12.12.12 - Memberi Sejuta Pengertian

Assalamualaikum....
Salam 1 Malaysia......
Salam Sejahtera........semua......!!!

12.12.12 - MEMBERI SEJUTA PENGERTIAN 
Artikel Ini Dikarang Pada 12.12.12, jam 12.00 pm, pada Hari Rabu 

Satu Tarikh Yang Dinanti    

           12.12.12, satu angka/nombor yang agak menarik untuk dinilai. Kali terakhir nombor ini berlaku pada 12.12.1912 iaitu 100 tahun lepas. Hari ini tarikh ini datang kembali. Agak-agaknya berapa ramai yang masih hidup setelah melalui detik tarikh yang telah memberi sejuta pengertian sebelum ini pada mereka?


Suki vs Jeremy

           Ramai yang merancang perkahwinan pada 12.12.12. Tarikh yang mudah diingati. Menjadi satu tarikh yang bersejarah dalam hidup mereka. Pasti ia diabadikan dalam sebuah memori dan dicatat dalam diari kehidupan yang mereka lalui. Kenangan yang mungkin terpahat dalam sanubari mereka. Salah satu selebriti tanahair iaitu "Juara Program Realiti One In A Million (OIAM)" musim pertama, Suki @ Low Sook Yee (22), akan menamatkan zaman solonya bersama pengurusnya Jeremy Chong (30). 


Mungkin Inilah Wajah Yang Berumur 100 Tahun


        Begitu jua mereka yang lahir pada 100 tahun yang lepas, inilah saat yang perlu mereka sambut, "Selamat menyambut hari lahir yang ke 100", jika mereka masih hidup di ketika ini. Tak mungkin mereka akan sampai lagi ke tarikh 12.12.12, iaitu 100 tahun lagi.


Tak Mungkin Kita Akan Berjumpa Lagi 12.12.12 Di Masa Akan Datang

           Kita juga harus bersyukur pada Allah Taala yang memberikan kita nyawa untuk terus hidup sehingga sampai ke tarikh ini. Perbanyakkanlah amalan yang baik kerana sesungguhnya kita akan pergi jua menemui Tuhan sebelum sempat bertemu kembali 12.12.12. 


Sekadar Hiasan-Ingin Melahirkan Pada 12.12.12


           Sementara bakal ibu yang sedang mengandung/hamil sudah pasti ingin melahirkan seorang bayi yang comel di tarikh 12.12.12 yang "Memberi Sejuta Pengertian Ini". Bukan setakat ibu saja yang merasa gembira dengan kelahirannya seorang anak, bayi ini juga pasti merasa gembira juga dengan tarikh hari lahirnya.


           Semoga dengan ketibaan tarikh 12.12.12, akan memberi tuah buat semua penghuni muka bumi ini. Walaupun banyak kepercayaan seperti ramalan, tafsiran, tanda-tanda, mimpi-mimpi dan sebagainya, namun Allah lebih mengetahui atas setiap sesuatu atau perkara. Berdoalah untuk seluruh umatnya, sesungguhnya "Rasulullah" amat menyukai kepada oarang yang berdoa pada TuhanNya dan meminta sesuatu yang baik.


Sekian, terima kasih.....

Wassalam......

Bersua lagi di lain Entri.......bye..bye...!!!




Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "12.12.12 - Memberi Sejuta Pengertian"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top