Assalamualaikum...
Salam sejahtera.........

BAJET 2014: APA YANG RAKYAT DAPAT


Bajet 2014
Bajet 2014 akan mengukuhkan ekonomi negara tapi apa yang rakyat dapat dengan belanjawan sebegini? Apa pendapat anda tentang bajet 2014 ini. Beri komen anda sebagai seorang blogger hebat. Dipersilakan.....!!!

  • Mulai April 2015, GST akan dilaksanakan dan tidak dikenakan ke atas barangan keperluan asas atau harian dan pengangkutan awam.
  • BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) akan dinaikan RM650 untuk isirumah keluarga berpendapatan RM3,000 dan ke bawah, manakala individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan dinaikan kepada RM300.
  • Bayaran Bantuan Khas Kewangan untuk pesara kerajaan sebanyak RM250.
  • Bonus untuk kakitangan kerajaan minimun RM500.
  • Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan 1% hingga 3%.
  • Subsidi gula 34 sen ditarik atau dimansuhkan, ini bermakna ia naik sebanyak 34 sen.
  • Bantuan persekolahan RM100 diteruskan begitu juga baucer buku.
  • 2014 adalah Tahun Melawat Malaysia dan 2015 Year Of Festival.
  • 223,000 unit rumah baharu akan dibina mulai tahun 2015.
  • Dana pinjaman mudah sebanyak RM50 juta untuk siswazah menceburi bidang keusahawan.