sensasi2020

Kelantan Kekal Bersaing Dalam Liga Super 2018 | sensasi2020 Kelantan Kekal Bersaing Dalam Liga Super 2018 - sensasi2020

Kelantan Kekal Bersaing Dalam Liga Super 2018

Kelantan Kekal Bersaing Dalam Liga Super 2018 setelah berjaya mengalahkan Melaka United 3-1 pada aksi terakhir perlawanan Liga Super musim 2017.


Kelantan Kekal Bersaing Dalam Liga Super 2018
Pasukan The Red Warriors 2017

Kelantan Kekal Bersaing Dalam Liga Super 2018


Melaka United ( 1 ) vs ( 3 ) Kelantan
Lokasi: Stadium Hang Jebatì Melaka.
Masa: 9 malam
Penjaring gol :
- Nicolas Ryan Swirad - (Melaka Utd) - minit ke-31.
- Abou Bakr Al-Mel (Kel) - nminit ke-74
- Alessandro Celin (Kel) - minit ke-80, 88.

Pasukan Kelantan yang dikenali sebagai The Red Warriors terselamat daripada tergelincir ke Liga Premier musim depan 2018 setelah memperolehi kemenangan ke atas Melaka United 3-1. Keputusan penuh boleh ikuti di Keputusan Terkini Liga Super Malaysia 28 Oktober 2017.

Pada malam tadi Kelantan yang turun bertandang ke Stadium Hang Jebat, Melaka dengan misi hidup mati akhirnya berjaya kekal bersaing dalam Liga Super 2018.

Namun lain pun yang terjadi pada pasukan Sarawak dan Pulau Pinang yang mengisi slot pasukan kedua terbawah apabila terpaksa akur tersingkir daripada Liga Super 2018 dan akan ke Liga Premier musim hadapan.

Kelantan merupakan Juara Liga Super edisi 2011 dan 2012 dilatih oleh Sathit Bensoh dari Thailand berupaya memperolehi kemenangan di babak 15 minit terakhir perlawanan hasil jaringan Alessandro Celi, iaitu minit ke 80 dan 88.

Sebelum itu Melaka terlebih dahulu memperolehi gol hasil jaringan minit ke-31 oleh Nicolas Ryan Swirad.

Gol tersebut tidak mematahkan semangat pasukan The Red Warriors untuk memburu gol semangat.

Semangat TRW untuk memcapai kemenangan untuk kekal ke Liga Super tidak terhenti di situ apabila pemain import Kelantan, Abou Bakr Al-Mel berjaya meledak gol pertama pasukannya pada minit ke-74 separuh masa kedua.

Kemenangan 3-1 dapat dilihat sebagai hadiah awal daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang baru Bibi Ramjani Ilias Khan dalam misi merevolusikan skuad Kelantan sebagai gergasi Pantai Timur pada musim depan.

Tahniah untuk TRW kekal dalam Liga Super 2018 pada tahun hadapan.

8 Komentar untuk "Kelantan Kekal Bersaing Dalam Liga Super 2018"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top