Header Ads

Menara KL Disinari Cahaya Hijau Neon

Menara KL Disinari Cahaya Hijau Neon. Menara KL yang terkenal dengan salah satu bangunan pencakar langit telah disinari cahaya hijau neon sempena pelancaran wajah baru minuman berkarbonat Mountain Dew oleh syarikat pengeluarannya, Pemanis Sdn.Bhd (Pemanis).



                               
Kredit Foto: Utusan Online



Bangunan Menara KL yang ketinggiannya 421 meter itu bertukar warna kepada hijau neon pada mslam semalam bermula jam 10 malam sehingga jam 6 pagi. Satu kelainan dan begitu unik untuk dilihat pada waktu malam.



Keunikan Dan Kelainan Mountain Dew


Fenomena kehijauan sinari cahaya neon bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai dan pelancong asing melihat sendiri kelainan berkaitan apa yang terdapat pada minuman berkarbonat Mountain Dew edisi baru dengan pelabelan yang amat unik dan menjadi tarikan baru kepada pengemar minuman ini.

warna hijau neon terbabit mencerminkan semangat Mountain Dew yang mengalakkan orang ramai untuk lebih menyerlah dan berlainan daripada aspek pandangan dan pengalaman hidup di zaman teknologi ini.



Orang Ramai Teruja Melihat Keunikan Menara KL


Boleh dikatakan ia menjadi daya penarik orang ramai terhadap minuman berkarbonat baru Mountain Dew sehinggakan dapat menukarkan warna asal Menara KL Disinari Cahaya Hijau Neon.

Rata-rata orang ramai yang menyaksikan fenomena ini amat teruja dengan keindahannya cahaya kehijauan neon itu yang julung kali bertukar warna.

Bukan saja Menara KL, ada lagi bangunan lain bertukar warna hijau neon iaitu Menara Taming Sari (Melaka), Menara Alor Star (Kedah), Menara Landmark (Johor) dan Menara Komtar (Pulau Pinang).



Mountain Dew Bukan Sekadar Minuman


Mountain Dew bukan sekadar minuman berkarbonat biasa tetapi menampilkan perubahan sikap dengan memaparkan sikap individu yang bersemangat waja dan mampu menjadikan diri mereka berbeza daripada orang lain. Samalah apa yang terdapat pada perubahan rasa, warna yang unik dan terpesona dengan jenamanya yang hebat dan kemuncak kepada segala keunikan dengan mengubah landskap dan suasana malam terhadap Menara KL Disinari Cahaya Hijau Neon.

15 ulasan:

  1. dah lama tak meronda kat KL waktu malam....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ke Jaymiee dah lama tak ronda-ronda kat KL waktu malam. Pergilah sekali bersama keluarga. he..he...

      Padam
  2. cantik!, berserilah kl dengan lampu neon.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik Bro Adarain.... Rugi kalau tak lihat. Ia bukannya selalunya ada.

      Padam
  3. Dah lama tak panjat menara KL ini. Kali pertama kira-kira 12 tahun yang lalu. Lepas ni bolehlah bawa anak-anak melawat pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Vuat apa Mak Ila nak panjat menara KL, buat penat aje..... lihat di bawah je boleh nampak.

      Padam
  4. Salam perkenalan, singgah sini..
    Sangat cantik menara KL nie. Lama dah tak gi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasssalam....Mia, dah lama tak pergi KL tak apa dekat lain negeri pun ada cahaya neon ini.

      Padam
  5. Ooo ini rupanya. Dengar dalam radio haritu, semua menara di 4 negeri ada lampu neon ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh...rupanya di radio pun di war-warkan juga berkaitan lampu neon ini. Kalau macam tu senanglah nak tahu perkembangan semasa.

      Padam
  6. lama jugak rasanya tak gi menara kl nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha..ha...orang Banting pun jarang-jarang gi Menara KL. Habis daki menara apa hari-hari? Atau panjang gunung.. he..he...

      Padam
  7. Prediksi Bola Hamburger SV vs Freiburg
    http://tangkasnet99.co/prediksi-bola/prediksi-bola-hamburger-sv-vs-freiburg-09-mei-2015/

    BalasPadam

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Dikuasakan oleh Blogger.