Keputusan Terkini Malaysia vs Filipina Persahabatan Antarabangsa

Assalamualaikum..
Salam sejahtera..........

Keputusan Terkini

Filipina ( 0 ) vs ( 0 ) Malaysia

Keputusan Terkini Malaysia vs Filipina Persahabatan Antarabangsa. Keputusan antara Malaysia vs Filipina baru tadi berakhir, ia bersiaran pada jam 6.45 (waktu Malaysia) di Cebu City,Filipina. Malaysia berkongsi mata seri 0-0 lagi dengan Filipina.
                                
                                   



Detik-Detik Sebelum Perlawanan

Pengendali sementara Malaysia (Harimau Malaya), Datuk Ong Kim Swee menjangkakan satu pertemuan lebih getir, tidak seperti ketika berdepan. Skuad Azkals itu di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 1 Mac 2014 lalu.

Malaysia akan mendapat tentangan lebih sengit kali ini, sudah tentu Datuk Ong Kim Swee akan mempamerkan rentak aksi terbaik bagi meraih keputusan positif dalam perlawanan persahabatan tersebut.

Filipina adalah satu pasukan yang meningkat naik, sudah pastinya mereka mahu pastikan kemenangan dicapai di halaman sendiri agar keputusan seri 0-0 dengan Malaysia tidak berulang lagi.

Taktikal dan strategi kali ini pastinya berubah. Malaysia dan Filipina akan melakukan satu kejutan dengan melakukan aksi menghiburkan, lebih lagi  dengan kehadiran pemain kelab Denmark, Esbjerg FB, Jerry Lucana dan Martin Steuble daripada kelab Switzerland, FC Will 1990 memberi kelebihan kepada mereka.

Perlawanan ini adalah ujian untuk Harimau Malaya untuk persiapan bagi menghadapi Piala Cabaran AFC bermula 20 hingga 30 Mei depan.

Kita sebagai peminat, sudah tentu ingin melihat satu perubahan, agar Harimau Malaya terus menunjukkan peningkatan agar tidak tercicir mata untuk memperbaiki kedudukan kita di carta FIFA .

Jom marilah sama-sama kita menonton di kaca TV masing-masing untuk melihat aksi pemain kita..... Malaysia Boleh!


                                 


Anda boleh ikuti secara Live Streaming di ASTRO ARENA 801. 

Majulah Sukan Untuk Malaysia.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Keputusan Terkini Malaysia vs Filipina Persahabatan Antarabangsa"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top