Gugurnya Seorang Pakar Pemusnah Bom Gaza


Gugurnya Seorang Pakar Pemusnah Bom Gaza. Ketua unit Pemusnah Bom di Gaza, Rahed Taysir Al-Hom,  43 tahun selamat dikebumikan di tanah perkuburan Jabaliya, Gaza di kawasan kejiranan beliau dibesarkan semalam. Beliau berkhidmat dalam unit pemusnah bom di Gaza lebih daripada 20 tahun dan menjadi seorang polis. Dia mendapat latihan daripada beberapa pakar antarabangsa.


Rahed Taysir Al-Hom, pakar pemusnah bom, roket dan peluru
Pakar Pemusnah Bom: Rahed Taysir Al-Hom
Upacara kebumiannya telah dihadiri pleh ratusan penduduk yang sedih ekoran gugurnya seorang anggota masyarakat yang disenangi penduduk selain banyak berjaya kepada penduduk Gaza.


Rahed Taysir Al-Hom
Rahed Taysir Al-Hom

Beliau merupakan seorang ketua unit yang bertanggungjawab memusnahkan bom dan roket yang tidak meletup di selatan Gaza bagi mengelakkan daripada meletup dan mencederakan beratus-ratus penduduk tempatan.

Penduduk Gaza sering berdepan dengan ancaman bom, peluru dan roket yang digugurkan oleh Tentera Syaitan Zionis dari udara dan berada di celah-celah runtuhan bangunan serta di jalan raya.

Beliau terkorban semasa cuba mematikan sebutir bom seberat 500 kilogram pada pukul 10.30 pagi semalam semasa pertempuran antara Palaestin dan Israel lebih sebulan yang lalu.

Before he was killed:
“Every time I hear that someone has been injured by a bomb on the ground I feel very sorry. This is my responsibility. But we are very limited and don’t have proper equipment. My wife thinks I will come home one day in pieces in a box.”
Source: The Guardian.

Dalam kejadian itu, tiga rakannya dan dua wartawan juga turut terkorban. Semenjak pertempuran ini, beliau mendapat lebih daripada 70 panggilan yang meminta bantuan bagi memusnahkan dan mematikan bom yang digugurkan oleh tentera Zionis. Dia juga berjaya melupuskan hampir 400 bom pelbagai jenis sepanjang berkhidmat sebagai pemusnah bom sehingga kini yang memasuki konflik terbaru di Gaza yang membunuh lebih daripada 2,000 penduduk Semenanjung Gaza.

Marilah sama-sama kita sedekahkan A-Fatihah untuk Rahed Taysir Al-Hom.... moga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang dirahmati oleh Allah Taala. "Gugurnya Seorang Pakar Pemusnah Di Gaza" sebagai seorang yang mati syahid di sisi Allah Taala. 

#PrayForGaza #FreedomForGaza #DoaUntukGaza #BebaskanGaza
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Gugurnya Seorang Pakar Pemusnah Bom Gaza"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top