sensasi2020

MH370: Misi Mencari Kotak Hitam | sensasi2020 MH370: Misi Mencari Kotak Hitam - sensasi2020

MH370: Misi Mencari Kotak Hitam

MH370: Misi Mencari Kotak Hitam

MH370: Misi mencari kotak hitam dan objek yang dikesan oleh satelit Australi, China dan terbaru Perancis akan dijalankan dan diteruskan untuk menentukan bahawa objek tersebut adalah serpihan pesawat MH370.

Apa Itu Kotak Hitam


kotak hitam MH370, jumpa kota hitam MH370, obek kotk hitam MH370
Kotak Hitam Pesawat
 
Kotak hitam adalah satu alat untuk merakam segala apa yang berlaku ke atas pesawat komersial seperti MH370. Ia wajib dipasang untuk merakam setiap apa yang berlaku kepada pesawat jika berlaku kerosakan, kebakaran, terhempas, hilang dan sebagainya. Di dalamnya terkandung perakam data penerbangan (FDR) dan perakam suara di dalam kokpit (CVR).


Kedudukan Kotak Hitam

Apakah Fungsi Kotak Hitam?

Semua data yang berada di FDR dan CVR amat penting dan berfungsi sebagai perakam data. Kotak hitam sangat penting bagi menentukan punca sebenar tragedi kehilangan pesawat MAS MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu. Ia merekod segala data dan maklumat tentang komunikasi kapten dengan menara, kelajuan pesawat, arah pesawat dan apa saja yang terjadi di pesawat tersebut akan direkodkan. 


Kotak Hitam Pesawat Komersial

Berapakah Jangka Hayat Dan Ketahanan Kotak Hitam?

Kebanyakannya kotak hitam jangka hayatnya boleh tahan selama 30 hari. Semua kotak hitam diuji untuk memastikan ketahanan dan keteguhan termasuk didedahkan kepada suhu 2,000 darjah celsius selama sejam dan suhu tahap beku -55 Celsius. Ia juga perlu mampu merakam segala data penerbangan minimum selama 25 jam. 
 

Bagaimana Cara Mengesan Kotak Hitam?     

Semua perakam kotak hitam FDR dan CVR dipasang peranti yang diberi nama "Underwater Locator Beacon" (ULB). Jika terhempas ke dalam lautan atau dasar laut, ia secara automatik akan aktif kerana terkena cecair seperti air laut. Ini membuatkan ianya aktif dan memberi satu isyarat boleh dipantul  sedalam  4,300 meter ke aras permukaan laut.


Siapakah Pencipta Kotak Hitam Pesawat?

Kotak hitam dicipta saintis muda Australia dikenali sebagai Dr David Warren. Unit pertama dihasilkan pada tahun 1957 dan Australia merupakan negara pertama di dunia mewajibkan semua pesawat  nya dilengkapinya kotak hitam ini.

Misi Mencari Diteruskan                        

Misi mencari akan dijalankan jika berita terbaru mengesahkan satelit China semalam adalah serpihan pesawat tersebut. Usaha mengesan objek tersebut giat dijalankan. Objek ini berada lingkungan 120 km dari objek yang ditemui oleh Satelit Australia sebelum ini.

Operasi mencari objek yang dikatakan berada di perairan Lautan Hindi semakin sukar kerana berdasarkan laporan yang diterima, angin monsun yang akan membawa ribut dan taufan  yang dipanggil "Taufan Tropika Gillian" itu mula melanda Pulau Krismas di barat Australia.


Penghantatan Aset Ditambah

Malaysia sedia menghantar pertambahan aset pencarian (SAR) iaitu 6 kapal seperti KD Selangor, KD Kelantan, KD Pahang, Kd Terengganu, KD Lekiu, KD Kasturi dan 2 helikopter Super Lynx, 1 helikopter Fennec serta 2 pesawat C-130 Hercules. Tidak terkecuali juga lain-lain negara seperti Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, Korea Selatan, Jepun, India, dan Indonesia.
Tag : MH370
Back To Top