sensasi2020

Patutkah Saya Review Blog SuperIbu dan VitaminIbu | sensasi2020 Patutkah Saya Review Blog SuperIbu dan VitaminIbu - sensasi2020

Patutkah Saya Review Blog SuperIbu dan VitaminIbu

PATUTKAH SAYA REVIEW BLOG SUPERIBU DAN VITAMINIBU

Assalmualaikum...
Salam sejahtera.......

Review blog, Blog SuperIbu, Blog VitaminIbu, cabaran preliminary
Review Blog Super Ibu & VitaminIbu
 
Bukan mudah nak review sesuatu blog, lebih-lebih lagi blog berkaitan keibuan dan kekeluargaan untuk blog SuperIbu serta produk kesihatan seperti "Shaklee Malaysia" untuk blog VitaminIbu. Produk yang  dijual dan ditawarkan berkenaan dengan set ibu bersalin pulak tu, walaupun ada juga produk berkaitan kesihatan lain di Syarikat Shaklee Corporation.


Walaupun saya seorang lelaki, sudah tentu ianya begitu sukar untuk saya memberi komen, kritikan dan ulasan. Namun ini semua bukan alasan untuk saya menyerah kalah. Segala ketentuan saya serahkan kepada pihak penganjur untuk menilainya nanti.


Saya akan memastikan setiap komen, kritikan dan cadangan memberi kedua-dua blog ini lebih aura dan dikenali ramai. Seperti yang sedia kita maklum, apabila setiap blog direview sudah tentu ini dapat memberi sesebuah blog itu menjadi bertambah menarik dan secara tidak langsung menaikkan aura dan meningkatkan trafik blog SuperIbu dan VitaminIbu semaksimumnya.


Saya begitu teruja untuk menyambut cabaran yang berat ini bagi tujuan review blog di peringkat saringan yang juga dipanggil "Cabaran Preliminary" (Extanded Preliminary).  Peluang ini masih terbuka setelah penganjur bersetuju melanjutkan tempoh selama 6 hari lagi sehingga Isnin ini 28 Oktober 2013.


REVIEW BLOG SUPERIBU

-An Exquisite Journey Of  A Mother-
(Full Time Mother Part Time Blogger Rare Time Shopper)

Keibuan, kekeluargaan, niche kesihatan, penjagaan kesihatan, set bersalin
Blog SuperIbu
Sebelum itu saya mengucapkan tahniah buat pemilik blog SuperIbu.com (Siti Salwa Zainal Abidin) kerana mendapat anak yang ke-4 iaitu baby Ibrahim, walaupun kelahiran cahayamatanya sedikit mengalami komplikasi simptom jantung dan Reye's Sindrom yang dialami. Semoga puan tabah menghadapi situasi ini dan saya doakan agar keluarga puan berada dalam lindungan Allah SWT. Insya Allah.....Amin.!!!
 


Header Blog - Sudah pastinya semua pengunjung akan melihat dulu header sesebuah blog. Tanpa header blog, sesebuah blog itu tidak mencerminkan niche sesebuah blog. Maka sudah tentu ianya amat penting. Kalau diperhatikan blog SuperIbu masih menampakkan kekurangan dan kecacatan sebagai daya penarik untuk dikunjungi, jika header blog tidak ditukar atau diperbaiki ia akan membuatkan blog ini tidak menarik untuk dilawati. Header blog itu terlalu besar dan ini menyukarkan kita untuk melihat keseluruhan header blog. 

Kalau boleh ia perlu ditukarkan menjadi lebih menarik dan disukai, malah akan digemari oleh si suami atau si isteri yang bakal menimang cahayamata, melahirkan dan berpantang selepas bersalin. Niche yang mencerminkan seorang ibu yang menitik beratkan penjagaan kesihatan dari mula mengandung, ketika bersalin, berpantang selepas bersalin dan penjagaan anak.


Kotak Halaman (Label) - Ruangan halaman/label mesti ada, agar pengunjung dapat klik bab/bahagian mana yang mereka inginkan sesuatu maklumat. Perlu saya tekankan di sini, ianya perlu lagi ditambah. Seelok-eloknya satu baris penuh supaya ia nampak kemas dan memperlihatkan sesebuah blog itu ada banyak artikel sebenarnya. Secara tidak langsung memberi banyak pilihan untuk pengunjung untuk mencari infomasi. Jangan lupa juga tentang sitemap. Sitemap adalah keseluruhan artikel yang ada di blog. Google amat suka pada sitemap. Sesuatu entri/artikel akan diindex/dibaca oleh robot Google untuk dianalisis.


Sidebar (Widget) - Ini juga amat penting untuk menarik pengunjung untuk terus berada lama di sesebuah blog. Ia merupakan indek untuk keseluruhan blog. Di situ segala item terbina untuk pengunjung mencari sesuatu yang diperlukan seperti entri paling popular, recent post, kategori, iklan produk, banner dan sebagainya. Namun begitu ia perlu ditambahkan lagi dengan Facebook Fanpage (harus diperbaiki), following untuk Google + dan jangan dilupa Twitter Follow.


Isikandungan - Ini pula merupakan keseluruhan apa yang ada di sesebuah blog. Perlu ditekankan di sini ialah ianya perlu diperbanyakkan lagi. Apa yang ada belum cukup memberi informasi kepada pengunjung. Perlu ditambah artikel sebanyak mungkin berkaitan penjagaan kesihatan, amalan penjagaan diri dan keluarga, tip-tip keibuan, teknik terbaik membina sebuah keluarga, resepi agar disayangi, penjagaan bayi, cara tumbesaran anak-anak dan sebagainya. 

