WWE Live Bakal Gegarkan Malaysia


WWE Live Bakal Gegarkan Malaysia. Malaysia adalah satu-satunya negara eksklusif di rantau asia tenggara yang menganjurkan World Wrestling Entertainment (WWE) secara live selepas kali terakhir dianjurkan pada 2002 lalu. Kini ianya telah kembali lagi digegarkan dengan kehadiran The Miz dan 18 bintang gusti antarabangsa sempena dengan siri jelajah WWE LIVE 2014 di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 10 dan 11 Oktober ini.


 Foto Sumber: The Miz Bakal Gegarkan Malaysia

WWE Live 2014

Pada aksi tahun 2002 yang lalu, peminat gusti di Malaysia ternyata terhibur dengan aksi bintang gusti antarabangsa ini. Pihak penganjur, Malaysia Major Event dan ASTRO Malaysia Holding Berhad membawanya semula secara langsung untuk peminat di seluruh Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

The Miz atau nama sebenarnya, Michael Gregory Mizanin, 34, bakal membuat persembahan sulong beliau di hadapan penonton dan dijangka kira-kira 10,000 di seluruh dunia akan menyaksikan perlawanan tersebut secara live (secara langsung).

Pemegang gelaran "Triple Crown Champion" yang ke-25 itu turut berjanji akan membuat persembahan yang terbaik dan tidak akan dilupakan oleh para peminat gusti tanah air. Beliau tidak sabar untuk beraksi dan menunjukkan aksi mengkagumkan sebagai tanda kesetian peminat di Malaysia. "Ini merupakan peluang istimewa kerana dapat mendekati peminat saya di sini dan saya sudah tidak sabar ", katanya.

The Miz telah memenangi 11 kejuaraan WWE dijadualkan akan berentap dengan seorang pengusti profesional, Sheamus yang sebelum ini pernah merangkul kejuaraan WWE di Amerika Syarikat pada awal tahun ini untuk kategori juara antara juara.

"Skull Crushing", "Finale" dan "Figure-Four Leglock" adalah satu skil gerakan yang dibiasa digunakan oleh The Miz dan beliau sedang giat berlatih sebagai persediaannya untuk beraksi nanti.  

Nama pengusti lain yang dijangka hadir ialah John Cena, Seth Rolling, Big Show, Bray Wyatt dan Los Mata dores, Sheamus, AJ, Bo Dalles dan ramai lagi.

Harga Tiket

  • Astro Prestige Club - RM 1,230.
  • Ringside Arena - RM 728.
  • Ringside Retractable - RM 398.
  • Premier - RM 298.
  • Retractable - RM 198.
  • Lower Tier - RM 198.
  • Upper Tier - RM 128.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "WWE Live Bakal Gegarkan Malaysia"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top