Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015

Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015. Siapa sangka Johor DT yang Juara Piala AFC 2015 pada  31 Oktober lepas ketika menewaskan Kelab Tajikistan FC Istiklol dari Tajikistan kalah kepada Felda United dengan agregat 2-3.


Johor DT Gagal Ke separuh Akhir Piala Malaysia 2015
Johor DT vs Felda United


Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015

Siapa sangka dan boleh jangka Johor DT yang berstatus antara kelab terbaik di Asia tersungkur oleh kelab dari Malaysia Felda United 1-2 malam tadi di stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor.

Kemenangan yang dicatat oleh Felda United itu membolehkan mereka meneruskan kemaraan ke peringkat Separuh Akhir Piala Malaysia 2015 dengan agregat 2-3, dijangka berlangsung pada 2 Disember 2015 depan.

Felda United berjaya mengalahkan Johor DT 1-2 pada suku akhir kedua dan semasa di peringkat suku akhir pertama mereka sekadar seri 1-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor pada selasa lalu.


Rekod Kebal Johor DT Di Stadium Larkin Lebur

Kekalahan Johor DT malam tadi merupakan leburnya rekod kebal mereka di Stadium Tan Sri Hassan Yunos. Zah Rahman diangkat sebagai wira setelah menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-75. Sebelum itu, Felda United berada di hadapan pada minit ke-4 setelah Fernandes Agusto menyempurnakan sepakan penalti. Felda United mendapat tendangan penalti kerana dikatakan pertahanan Johor DT, Hariss Harun terkena bola di tangan dalam kotak penalti. Tendangan penalti itu tidak dipersia-siakan oleh Fernandes Agusto.
  
Walaupun ketinggalan 1-0, Johor DT tidak berputus asa, terus mengasak bertali arus ke kubu Felda United, namun mudah dipatahkan oleh pertahanan Felda United. Keputusan 1-0 memihak kepada Felda United kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Pada Separuh masa kedua bermula, Johor DT tidak menunggu lama, akhirnya setelah 6 minit kemudian Johor DT berjaya juga mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-51 menerusi jaringan gol ketua pasukan Safiq Rahim.

Kebuntuan menambah dan memburu jaringan telah dihukum oleh Felda United setelah Zah Rahman menjaringan gol kemenangan Felda United pada minit ke-75. Jaringan ini menambah lagi derita Johr DT untuk memburu jaringan kemenangan. 

Keputusan 1-2 memihak kepada Felda United menyebabkan Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015 musim ini.

Untuk mendapatkan keputusan perlawanan pasukan lain sila pergi ke artikel ini Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2015.

Jumpa lagi di lain keputusan yang lebih menarik lagi dalam Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015 pada 2 Disember 2015 nanti.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
4 Komentar untuk "Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top