F1 GP Malaysia 2015 - Lewis Hamilton Tewas Di Sepang

F1 GP Malaysia 2015 - Lewis Hamilton Tewas Di Sepang. Pasa perlumbaan F1 GP Malaysia 2015 semalam, Lewis Hamilton tewas ketika beraksi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Beliau hanya berada di tempat kedua walaupun di permulaan perlumbaan beliau berada di petak hadapan.


F1 GP Malaysia 2015 - Lewis hamilton Tewas Di Sepang
F1 GP Malaysia 2015 - Lewis Hamilton Tewas Di Sepang


F1 GP Malaysia 2015 - Lewis Hamilton Tewas Di Sepang



F1 GP Malaysia 2015
F1 GP Malaysia 2015 - Lewis Hamilton Tewas Di Sepang



Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes AMG Petronas terpaksa akur dengan kekalahan beliau dengan pasukan Ferrari ketika beraksi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), walaupun bermula di petak pertama. Pemandu Jerman, Sebastian Vettel dari pasukan Ferrari berjaya menaiki podium setelah berjaya dengan strategi beliau yang hanya menggunakan hentian pit sebanyak dua kali.

Bekas juara dunia itu tampil dengan aksi yang memukau untuk mengecewakan pencabar terdekatnya, lewis Hamilton dan juga Nico Rosberg daripada pasukan Mercedes AMG Petronas semalam. Ia adalah hari yang cukup malang bagi Lewis Hamilton walaupun di F1 GP Australia beliau bergelar juara.



Strategi Tidak Mengena


Dalam perlumbaan semalam, Lewis Hamilton menggunakan hentian pit sebanyak tiga kali. tidak seperti Sebastian Vettel yang hanya menggunakan hentian pit sebanyak dua kali. Mungkin pasukan Mercedes AMG Petronas menjangkakan hujan akan turun pada lewat sebelah petang.

Walaupun Lewis Hamilton mengejar Sebastian Vettel dari awal hingga ke akhir namun kepantasan  kereta lumba sukar digugat kali ini. Strategi pengunaan set tayar medium dalam keadaan cuaca yang panas terik menjadi buat pasukan Ferrari kali ini.  

Namun begitu, walaupun tewas, Lewis Hamilton masih lagi mendahului 43 mata, sementara Sebastian Vettel di tempat kedua dengan 40 mata dan diikuti Nico Rosberg 33 mata.Begitulah yang berlaku di F1 GP Malaysia 2015 - Lewis Hamilton Tewas Di sepang.



Kehadiran Penonton Tidak Ramai


Jumlah penonton yang hadir sekitar 40,000 orang, tidaklah ramai seperti sebelum ini. Namun begitu ia berjaya menaikan semangat pelumba pasukan Mercedes AMG Petronas Lewis Hamilton dan Nicorosberg dengan aksi yang menyakinkan dan di hadapan penonton sendiri yang sentiasa memberi sokongan yang cukup hebat. Krew dan jentera berfungsi dengan baik dari mula perlumbaan hinggalah ke penamat.

Nasib malang yang menimpa pasukan Pastor Maldonado ( Lotus ), Jenson Button ( Mc Laren ), Fernando Alonso ( Mc Laren ), Marcus Ericsson ( Sauber ) yang tidak berjaya menamatkan perlumbaan mereka. Lebih malang lagi apabila Will Steven ( Marussia ) tidak memulakan perlumbaan beliau akibat masalah sistem brek. Dengan ini sahlah F1 GP Malaysia 2015 - Lewis Hamilton Tewas Di Sepang. Mereka akan beraksi lagi Di F1 GP China selepas ini.


Keputusan F1 GP Malaysia 29 Mac 2015


Ini adalah Keputusan Penuh F1 GP Malaysia 2015 ( Ahad, 29 Mac 2015 )

1. Sebastian Vettel - 1:41.05793s ( Ferrari )

2. Lewis Hamilton -  + 8.5s ( Mercedes AMG Petronas )

3. Noco Rosberg - + 12.3s ( Mercedes AMG Petronas )

4. Kimi Raikkonen - + 53.8s ( Ferrari )

5. Valtteri Bottas - + 1m10.4s ( Williams Mercedes )

6. Felipe Massa - + 1m13.5s ( Williams Mercedes )

7. Max Verstappen - 1m39.0s ( Toro Rosso )

8. Carlos Sainz - + 1 pusingan ( Toro Rosso )

9. Daniil Kvyat - + 1 pusingan  ( Redbull )

10. Danial Ricciardo - + 1 pusingan ( Redbull )

11. Remain Grosjean - + 1 pusingan ( Lotus )

12. Felipe Nasr - + 1 pusingan ( Sauber )

13. Sergio Perez - + 1 pusingan ( Force India )

14. Nico Hulkenberg - + 1 pusingan ( Force India )

15. Roberto Merhi - + 3 pusingan ( Marrussia )


Tidak habis perlumbaan:

1. Pastor Maldonado ( Lotus )

2. Jenson Button ( Mc Laren )

3. Fernando Alonso ( Mc Laren )

4. Marcus Ericsson ( Sauber )


Tidak Memulakan Perlumbaan akibat masalah sistem minyak:

1. Will Steven ( Marussia )
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "F1 GP Malaysia 2015 - Lewis Hamilton Tewas Di Sepang"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top