"DEBARAN MENANTI DALAM 90 MINIT PADA MALAM INI"




                                8 Pasukan  berentap merebut slot 4 pasukan ke Separuh akhir.

  1. Kelantan vs Terengganu
  2. Negeri Sembilan vs Felda United
  3. Perak vs Selangor
  4. T-Team vs Sabah
         Malam ini merupakan malam penentu bagi kelapan-lapan pasukan ke peringkat separuh akhir. Empat pasukan iaitu Kijang, Seladang, Badak dan Rusa meninti  laluan sukar kerana mereka kalah pada peringkat suku akhir kedua. Walau bagaimanapun  penyandang juara Piala Malaysia, Kelantan di ambang penyingkiran pada edisi kali ini (ke-85) jika gagal mengalahkan Terengganu yang memiliki kelebihan dua jaringan pada pertembungan suku akhir kedua malam ini di Stadium Sultan Muhammad  ke IV.

        Kelantan terdesak memburu kemenangan apatah lagi  beraksi di tempat sendiri iaitu gelanggang keramat yang perlu dimaafatkan sebaik mungkin, manakala Sang Penyu memerlukan keputusan seri sudah memadai untuk meneruskan kepusingan seterusnya. Terengganu mempunyai pengalaman kerana mereka sudah bertemu dengan Kelantan di Peringkat Piala FA dan sudah mendakap piala itu.

      Di Stadium Paroi, Negeri Sembilan bersedia membersihkan muka  selepas terpalit kekecewaan kalah 0-1 di Kelana Jaya kepada Felda United. Jurulatih mereka Azraai Khor pasti mempunyai percaturan terbaik bagi membawa pasukan mereka layak ke saingan separauh akhir pada tahun ini.

      Di Stadium Perak, Selangor bertandang ke Ipoh dengan kemenangan selesa 3-1 di Shah Alam. Namun, peluang  Perak masih terbuka kerana mereka hanya memerlukan jaringan dua gol bagi memadam kelebuhan defisit yang diperolehi Selangor. Sekembalinya lima tonggak utama dalam kem Seladang dijangka memberi senerio berbeza pada Yob malam ini.

      Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, pasukan berstatus kelab dari Terenggganu, T-Team tampil garang untuk sekali lagi menjinakkan Sang Badak yang mereka tewaskan pada aksi pertama, Isnin lalu. Indera Putra Mahayuddin perlu diseka jika Sabah yang diterajui Justin Ganai berhajat memasang impian mara ke slot fasa ke empat pasukan terakhir kali ini.

      Debaran menanti detik 90 minit malam ini yang bakal bermula. Kita dapat saksikan pertarungan hidup mati dan dapat melihat pasukan mana yang bakal tersingkir untuk merebut pertandingan paling berprestij di negara ini. Sama-sama kita saksikan dan nantikannya.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top