Berita Sensasi | Awie Dan Erra Fazira Bersatu Kembali


Berita Sensasi - Awie Dan Erra Fazira Bersatu Kembali. Betul ke mereka akan bersatu kembali. Nama aktor dan aktres ini pernah menjadi kegilaan ramai suatu masa dahulu menerusi kisah cinta mereka di filem mahupun di luar filem. Antara filem yang hot dahulu adalah Sembilu, Sembilu 2 dan Tragedi Oktober. 


Sumber Foto: Utusan Online - Awie Bersama Erra Fazira

Bukan itu saja, mereka juga pernah bercinta dan mengikat tali pertunangan, namun percintaan mereka tidak mampu bertahan lama dan mengikut haluan masing-masing. Selepas pertunangan mereka terputus, Erra telah bertemu jodohnya bersama Yusry Abdul Rahman. Perkahwinan Erra dengan Yusry tidak kekal lama. Selepas itu Erra pula berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Sementara Awie pula membawa haluannya dengan mengikat tali perkahwinan dengan Arni Nazira, namun tidak bertahan lama lalu Awie memilih Rozana Misbun sebagai penganti. Kini Awie disabitkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai 2014 atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya bertarikh 2 Jun 2014, Rozana Misbun di kediaman rumah mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana Hulu Klang.

Kini mereka bersatu kembali dalam filem "Warna Cinta Impian" yang bercorak ala Bollywood, di bawah Syarikat produksi baharu TouchTronic Entertainmen. Penerbitnya G.Ravindren telah memilih mereka berdua kerana keserasian mereka berdua ketika popular dalam filem percintaan tahun 90-an dahulu.

Filem yang bakal memulakan penggambaran pada Ogos depan turut melibatkan pelakon-pelakon popular seperti Azlee Khairi, Nelydia Senrose, Shiqin Kamal dan Erwin Shah Dawson.

Pengarah bagi filem "Warna Cinta Impian" N.S Krishna berkata, "Pengalamannya lebih 15 tahun di bidang seni kreatif, dia yakin karyanya itu mampu menarik perhatian masyarakat tempatan yang semakin kurang menonton filem-filem tempatan".
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top