Persediaan Melangkah Kejayaan Dalam Peperiksaan


PERSEDIAAN MINDA



        Kejayaan bukan diukur pada perancangan yang kita buat, tapi kejayaan sebenar adalah bagaimana hasil yang kita perolehi untuk masa depan anak-anak kita. Oleh itu kawal selia anak-anak kita setiap masa.



3 Perkara Pelajar Perlu Tahu Apa Yang Ibubapa Mahukan? 

1- Jadi Anak Yang Soleh 



Sentiasa mengikuti segala suruhan agama, tidak membuat sesuatu yang melanggar suruhan/perintah Tuhan. Pelajar wajib mempunyai 5 sifat-sifat berikut untuk menjadi anak yang soleh.
  • Sempurna solat 5 waktu.
  • Taat pada perintah agama/Islam.
  • Taat kepada kedua ibubapa.
  • Jaga maruah diri dan keluarga. (aurat, kesucian, peribadi).
  • Sentiasa berdoa untuk kedua ibubapa.
Pelajar kena berubah bermula saat ini, jika mahu supaya sifat-sifat ini tidak hilang atau tergadai.


2- Anak Yang Disayangi Oleh Semua


Sentiasa menjaga tingkah laku diri supaya tidak membuat perkara yang dibenci oleh ibubapa. Buat perkara yang mereka suka supaya kasih sayang mereka selama ini dipertahankan. 

 4 perkara jika ingin disayangi.
  • Taat pada agama.
  • Taat pada ibubapa (perlu jujur dan ikhlas).
  • Taat pada guru/cikgu.
  • Berdisplin dan hormat pada orang tua atau yang lebih tua daripada kita.

3- Anak Yang Membawa Kejayaan


Perlu melihat kejayaan orang/pelajar lain yang terdahulu, supaya dapat ditanam di dalam hati setiap pelajar/anak-anak. Jadikan kejayaan mereka sebagai panduan, dorongan, motivasi dan pegangan untuk sama-sama mendapatkannya.  

5 perkara pelajar yang berjaya iaitu :
  • Berjaya di alam pendidikan.
  • Belajar dan dapat ke peringkat tertinggi seperti universiti (dpt diploma, ijazah, PhD dan sebagainya).
  • Memiliki kerjaya yang baik dan mulia.
  • Mampu membina diri dan keluarga bahagia.
  • Berbakti pada keluarga, agama, bangsa dan negara.
Pelajar patut melakukan 7 perkara untuk berjaya iaitu :
  • Setiap pelajar kena ada azam dan cita-cita.(Wajib).
  • Sentiasa hadir ke sekolah.(Jangan tinggal dan ponteng sekolah).
  • Beri tumpuan penuh kepada guru mengajar (Jangan khayal, fikiran kena fokus pada guru).
  • Siapkan tugasan (Kerja rumah yang diberikan oleh guru).
  • Urus masa secara berjadual.(Buat jadual waktu di rumah).
  • Tinggalkan aktiviti tidak berfaedah/tak berkaitan dengan pelajaran.(Tidak leka ketika bermain). 
  • Berdoa dan bertawakal kepada Tuhan/Allah dan beristikomah.(Lepas solat berdoa dan solat hajat).
Ibu dan bapa patut melakukan  perkara-perkara supaya anak mereka berjaya dan beri sokongan kepada pihak sekolah.

 4 perkara penting perlu memberi sokongan pada pihak sekolah iaitu :
  • Bersifat cakna/ambil berat dan perhatian kepada anak masing-masing di sekolah.
  • Beri sokongan minda iaitu bertanya khabar terhadap pelajaran anak-anak serta perbetulkan jika ada kesilapan daripada anak atau kita sendiri.
  • Ibubapa wajib mengadakan perhubungan terhadap pihak sekolah. Menghadirkan diri ke sekolah walaupun tidak dijemput oleh pihak sekolah. Ambil nombor telefon guru kelas atau mana-mana guru mata pelajaran anak-anak. Biar ada bantuan kedua-dua pihak iaitu kombinasi antara ibubapa dan sekolah. Bantuan ibubapa dan sekolah amat penting untuk mewujudkan suasana ceria dan bahagia.
  • Sokongan moral, motivasi, didikan displin antara ibubapa dan sekolah.

         Oleh itu jangan abaikan pelajaran anak-anak demi masa depan mereka. Kejayaan mereka adalah kejayaan jika jua. Didiklah mereka supaya menjadi anak yang berguna kepada kita suatu hari nanti. Ibubapa pasti merasa bangga bila mana dapat melihat kejayaan mereka. Insya Allah di mana  ada ruang di situ ada jalan. Usaha tangga kejayaan.

Sekian, terima kasih. Bersua lagi dilain entri......bye...bey..!!!




Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Persediaan Melangkah Kejayaan Dalam Peperiksaan"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top