sensasi2020

Filem Malay Regiment Bikin Kontroversi | sensasi2020 Filem Malay Regiment Bikin Kontroversi - sensasi2020

Filem Malay Regiment Bikin Kontroversi

Filem Malay Regiment Bikin Kontroversi gara-gara ada babak kereta dengan pendaftaran nombor berkaitan parti politik tetapi telah dipotong babaknya untuk tidak disalaherti sebagai menghina parti tersebut.

Namun begitu, apa yang penting filem "Malay Regiment" arahan Datuk Jurey Latiff Rosli harus diangkat sebagai satu usaha untuk generasi akan datang tentang sejarah.

Bagaimana anggota tentera mempertahankan tanahair daripada ancaman komunis.

Filem ini juga sebagai rujukan pelajar dan anggota tentera baru yang ingin merasai pengalaman hidup di zaman komunis.


Filem Malay Regiment Bikin Kontroversi
Filem Malay Regiment

Filem Malay Regiment Bikin Kontroversi


Jangan mudah tersentak dengan isu kontroversi yang remeh-temeh ini. Filem Malay Regiment harus diangkat dan diusung sebagai filem genre aksi sejarah yang harus ditonton oleh generasi muda tentang kisah lampau bagaimana tentera mempertahankan tanahair daripada ancaman komunis?



Filem Malay Regiment Bikin Kontroversi
Bersama Pelakon Malay Regiment


Apa yang penting, Pengarah Datuk Jurey Latiff Rosli telah bikin filem genre aksi tentera yang patut dipuji dan disanjung sebagai HERO dalam usaha yang murni beliau memaparkan kisah benar (sejarah) pertempuran tentera dari unit 17 RAMD menentang komunis dalam Ops Gubir sekitar tahun 1976.


Filem ini mula ditayangkan kepada umum pada 31 Ogos 2017 sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke-60 di semua pawagan Cinemas di seluruh negara.

Diharap ia dapat menarik minat penonton untuk menonton filem tersebut dan dapat menanam sifat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia yang semakin hari semakin hilang.

Filem: Malay Regiment
Pengarah: Jurey Latiff Rosli
Bahasa: Melayu
Tarikh Tayangan: 31 Ogos 2017
Klasifikasi: P13
Genre: Aksi/Sejarah
Durasi: 90 minit
Pengedar: MM2 Screen Manegement Sdn Bhd
Format: 2D

Para pelakon yang menjayakan filem Malay Regiment ialah Yus Waisar,  Nad Zainal,  Z.Zamri,  Dato' Ahmad Tarmimi Saregar dan lai-lain lagi.


Sinopsis Malay Regiment


Terima kasih buat Adza Irdawati aka Mak Dara yang sudi mempelawa saya untuk menonton Tayangan Perdana Filem Malay Regiment Di Cineplex,  Damansara.

Bila dah tengok sendiri,  bolehlah saya buat sinopsis, ulasan dan kritikan tentang filem ini. Boleh baca sampai habis,  ada di bawah yang telah saya tulis.

Filem ini mengisahkan tiga cucu kepada anggota yang terkorban semasa pertempuran dengan komunis dalam era 70-an dalam Ops Gubir, Kedah. 

Secara tidak langsung, tiga anak muda ini cuba cungkil rahsia sebenar disebalik peristiwa bersejarah yang menumpah darah perwira datuk-datuk mereka yang berkhidmat demi negara sebagai tentera ketika itu.

Peristiwa di Gubir mencatat sejarah hitam apabila sebuah helikopter Nuri Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang membawa 11 pegawai termasuk anggota pasukan keselamatan jatuh ditembak angkara komunis di Hutan Simpan Ulu Muda, Gubir, Kedah.

Helikopter tersebut dalam perjalanan ke pos-pos tentera di perbatasan Malaysia-Thailand terbakar dan mengorbankan kesemua pegawai, anggota tentera termasuk juruterbang.

Filem aksi perang yang banyak melakarkan catatan sejarah negara dilakonkan semula watak dari kisah sebenar sekitar tarikh 16 April 1976 dan 15 Julai 1976 semasa Ops Kota Gubir I & II yang mana pasukan keselamatan dari unit 17 RAMD telah mengempur beberapa kem penganas komunis di sempadan Malaysia - Thailand berhampiran Gubir,  Kedah. 

Dalam operasi kedua menyaksikan Kapten Zainal Rashid telah gugur selepas berjaya membunuh tiga orang penganas komunis.

Operasi tersebut telah membunuh 6 daripada 15 orang penganas selain berjaya merampas pelbagai jenis senjata dan bom.


Ulasan dan Kritikan


Pengarah filem Malay Regiment Datuk Jurey Latiff Rosli seorang yang berani bikin filem Malay Regiment yang penuh dengan sejarah.

Tidak ramai pengarah yang mengambil risiko untuk membuat filem genre aksi tentera bertempur di medan perang tentang kisah benar Ops Gubir,  Kedah.

Namun apa yang dilakon dalam filem tidak nampak kesedihan, kesensaraan, keperitan hidup keluarga tentera,  kepayahan parajurit ketika di medan perang semasa menentang komunis.

Jalan cerita pula kelam-kabut dengan flashback yang mengelirukan.

Watak-watak yang tidak menonjol ketika dalam kesedihan ketika si isteri kehilangan suami tercinta di medan perang,

Aksi perang ketika menentang komunis terlalu banyak dipotong sehingga cepat dari babak terbunuh ketika ditembak dan di bom maupun ketika terpijak jerangkap samar (periuk api).

Penghayatan dari segi lakonan para pelakon tidak sampai kepada penonton. Ini membuat penonton bosan untuk duduk sepanjang 90 minit tayangan filem.

Soundtrak yang belum cukup real, bila di dalam hutan, tidak kedengaran suara burung, binatang, serangga dan unggas. Cuma ketika berperang tu ada bunyian bedilan, tembakan dan dibom yang boleh dipuji.

Apa pun... tahniah buat pengarah Datuk Jurey Latiff Rosli yang bersusah-payah bikin Filem Malay Regiment Bikin Konterversi dan membuat ramai yang ingin ambil tahu pasal filem tersebut.

Mungkin bagi orang lain ada ulasan dan kritikan mereka sendiri.

Selamat menonton...
Selamat Hari Kemerdekaan ke-60.
Negaraku Sehati Sejiwa.

8 Komentar untuk "Filem Malay Regiment Bikin Kontroversi"

kayanya seru.. bisa dicoba :)

Inisiatif filem ini sgt bagus, gaya persembahan grafik dan kostum keseluruhan pun menarik.. cuma jalan cerita agak sedikit kelitu dan kurang punchline. Apa pun, menarik utk ditonton sempena sambutan hari kemerdekaan ini.

Susah nak jumpa filem perang yang bagus :) Lagi-lagi kalau filem Made in Malaysia.

Kalau cerita orang putih, banyak cerita perang diorang yang best.

TAPI cerita diorang tu, cuma based on true event. Lebih banyak tokok tambah je, baru jalan cerita jadi menarik.

Insyaallah boleh bawak anak2 menonton nanti ..

Boleh coba2 tengok mas, ceritanya best.

Bolehlah tengok, isi mada lapang di bulan kemerdekaan.

Ya.... Jarang filem Melayu jenis perang. Apa yang ada jenis kemersial, nak untung walaupun isinya hampak.

Itu yang sebaik-baiknya sempena bulan kemerdekaan.

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top