Pengulas Sukan Hasbullah Awang, Pergi Mu Tak Kembali - Al-Fatihah

Pengulas Sukan Hasbullah Awang, Pergi Mu Tak Kembali. Beliau dilaporkan telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) akibat komplikasi jantung. Allahyahram dimasukkan di IJN semenjak seminggu yang lalu. Beliau merupakan pengulas sukan popular dan terkenal dalam sukan-sukan tempatan dan laur negara semenjak tahun 1980 lagi. Beliau lahir pada 9 September 1952 di Telok Intan, Perak



Pengulas Sukan Hasbullah Awang, Pergi Mu Tak Kembali
Allahyarham Datuk Hj Hasbullah Awang (9 Sept 1952 - 12 Februari 2015)


Pengulas Sukan Hasbullah Awang , Pergi Mu Tak Kembali


Pengulas sukan Hasbullah Awang,
Pergi mu tak kembali,
Meninggalkan kita tanpa diundang,
Menuju ke destinasi Syurga Ilahi.

Pengulas sukan amat popular,
Dengan colotehnya meresap jiwa,
Bila mendengar suara latar,
Sudah tahu siapa gerangannya.

Hebat berbicara tentang sukan,
Sukan luar maupun negara,
Suara emas cukup menghiburkan,
Menyiar arena sukan semasa.

12 Februari menjadi kenangan,
Hilangnya seorang berhati waja,
Cekal berbicara tanpa halangan,
Meniti bibir ulasan dijaja.

Namun apakan daya kita,
Allah lebih menyayanginya,
Pergi tak kembali bersuara,
Menemui Ilahi tibanya masa.

Lahir pada 9 september,
Berakhir denyutan jantung di dada,
12 Februari berita tersebar,
Di media masa pun ada.

Hilangnya seorang pegulas berwibawa,
 Tinggal nama sebagai tanda,
Menantap sayu tangisan jiwa,
Kenangan abadi rindu menerpa.

Al-Fatihah dihulur tanda setia,
Moga rohnya dicucuri rahmat,
Tempatkanlah dikalangan para anbia,
Dengan iringi doa selamat.


Kita semua rakan-rakan kita ucapkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Datuk Hj Hasbullah Awang, pengulas sukan tanahair yang kita sayangi. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin....
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
2 Komentar untuk "Pengulas Sukan Hasbullah Awang, Pergi Mu Tak Kembali - Al-Fatihah"

Perginya seorang pengulas sukan tersohor di Malaysia selain daripada Datuk Rahim Razali yang seangkat dengan Allahyarman. Al-Fatihah dan takziah buat keluarga Hj hasbullah Awang.

Tanpa Nama
delete

“ Renovation Budget ikut kemampuan anda sendiri nan Quality “

Membaiki Rumah, membuat rumah dan pertukangan serta kerja2 lain dengan harga yang sangat berbaloi

Kerja-kerja yang kami jalankan:

·         ubahsuai rumah baru, lama dan pejabat

·         memasang tiles,

·         ceiling, partition dll

·         mengecat

·         pembaikan dan penyelenggaraan rumah

·         kerja wiring rumah dan pejabat

·         memasang pintu,grill, gate, autogate

·         Memasang Karpet

·         Pendawaian Elektrik

·         Car Porch

·         Awning

·         dan lain lain berkaitan lg.

Hubungi segera untuk perbincangan lanjut :

Dick Zul   012-380-1141, 017-219-3059

Sila encik bandingkan harga dengan yang lain

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top