Header Ads

Piala FA 2015: Empat Pasukan Isi Slot Separuh Akhir

Piala FA 2015: Empat pasukan Isi Slot Separuh Akhir. Pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir adalah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Lions XII. Mereka membenamkan lawan mereka masing-masing di peringkat suku akhir lepas.



Piala FA 2015: Empat Pasukan Isi Slot Ke Separuh Akhir
Piala FA 2015


Piala FA 2015: Empat Pasukan Isi Slot Separuh Akhir


Piala FA 2015: Empat Pasukan Isi Slot Separuh Akhir. Pasukan yang berjaya ke peringkat separuh akhir adalah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Lions XII. Mereka berjaya mengalahkan pasukan masing-masing di peringkat suku akhir.

Pada 21 April yang lepas, Kelantan mengalahkan Sime Darby dengan agregat 4-1 dan Terengganu membenam Perak dengan agregat 3-1. Kelantan yang juga merupakan juara Piala FA tahun 2012 dan 2013 menang bergaya mengalahkan Sime Darby, pasukan terbawah dalam carta Liga Super 2015.

Pada perlawanan suku akhir kedua Kelantan vs Sime Darby, Kelantan menguasai perlawanan tersebut dan mendapat gol pertama melalui tendangan penalti oleh Mohd Badhri Radzi pada minit ke-40 apabila Austin Amutu dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Bersambung pada separuh masa kedua, Kelantan tidak mempersia-siakan peluang bermain di tempat sendiri, Stadium Sultan Muhammad Ke IV. Gol kedua diperolehi hasil jaringan Austin Amutu pada minit ke-57 dan satu lagi menerusi Erwin Carillo pada minit ke-74. Ini merupakan kemenangan pertama untuk pengendali baru Kelantan, Azraai Khor Abdullah. Pada suku akhir pertama, mereka seri 1-1.

Pasukan Terengganu pula berjaya ke separuh akhir setelah mengalahkan Perak dengan agregat 3-1 di Stadium Ipoh, Perak. Pasukan kendali Abdul Rahman Ibrahim bermain dengan baik walaupun mendapat tentangan daripada Perak. Mereka memperolehi gol melalui Paulo Rangel pada minit ke-21 dan pada minit ke-56, mereka mendapat gol hasil jaringan Issey Nakajima. Pada suku akhir pertama mereka seri 1-1.

Sementara itu, pada perlawanan suku akhir kedua 22 April 2015, Pahang dan Pulau Pinang terikat seri 2-2 tetapi Pahang layak ke separuh akhir dengan agregat 4-2. Pahang memperolehi gol menerusi pemain importnya Dickson Nwakeame pada minit ke-5 dan ke-10 dan Pulau Pinang memperolehi jaringan melalui Hiltom Moreira pada minit ke-76 dan ke-87. Pada suku akhir pertama Pulau Pinang kalah di tangan Pahang 2-0.

Pada aksi satu lagi perlawanan, Johor DT II terpaksa menelan kepahitan apabila kalah di tangan Lions XII dengan agregat 4-0.  Lions XII tiada masalah menyikirkan Johor DT II dalam aksi tersebut. Mereka memeperolehi gol hasil sumbangan Khairul Nizam pada minit ke-19 dan Nazrul Nazri pada minit ke-65. 

Pada perlawanan suku akhir pertama Lions XII menang juga dengan keputusan 2-0 ketika bermain di Stadium Jalan Besar, Singapura. Tahniah kepada keempat-empat pasukan, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Lions XII, telah berjaya ke separuh akhir. Dengan ini "Piala FA 2015: Empat Pasukan Isi Slot Separuh Akhir".


Saya sebagai peminat bola sepak negeri Kelantan, sudah pasti mengharapkan kemenangan pada separuh akhir nanti. Kelantan akan menentang Terengganu secara timbul-balik di separuh akhir. Di antara kedua-dua pasukan ini, pasukan manakah layak ditabalkan sebagai "Gergasi Pantai Timur 2015"

1 ulasan:

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Dikuasakan oleh Blogger.