar kita dapat keampunan daripada dosa-dosa kita yang lalu dan akan datang.

Selamat berpuasa dengan amalan bersahur, berpuasa di siang harinya, berbuka puasa bila tibanya Maghrib dan mengamalkan solat sunat terawih pada malamnya. Semoga amalan kita diterima oleh Allah Taala. Semoga tahun ini 2017 lebih baik daripada tahun 2016 sebelumnya. Amin....

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
6 Komentar untuk "Salam Ramadhan Al-Mubarak 2017/1438H"

salam ramadan kareem...bw pg 4 ramadan..:)

Salam ramadan buat tuan Kamil

semoga tahun ini kita boleh beribadah dengan lebih baik berbanding tahun yang lepas..

Waalaikumusalam.....
Terima kasih Normi Nieza sudi blogealking di blog saya. Salam Ramadhan buat anda juga.

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat Tuan Hanafi jugak. Moga kamu beroleh pahala berlipat ganda buat anda sepanjang bulan puasa ini dan mendapat keberkatannya.

Salam Ramadan Tuan Kamil
https://umifuzy.blogspot.my

Selamat Hari Raya.

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top