Mungkin bab ini ianya sesuatu yang sukar untuk dipenuhi oleh pemilik blog ini, maklum sajalah, sudah pastinya ia memerlukan masa yang lebih untuk mengendalikan sebuah blog, ditambah lagi puan seorang isteri dan ibu. Ini akan membataskan masa untuk berada setiap masa di blog, tapi jika kita aturkan jadual yang terbaik pastinya kejayaan sentiasa mengiringi kita.


Plugins - Wajib ada agar segala entri/artikel kita dapat dikongsi sesama blogger lain. Ianya tidak perlu banyak. Cukup sekadar yang penting sahaja seperti butang share untuk Twitter, Facebook Like, Facebook send/share,  Google +, shareholic mail  manakala StumbleUpon, Digg, Reddit dan lain-lain tidak perlu. Gunakan sebaik mungkin template wordpress ini. Bila menggunakan template wordpress ini, ada banyak plugin wordpress yang bagus-bagus untuk dipasangkan. Jangan dilupa pasangkan plugin SEO agar sentiasa diindex di kedudukan yang baik di SERP (Search Engine Result Page).


Hakmilik - Ini bahagian biodata diri. Ia amat penting juga untuk mengetahui siapa sebenar pemilik blog SuperIbu. Saya tercari-cari di mana pemilik (admin) blog ini. Rupanya ia tercatat pada secebis kisah "Meniti Hidup" di sebuah buku (maaf ya....tak tahu judul buku ini) di halaman/ruangan "Era Muslimah"

Gunakan sebaik mungkin ruangan ini untuk memperkenalkan diri agar pengunjung tidak keliru status anda sebagai seorang ibu kepada anak-anak dan sebagai seorang isteri kepada seorang suami yang amat mengambil berat tentang diri anda.


Kesimpulannya - Secara keseluruhannya, blog ini amat bagus untuk dikunjungi oleh para suami dan para ibu. Niche atau tema kekeluargaan yang diterapkan amat menarik minat orang ramai. Sebolehnya kena banyak blogwalking dan perlu mencari sesuatu kelainan sebagai resepi untuk memperlihatkan dan memperkenalkan penjenamaa blog ini dikunjungi ramai pengunjung dan secara tidak langsung melariskan jualan sesuatu produk yang kita usahakan. Bila trafik dan pageview tinggi, senang untuk kita menjualnya.


REVIEW BLOG VITAMINIBU

- Info Kesihatan Ibu-Ibu Dan Vitamin Shaklee -


Produk kesihatan Shaklee, set bersalin Shaklee, penjagaan kesihatan Shaklee
Blog VitaminIbu

Tentang blog/website ini saya tidak mahu mengulas terlalu panjang, sekadar untuk membuat beberapa ulasan agar semua tahu akan siapa empunya diri yang memilikinya. Ia adalah pemilik yang sama dengan blog SuperIbu iaitu Puan Siti Salwa Zainal Abidin. Dalam erti kata yang mudah "Satu Orang Tapi Memiliki Dua Blog Berlainan". 


Keyword Set Bersalin Shaklee

Tahniah terhadap blog VitaminIbu, semuanya perfect/sempurna untuk dianugerahkan blog/website produk kesihatan yang bercirikan kesihatan untuk seluruh keluarga antara yang terbaik di Malaysia. Ia menampakkan sempurna dari segenap sudut. Dari segi SERP (Search Engine Result Page), ianya menampakkan peratusan SEO yang tinggi iaitu 87% di chkme.com. Keyword "Set Bersalin Shaklee" berada di page 1 di SERP.


peratusan seo tinggi, check seo, seo test,
SEO test
 
Ia melambangkan blog/website yang profesional. Pemilik blog/website ini begitu mengambil berat, sesuatu yang perlu diteruskan dan dipertingkatkan lebih lagi agar ianya menjadi sebutan ramai nanti. Penggunaan produk "Shaklee" yang agak lama membuatkan segala entri/artikel yang dihasilkan mempunyai nilai yang tinggi dan berkualiti. Pemilik blog ini telah menggunakan produk "Shaklee semenjak tahun 1998 sehinggalah sekarang. Lebih kurang 16 tahun yang lepas. Berbekalkan 2 kombinasi iaitu Penasihat Penyusuan Susu Ibu Malaysia dan pengedar produk Shaklee membuatkan blog ini dikenali ramai.

Cuma satu saja masalahnya, akibat terlalu mengambil berat tentang blog/website VitaminIbu hinggakan blog SuperIbu menjadi kelihatan tidak sempurna dan tidak diurus dengan baik. Perkara ini tidak harus berlaku. Saranan saya agar blog/website VitaminIbu dicarikan seseorang penulis upahan (freelancer). Mengambil seseorang untuk menguruskan blog/website, meneliti kandungan semasa, menyemak emel yang diterima, menghantar kiriman emel kepada pelanggan, menerima pesanan dan sebagainya.

Sementara itu puan sebagai pengurus, boleh menumpu perhatian kepada blog ini agar ianya lebih mantap lagi. Di antara kedua-dua blog, ada banyak perbezaannya. Biarkan ianya kekal berbeza. Biarlah perbezaan ini membuatkan ianya masing-masing ada keistimewaan yang tersendiri. Ini akan menampakkan kemantangan seorang untuk menguruskan sesuatu blog dalam keadaan yang jauh berbeza diantara satu sama lain. Kecekapan mengurus sesuatu blog, menjadikan penjenamaan blog ini dikenali ramai dan terus bermain di bibir pengunjung setia ataupun pengunjung baru serta meningkatkan kualiti sesebuah blog/website.

2 Komentar untuk "Patutkah Saya Review Blog SuperIbu dan VitaminIbu"

MasyaAllah, Famous betul blog superibu.com ni. Salute!

SEO blog superibu ni hebat. Memang selalu first ranker kan 2 blog nie, dahsyat..

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top