Keputusan Persahabatan Antarabangsa Tajikistan vs Malaysia 8 Ogos 2014


Keputusan Persahabatan Antarabangsa Tajikistan vs Malaysia 8 Ogos 2014. Pasukan Harimau Malaya gagal melakar kemenangan pertama di bawah kendali jurulatih baru, Dollah Salleh apabila tumpas 1-4 kepada Tajikistan di Stadium Sentral, Dushanbe, Tajikistan.

Tajikistan vs Malaysia, Malaysia vs Tajikistan
Tajikistan vs Malaysia

Berkunjung ke gelanggan lawan, anak--anak buah Dollah Salleh dilihat agak sukar menyaingi susuk tubuh yang tegap daripada pihak lawan, selain menampilkan corak permainan keras hingga memaksa pemain Harimau Malaya terkial-kial untuk membentuk persefahaman antara mereka. Pemain Malaysia sering saja kehilangan bola, boleh dianggap satu pelawanan yang berat sebelah.


Amri Yahaya, sumbang gol tunggal Malaysia
Amri Yahaya Sumbang Gol Tunggal Untuk Malaysia

Malaysia berada di rangkin ke-151, sementara Tajikistan berada di tangga ke-124 dalam rangkingnPersekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). Kedudukan ini sememangnya sukar untuk menyaingi pihak lawan yang berada di kedudukan yang lebih baik.

Skuad kendali Mukhsin Mukhamadiev, Tajikistan mendapat empat gol melalui sumbangan pemain hebat mereka iaitu Davron Ergashev, Khurshed Mukhmudov, Fatkhullo Fatkhuloev dan Nuriddin Davronov.

Sementara hasil gol tunggal  pemain Malaysia diperolehi oleh pemain veteran, Amri Yahaya hasil sumbangannya melalui tendangan penalti setelah Mat Yo dijatuhkan di kotak penalti lawan pada separuh masa pertama.

Percaturan Dolah membuat pertukaran pemain pada babak kedua perlawanan tidak mengubah keputusan dan juga aksi perlawanan mereka. Hinggalah kekal dengan keputusan, Malaysia tewan dengan 1-4 di tangan Tajikistan.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Keputusan Persahabatan Antarabangsa Tajikistan vs Malaysia 8 Ogos 2014"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top