Tarikh Mula Berpuasa Pada 10 Julai 2013

Assalamualaikum....
Salam sejahtera.........


TARIKH MULA BERPUASA PADA 10 JULAI 2013




tarikh melihat anak bulan ramadan,bulan sabit,tarikh berpuasa.
Lihat Anak Bulan Ramadan


            
          Baru sebentar tadi kita telah menonton di TV dan juga mendengar di radio, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengistiharkan tarikh mula berpuasa jatuh pada 10 Julai 2013 bersamaan 1 Ramadan 1434 Hijrah.


            Maka dengan ini kita mulalah berpuasa pada hari Rabu ini. Maka pada malam 9 Julai, kita dapat saksikan akan diadakan solat sunat Tarawih di seluruh Malaysia serta seluruh dunia dengan waktu dan tarikh mengikut ketetapan negara masing-masing.


        Di sini saya mengucapkan "Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa" kepada semua rakyat Malaysia dan seluruh dunia. Jom di hari yang mulia ini kita digalakkan menunaikan solat sunat Tarawih.


Lafaz Niat Berpuasa:
Lafaz niat sehari:

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.


Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.





Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.



Waktu Berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Doa Berbuka Puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت

Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan


Hukum Puasa Di Bulan Ramadhan


Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183)}}

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:


“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”
Sumber:  http://madrasah.nh.my

Di manakah Tempat-Tempat Melihat Anak Bulan Ramadan


Negeri                 Lokasi

Johor
  • Pontian Kecil

Kedah
  • Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda


  • Pemandangan Indah, Pulau Langkawi


  • Menara Alor Setar, Alor Setar

Kelantan
  • Bukit Peraksi, Pasir Putih


  • Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai


  • Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu

K.Lumpur
  • Menara Kuala Lumpur

Labuan
  • Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

Melaka
  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara

Negeri Sembilan
  • Telok Kemang, Port Dickson

Pahang
  • Bukit Tanjong Batu, Nenasi


  • Gunung Berincang, Cameron Highlands


  • Bukit Pelindong, Kuantan

Penang
  • Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh

Perak
  • Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong

Perlis
  • Kuala Sungai Baru, Simpang Empat

Putrajaya
  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Sabah
  • Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan

Sarawak
  • Tanjung Lubang, Miri


  • Teluk Bandung, Kuching


  • Tanjung Batu, Bintulu

Selangor
  • Bukit Melawati


  • Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat


  • Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam

Terengganu
  • Bukit Besar, Kuala Terengganu


  • Bukit Geliga, Kemaman


  • Pulau Perhentian, Besut


  • Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu


My Sumber - http://www.mysumber.com/berita/tarikh-dan-tempat-tengok-anak-bulan-puasa-ramadhan-2013#ixzz2YSOncYN4

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Tarikh Mula Berpuasa Pada 10 Julai 2013"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top