The Bloggers Dinner 2017 Anjuran Hexa Cooperation

The Bloggers Dinner Anjuran Hexa Cooperation merupakan satu majlis makan malam yang julung kali diadakan sempena pelancaran lynk.my versi terbaru. Satu majlis yang menghimpunkan blogger-blogger terpilih bagi mengiktirafkan sumbangan mereka terhadap karya mereka di blog masing-masing.


The Bloggers Dinner 2017
The Bloggers Dinner 2017

The Bloggers Dinner 2017


Malam Bersama Blogger 2017 atau "The Bloggers Dinner 2017" anjuran Hexa Cooperation Sdn Bhd yang mengelolakan lynk.my (Shorten Malaysia). Pertama kali diadakan bagi melancarkan versi baru lynk dot my mereka pada 19 Mei 2017, bertempat di Hotel Concorde Kuala Lumpur.


The Bloggers Dinner 2017
Selfie Bersama Khir Khalid Di The Bloggers Dinner 2017


Sokongan blogger terhadap lynk.my amat mengalakkan terutamanya group Best Blogger Network yuang sentiasa berkerjasama dengan mereka dalam menaikan lynk.my di mata rakyat Malaysia yang dahagakan kejayaan dalam perniagaan mereka.


The Bloggers Dinner 2017
Selfie Bersam Syarifah Syahirah Celebriti Malaysia

Saya sebagai pengerusi Best Blogger Network dan semua AJK serta ahli-ahli group amat teruja dijemput ke majlis ini. Satu pengiktirafan yang sukar diucap dengan kata-kata. Apa yang boleh diucap adalah jutaan terima kasih untuk Hexa Cooperation terutama Chief Operation Officer Encik Fakhrul Iswandi.


The Bloggers Dinner 2017
Blogger-Blogger Otai di Malam Bersama Blogger

Bukan itu saja, anak-anak yatim juga diraikan pada majlis tersebut. VVIP, AJK Best Blogger Network, blogger-blogger hebat dan wakil-wakil penaja.

Apa yang paling menarik hidangan yang disediakan amat banyak dan sedap-sedap belaka. Nasi, kuih-muih, kek, desert, minuman dan banyak lagi, banyak sangat nak disenaraikan.

Insya Allah, jika tiada halangan Majlis seperti ini akan dibuat acara tahunan oleh Hexa Cooperation. Terima kasih dan tahniah buat staf-staf Hexa Cooperation dan juga lynk.my berserta iKedaiKami.com diatas penganjuran majlis ini. Diantara yang terbaik event yang dibuat untuk merapatkan ukhwah antara kita.

Terima kasih juga buat semua dif-dif jemputan yang lain bagi menjayakan majlis "The Bloggers Dinner 2017" ini. Sumbangan idea dan sokongan terhadap kami sebagai warga blogger bagi mengiktirafkan peranan blogger dalam media sosial. 

Tidak dilupa juga buat pemenang cabutan bertuah yang dapat hadiah hebat-hebat. Bukan lucky draw jadi keutama tetapi kejayaan dalam sesuatu majlis lebih diutamakan agar kita dapat memberi sumbangan bakti terhadap sesuatu perkara.

Semoga kita berjumpa lagi di lain event lagi. Best dapat jumpa rakan blogger lain, yakni Hasrul Hassan, Khir Khalid, Norman Danish, Adzril, Dhia, Akma Omar, Hanny Abdullah, Izarra  Qistina, Afzal SukaSuki, Zakri Rozaini, MahaMahu dan ramai lagi

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
12 Komentar untuk "The Bloggers Dinner 2017 Anjuran Hexa Cooperation"

Event yang meriah dan sekaligus mengangkat martabat bloggers sebagai penulis berwibawa dalam era IT masa kini. Tahniah dan terima kasih kpd Hexa Cooperation, lynk.my, para penaja dan rakan bloggers sekalian.. Moga kita bertemu lagi dan terus sukses.. Aamiin :)

Semoga tahun hadapan saya boleh turut serta.. In shaa Allah bila dah ada rezeki kaw kaw

Terima kasih bro Khir sudi datang memeriahkan event Malam Bersama Blogger atau The Bloggers Dinner.

Semoga karya blogger diiktiraf dan mendapat tempat di hati pembaca.

Terima kasih Mr Hanafi sudi beri komen.

Teruja bila dapat tahu Mr Hanafi nak datang di event pada masa akan datang.

Kami warga BBN sentiasa menanti kunjungan anda. Insya Allah...

salam kenal saudara kamil. Kita satu table di malam dinner tu..
semoga acara sebegini mengeratkan lagi silaturahim sesama bloggers.

Nanti kita buat lagi, saya pun nak buat "Teh Tarik Bersama Hasrul Hassan" di pejabat Lynk.my kat Sungai Buloh nanti. :)

Salam perkenalan FeyLiez. Teruja dapat jumpa blogger yang belum kita kenal. Sekurang-kurangnya dapat berkenalan dan berkongsi cerita.

Menarik tu Bro HH. Tak sabar nak nikmati teh tarik HH.

Moga dapat bersama lagi di lain perjumpaan blogger. Insya Allah....

salam perkenalan dari sy..kita duduk semeja dgn blogger sensasi2020 jugak hari tu kan

Salam.. kalau ada lagi event ni bagi masa akan datang harap harap boleh join event ni sama sama...macam best jer makan ramai2 dan kenal sesama blogger...best kan?

Bestnya. Bilalah dapat join ni ..

Terima kasih atas artikelnya yang sangat bagus..

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top