Data Peribadi Pekerja Malaysia Diceroboh


Data Peribadi Pekerja Malaysia Diceroboh. Dengar saja diceroboh, hati terus berdegup kencang. Maklum sajalah ini berkaitan maklumat peribadi, mana tahu terkena kepada kita, nahas nanti. Dikhabarkan lebih daripada 14 juta pekerja sektor awam dan swasta berdepan risiko kebocoran maklumat peribadi apabila badan berkanun di negara kita didakwa menjadi lubuk menjual data peribadi.


Ancaman Jenayah Siber
Data Peribadi Pekerja

Daripada maklumat diterima, ada sendiket tertentu yang menjual data peribadi pekerja untuk mendapatkan keuntungan berganda. Ada segelintir pegawai terbabit yang menjual kepada Ah Long dan syarikat penyedia perkhidmatan bagi tujuan tertentu. 

Sebenarnya sendiket ini sudah lama berlaku, tetapi kita sebagai pekerja sudah tentu terasa bimbang terhadap isu ini. Mana tahu jika berlaku diluar jangkaan, kita ditipu oleh mereka yang bertindak untuk menganiaya kita dengan mempalsukan maklumat peribadi, menjual kepada mana-mana syarikat yang kita tidak tahu statusnya.


Data Peribadi Pekerja Malaysia Diceroboh
Jabatan Perlindungan Data Peribadi
 
Walaupun sudah ada Akta Perlindungan Data Peribadi yang diluluskan oleh Parlimen pada tahun 2010 tealh dikuatkuasa, namun jarang kita dengar mereka terbabit dihukum di bawah akta tersebut. Tiada bukti kukuh dan sukar hendak bongkarkan sendiket ini menyebabkan akta itu hanya sekadar nama sahaja.

Sendiket biasanya akan upah orang dalam untuk mendapatkan maklumat data peribadi pekerja bagi tujuan tertentu. Selain badan berkanun, jenayah jual beli data peribadi pekerja juga turut berleluasa dalam industri telekomunikasi, perbankan, dan jabatan-jabatan kerajaan yang lazimnya menyimpan maklumat peribadi, status pekerjaan, alamat pekerja, nombor telefon, rekod perbankan dan sebagainya.

Lebih membimbangkan, kebocoran data peribadi akan berakhir dengan kes jenayah seperti ancaman jenayah siber, penipuan melalui panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel, cabutan bertuah, menang hadiah berupa wang, digodom atau dihacker dan sebagainya. Inilah membimbangkan kita semua.

Oleh itu kita berharap agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) pantau terhadap mana-mana institusi yang terbabit bagi mengekang jenayah komersial dalam kehidupan seharian kita atau di alam siber. Data Peribadi Pekerja Malaysia Diceroboh ini harus dilindungi sebagai satu maklumat data peribadi yang tidak boleh sewenang-wenangnya didedahkan.


Untuk Lapor Segala Permasalahan Tentang Data Peribadi Pekerja di:

Jabatan Perlindungan Data Peribadi
Aras 6, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia,
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel : 03-8911 5000
Faks : 03-8911 7959
Emel : aduan @ pdp.gov.my
Kaunter Pendaftaran : 03-8911 5113/7919/5119/7925/7802.


Untuk Lapor Segala Berkaitan Rasuah di:

Ibu Pejabat SPRM
Blok D6, Kompleks D
Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan
Peti Surat 6000
62007 Putrajaya.
Tel : 03-88867000
Faks : 03-88889562

Atau

Pejabat SPRM (Presint 3)
Aras 7 & 8,
Bangunan 26 Boulevard
Lot 3C4,
Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan
Presint 3,
62675 Putrajaya.
Tel : 03-88867000
Faks : 03-88889562

Atau

Pejabat SPRM (Presint 15)
No. 4 & 6,
Jalan Diplomatik 3/1,
Presint 15,
62502 Putrajaya.
Tel : 03-88867000
Faks : 03-88889562


Untuk Lapor Segala berkaitan Komunikasi Dan Multimedia di: 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Tel: +60 3 8688 8000
Faks: +60 3 8688 1000
Emel : ccd@cmc.gov.my
Laman Web : www.mcmc.gov.my
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Data Peribadi Pekerja Malaysia Diceroboh"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top