sensasi2020

Annuar Tarik Diri Bertanding Presiden KAFA | sensasi2020 Annuar Tarik Diri Bertanding Presiden KAFA - sensasi2020

Annuar Tarik Diri Bertanding Presiden KAFA

Annuar Tarik Diri Bertanding Presiden KAFA - Beliau ingin memberi peluang kepada tokoh baru untuk menerajuinya KAFA bagi musim 2017-2021. Kerusi panas ini dipertandingkan bagi penggal 2017-2021.



Annuar Tarik Diri Bertanding Presiden KAFA
Tan Sri Annuar Musa Bekas Presiden KAFA

Annuar Tarik Diri Bertanding Presiden KAFA

Tan Sri Annuar Musa menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden KAFA pada kongres ke-63 penggal 2017-2021. Kerusi panas ini dipertandingkan bagi memilih presiden KAFA pada Ahad ini setelah 10 bulan jawatan Presiden KAFA kosong.

Beliau sentiasa berpegang pada janji, yakni tidak akan bertanding untuk kerusi no.1 KAFA walaupun mendapat percalonan daripada Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ).

Keputusan yang dibuat oleh beliau untuk memberi laluan kepada muka baharu untuk menduduki kerusi panas itu selepas sedekat mengepalai badan induk tersebut.

Sepanjang sedekat beliau menerajui KAFA, pelbagai cabaran yang beliau hadapi, tiada penaja yang sidi menaja KAFA, tidak mendapat bantuan daripada kerajaan negeri, penarikan Datuk Seri Vida (Vida Beauty) sebagai penaja utama The Red Warriors dan yang paling terkesan adalah digantung dalam Majlis Amanah Rakyat (MARA) kerana membantu dalam penajaan terhadap bola sepak Kelantan.


Senarai Calon Bertanding Jawatan Presiden KAFA


Seramai empat orang sedia mengisi kerusi panas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) iaitu dua Naib Presiden KAFA, Datuk Muhammad Nasir Hamzah yang juga Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf  Media dan Datuk Rosmadi Ismail.

Dua lagi Penaja Utama KAFA iaitu Pengerusi Chengal Jati Datuk Saari Hassan dan calon tunggal Bibi Ramjani Ilias Khan yang juga Pengurus Desa Murni Batik Kota Bharu.


PRESIDEN (1)

  1. Datuk Muhammad Nasir Hamzah
  2. Datuk Rosmadi Ismail
  3. DatukShaari Hassan
  4. Bibi Ramjani Ilias Khan


TIMBALAN PRESIDEN (1)

  1. Datuk Seri Afandi Hamzah
  2. Datuk Rosmadi Ismail
  3. Datuk Shaari Hassan
  4. Datuk Muhammad Nasir Hamzah

NAIB PRESIDEN (3)

  1. Datuk Rosmadi Ismail
  2. Datuk Shaari Hassan
  3. Datuk Rosdi Abd Aziz
  4. Datuk Ismail Md Noor
  5. Datuk Muhammad Nasir hamzah
  6. Datuk Nik Izani Nik Ibrahim
  7. Amir Ramadzan Ibrahim
  8. Datuk Izzuddin Mohd Ghazali
  9. Datuk Zamri Ismail
  10. Bibi Ramjani Ilias Khan
  11. Nik Pak heruddin Nik Abdul Kadir
  12. Mohamad Yusri Ismail
  13. Azman Ibrahim

AHLI EKSEKUTIF (10)

  1. Mohamed Fareez Nor Amran
  2. Akmal Ahmad Tabarani 
  3. Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani
  4. Datuk Mohamad Fared Abd Ghani
  5. Lim Guan seng
  6. Salim Mahmud Mahayuddin
  7. Wan Rakemi Wan Zahari
  8.  Datuk Rasdi Abd Aziz
  9. Datuk Saari Mat Husin
  10. Kamaruddin Mohamad
  11. Nubli Abd Latif
  12. Datuk Abdullah Mat Yasim
  13. Ahmad Nazeri Ramli
  14. Azman Ibrahim
  15. Azlan Mohd YusoNudin Awang
  16. Wan Badri Wan Omar
  17. Nudin Awang
  18. Nur Mahamad @Marzuki Jusoh
  19. Datuk Mohd Rowi Dollah
  20. Datuk Seri Amril Aiman Abd Aziz
  21. Mohd Badhri Mohd Radzi
  22. Datuk Azman Ismail
  23.  Aziz Mahmud
  24.  Abdul Rahim Ahmad
  25. Husib Deraman
  26. Mohamad Yusri Ismail
  27. Datuk Abdul Halim Hamad
  28. Azrul Mohd Zawawi
  29. Mohamad Ausri Husin
  30. Amir Ramadzan Ibrahim

Saya berharap dan berdoa agar semua calon yang bertanding yang terpilih nanti dapat memberi sumbangan idea, bantuan dan segalanya demi menaikkan dan memmartabatkan pembangunan bola sepak Kelantan ke arah yang lebih maju dan dinamik.

Saya sebagai anak jati Kelantan mahu agar pasukan Kelantan hebat seperti beberapa tahun lepas di mana kita berjaya bawa pulang Piala Malaysia, Piala FA, Piala Sumbangsih, layak ke kejohanan AFC.

Disamping itu kita mahu seperti kelab atau persatuan bola sepak lain yang bersaing hebat di Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia. Insya Allah.....

P/S: Berita terkini - Saingan dua penjuru bagi jawatan Presiden KAFA dan Timbalan Presiden KAFA. 

Bagi jawatan presiden hanya Datuk Muhammad Nasir dan Bibi Ramjani sah bertanding selepas 5 petang semalam. 

Sementara untuk jawstan timbalan presiden hanya penyandang jawatan iaitu Datuk Seri Afandi Hamzah dan Datuk Rosmadi Ismail yang mengesahkan merebut jawatan itu. 

6 Komentar untuk "Annuar Tarik Diri Bertanding Presiden KAFA"

meski ada pertimbangan khusus kenapa beliau mundur

Owhh dah lama tak ikuti perkembangan ni..haha

wah menakjubkan kalau seperti itu
RoketLagu

Bagus gan macam tu jadi tokoh lain punya peluang. salam kenal dan salam silaturahim

Bisa seperti itu ya... thanks sudah share gan...

sejujurnya bukan la mudah untuk menjadi seorang pemimpin..

besar juga yang tanggungjawabnya

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top