Akta 114A Akta Keterangan Harus Dibantah Sekeras-kerasnya.


Assalamualaikum.....
Salam 1 Malaysia......
Salam Sejahtera.....semua.....!!!



Apakah dimaksudkan Akta 114A?

           Seksyen 114 A, “Andaian Fakta dalam Penerbitan” merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950. Pindaan tersebut yang diluluskan Dewan Rakyat tanpa didebatkan terlebih dahulu pada 18 April 2012 dan melalui Dewan Negara pada 9 Mei 2012. Pindaan ini belum diwartakan lagi.

          Seksyen 114 A, yang boleh diguna pakai dalam kes jenayah dan juga sivil, mengandaikan bahawa pemilik, pengendali, hos, editor, pelanggan sesebuah rangkaian atau laman web, atau pemilik komputer atau peralatan mudah alih dianggap bertanggungjawab menyiarkan atau mengulangsiarkan isi kandungan yang terdapat pada rangkaian, laman web atau peralatan terbabit.
                                                         Sumber daripada amanz.my



          Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya dan rakan-rakan serta rakyat Malaysia pasti tidak berpuashati terhadap akta 114A ini. Ia akan menyekat kebebasan bersuara di internet terhadap individu terbabit, segala penerbitan, penyiaran, pencetakan, komen-komen, artikel-artikel yang berbaur hasutan adalah dilarang dan akan didakwa di mahkamah.

         Pindaan ini jelas mengandaikan kesalahan terletak pada individu yang identitinya diguna pakai dalam penyiaran atau penyebaran maklumat berbentuk hasutan tanpa mengambil kira faktor seperti kecurian identiti dan penggodaman komputer. Kesalahan juga terletak pada pihak yang menyediakan ruangan komen pada blog, forum dan pengendali laman web walaupun maklumat tersebut disiarkan oleh pihak lain.


                                                                         
            Sekiranya ANDA sebagai:

Pemilik computer,
Pemilik account internet yang subscribe dengan ISP, termasuk wifi,
Pemilik website, seperti blog, forum dan sebagainya,


              Anda boleh disabitkan dengan akta ini sekiranya menyebarkan fitnah, berita atau maklumat berbentuk subversif seperti menghasut rakyat untuk mengguling kerajaan dengan menggunakan kekerasan.

             Ditakutkan lagi, sekiranya anda mempunyai sesuatu website, umpamanya blog dan forum, seseorang pengguna submit entry atau komen pada blog anda, forum, maka, anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang ditulis oleh mereka.

            Menariknya jika anda mempunyai open wifi, anda juga boleh disabitkan sekiranya mereka mengupload maklumat tersebut menerusi wifi anda. Jadi  yang tidak menariknya, Seksyen 114A ini memberi tanggapan bahawa anda bersalah sehingga anda dapat membuktikan sebaliknya. Ini bersalahan dengan tanggapan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.     


                                                                           
Terkini : PM Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Dengar Protes S114A, arah kabinet kaji. Sumber

           Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya dengan sekeras-kerasnya membantah 100% akta ini. Ia menyekat kebebasan kita sebagai rakyat untuk meluahkan pendapat terhadap apa jua isu tanpa ditakutkan dengan akta sedemikian.

        Sekian, terima kasih.........
Wassalalm......
Jumpa lagi dilain.....entri....Bye..bye....!!!!

                                               
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top