sensasi2020

Keputusan Kelantan vs Sime Darby Piala Liga Super 2014 | sensasi2020 Keputusan Kelantan vs Sime Darby Piala Liga Super 2014 - sensasi2020

Keputusan Kelantan vs Sime Darby Piala Liga Super 2014

Assalamualaikum...
Salam sejahtera.......


Piala Liga super, Pertemuan pertama, juara FA Cup, naib juara piala malaysia
Kelantan vs Sime Darby

KEPUTUSAN TERKINI

KELANTAN ( 2 ) - SIME DARBY ( 1 )
Gol Kelantan: m60,m80 (penalti) - Mohammad Ghaddar
Gol Sime Darby: m7 - Mohamad Fadli Saari


The Red Warrior, Kelantan FA, Skuad Kelantan, Peminat Kelantan
Peminat Setia The Red Warrior

Kelantan akan bertemu dengan pendatang baru Liga Super Sime Darby malam ini di Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu, Kelantan pada jam 8.45 malam.

Ini merupakan pertemuan pertama kedua-dua pasukan untuk musim baru 2014 ini. Kelantan sebagai tuan rumah sudah pastinya tidak akan membiarkan kehilangan tiga mata berharga.

Mohd Badri Radzi (Piya) sebagai ketua pasukan meminta semua pemain TRW agar jangan mengambil mudah pertemuan dengan Sime Darby walaupun ia sebuah kelab.

Bagi jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria meminta agar skuad kendaliannya berusaha sebaik mungkin untuk melakarkan kejutan terhadap juara bertahan Pila FA dan naib juara Piala Malaysia 2013. Walaupun mereka tahu Stadium Sultan Muhamad ke IV merupakan stadium keramat bagi Kelantan (TRW).

Bukan sesuatu tugas mudah untuk menjinakkan Kelantan di halaman sendiri. Semenjak kehadiran jurulatih baru Kelantan, Steve Darby ke Kelantan, tidak banyak perubahan corak yang berlaku cuma beliau memerlukan strategi yang luar biasa untuk menidakkan kemenangan di pihak lawan.

Kita akan saksikan satu perlawanan yang sengit diantara kedua-dua pasukan. Pastinya Stadium Sultan Muhamad ke-IV akan dipenuhi oleh penonton dan peminat setia TRW.
Tag : SUKAN
0 Komentar untuk "Keputusan Kelantan vs Sime Darby Piala Liga Super 2014"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top