Header Ads

Arsenal Makin Ghairah Pertahankan FA Cup

Arsene Wenger, pengurus pasukan Arsenal Makin Ghairah Pertahankan FA Cup. Pasukan kendaliannya telah berjaya mencapai kemenangan 2-1 ke atas Manchester United pada aksi suku akhir FA Cup yang lepas. Ini adalah suntikan semangat untuk melangkah lebih jauh di Liga Juara-Juara menentang AS Manaco nanti.



Arsenal vs Manchester United FA Cup


Arsenal Makin Ghairah Pertahankan FA Cup



Arsenal memperolehi jaringa melalui Danny Welbeck dan Nacho Monreal ketika mengalahkan Manchester united. Kemenangan ini melayakkan The Gunners  ke peringkat separuh akhir dan akan menentang Reading atau Bradford.

Kemenangan ini menjadi motivasi ke pada pasukan Arsenal dan akan memberi aksi terbaik mereka pada aksi Liga Juara-Juara nanti. Mereka akan menentang kelab dari Perancis AS Manaco. 


Kegemilangan Arsenal Diteruskan


Bagi pengurus Arsenal, Arsene Wenger, mereka begitu ghairah untuk bertanding di kejohanan domestik lain. Setiap kejohanan yang mereka serta ini akan diberikan perhatian yang lebih bagi meneruskan kegemilangan Arsenal pada musim ini.

Sejak akhir-akhir ini, Arsenal mencapai keputusan yang mengalakkan. Ini menjadi motivasi kepada beliau untuk merencanakan strategi di setiap perlawanan yang mereka tempuhi.

Arsenal makin ghairah pertahankan FA Cup dan bukan itu saja, pasukan Arsenal juga memasang impian untuk menang di setiap perlawanan yang mereka tempuhi dan berhajat untuk menjadi juara setiap kejohanan yang mereka sertai.

Setia pemain melaksanakan tugas yang baik, setiap arahan yang diberikan oleh pengurus mereka telah dipergunakan sebaik mungkin. Ini membuat moral pemain bertambah tinggi dan keyakinan ini telah mereka terjemahkan dengan kemenangan di setiap aksi mereka.

4 ulasan:

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Dikuasakan oleh Blogger.