Keputusan Penuh Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015

Keputusan Penuh Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015. Malam ini bermulanya perlawanan yang kita tunggu-tunggu Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015. Empat pasukan akan berentap untuk memburu tiga mata berharga sebelum mereka akan bermain lagi pada peringkat Separuh Akhir Kedua pada 6 Disember 2015.



Keputusan Terkini Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015
Piala Malaysia 2015


Keputusan Terkini Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015


Keputusan Penuh (2 Disember 2015, Rabu)

Pahang ( 0 ) vs ( 0 ) Selangor
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.
Penjaring Gol: Tiada Jaringan Dihasilkan


Felda United ( 2 ) vs ( 2 ) Kedah
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Majlis perbandaran Selayang, Selangor.
Penjaring Gol: Thiago Agusto - minit ke-14 dan 55 (Felda United)
                           Sandro Da Silva - minit ke-37 (Kedah)
                           Chidi Edeh - minit ke-63 (Kedah)


Empat pasukan yang layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2015, yakni Pahang, Felda United, Kedah dan Selangor akan turun untuk memburu tiga mata berharga malam ini sebagai bekalan untuk aksi separuh akhir kedua pada 6 Disember depan.

Pemburuan mereka pada aksi malam ini pasti menarik, di mana Felda United akan menanti kunjungan Kedah di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dan Pahang menjadi tuan rumah menanti Selangor di Stadium Darul Makmur, Pahang. Semua pelawanan berlangsung pada jam 8.45 malam. 

Mengikut perkiraan semasa, Pahang dan Felda United menjadi pasukan pilihan untuk berjaya memburu mata. Rekod cemerlang Pahang dan Felda United amat menarik. Lebih lagi terhadap Felda United apabila berjaya menyekat Johor DT dengan agregat 3-2 di Stadium Larkin, Johor. Ingin tahu tentang kekalahan Johor DT boleh ikuti artikel ini "Johor DT Gagal Ke Separauh Akhir Piala Malaysia 2015"

Namun begitu...jangan pandang mudah ke atas pasukan Selangor dan Kedah. Kita sedia maklum Kedah dan Selangor berjaya mengenepikan lawan masing-masing di peringkat Suku Akhir yang lepas.

Pada Suku Akhir yang lepas, Selangor menyingkirkan Sarawak, Pahang mengenepikan Lions XII, Felda United menyekat Johor DT dan Kedah menghalang PKNS FC untuk layak ke Separuh Akhir musim ini. Boleh ikuti Keputusan Suku Akhir Piala Malaysia 2015 29 November lalu.

Pastinya, semua jurulatih masing-masing sudah mengatur taktikal dan strategi ampuh untuk menburu kemenangan selesa untuk bekalan sebelum meneruskan perjuangan untuk memburu ke peringkat Akhir Piala Malaysia 2015.

Pada Pendapat anda, pasukan manakah yang berjaya mengutip tiga mata malam ini dalam pada itu jangan lupa ikuti "Keputusan Penuh Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015".

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
2 Komentar untuk "Keputusan Penuh Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015"

kelantan pun tak ke semi final ya. sayangnya

alahaii... tak ada pulak rimau selatan tu mengamuk macam sebelum2 nih... memang tak mendapat la kan...

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top