Mesyuarat Bersama AJK Best Blogger Network

Mesyuarat Bersama AJK Best Blogger Network | Ini merupakan mesyuarat pertama yang dijalankan oleh Group BBN bagi mendapatkan kata sepakat dengan ahli-ahli AJK, di mana hala tuju yang hendak dibawa terhadap group ini? Ia penting untuk membawa Best Blogger Network ke satu tahap yang dapat memberi kebaikan dan kemudahan kepada semua ahli.



Mesyuarat Bersama AJK Best Blogger Network
Berselfie Bersama AJK Best Blogger Network

Mesyuarat Bersama AJk Best Blogger Network

Yalah.... bagi mereka yang telah menubuhkan sesuatu kelab, pertubuhan atau group, pasti ingin melihat pencapaian dan perkembangan sesuatu kelab agar boleh pergi jauh ke hadapan. Tanpa ada kemajuan, sesuatu kelab itu tidak akan berjaya. Contohnya seperti "Kelab Best Blogger Network" ini. Mahu menjadikan Best Blogger Network dikenali ramai, terutama berkaitan dengan blogger.


Mesyuarat Bersama AJK Best Blogger Network
Kaum Hawa AJK BBN

Hendak berkumpul dengan AJK BBN bukan perkara yang mudah. Saya sebagai pengerusi perlu menghubungi setiap AJK satu persatu dan cuba yakinkan mereka dan memberi mereka semangat dan galakan agar sama-sama memajukan dan menaikan martabat kelab BBN ke peringkat yang lebih tinggi, terutamanya hala tuju, visi dan misi BBN.

Saya menghubungi AJK melalui mesej Whatsapp BBN dan menceritakan serba sedikit tujuan diadakan mesyuarat atau perjumpaan rasmi ini. Alhamdulillah.... mereka memberi respon yang positif dan sanggup datang di tempat yang telah kami tetapkan. Walaupun ada antara AJK yang sibuk dengan hal ehwal kerja masing-masing.

Bermulanya Majlis Mesyuarat Best Blogger Network

Atur Cara Mesyuarat

Bertempat: Toran Coffee (Cafe) ditukar ke Restoran Mak Enon
Tarikh: 8 Mei 2016
Masa:  2.30 pm - Berkumpul ahli AJK BBN.
             3.00 pm - Kata alu-aluan pengerusi BBN, Abe Kamil.
             3.15 pm - Memperkenalkan biodata ahli AJK lebih detail.
             3.30 pm - Mesyuarat bermula.
             4.00 pm - Mesyuarat makan dan minum secara santai.
             5.30 pm - Bersel dan bergambar bersama BBN
             6.00 pm - Bersurai.
                 
           

Mesyuarat Bersama AJK Best Blogger Network
Keceriaan Terukir Di Wajah Setiap AJK

Majlis Mesyuarat atau perjumpaan ini telah ditetapkan pada 8 mei 2016, bertempat di Toran Coffee (Cafe) seksyen 13, Shah Alam, Selangor, bermula jam 2.30 petang tetapi bertukar lokasi atas sebab-seba yang tidak dapat dielak.

Sebagai pengerusi BBN, saya perlu bertolak awal dari rumah yang terletak di Ampang. Sudah pasti perjalanan agak jauh untuk ke Shah Alam. Saya bertolak jam 12.00 tengahari agar bila sampai di Shah Alam nanti tidaklah kelam-kabut nanti. Saya sampai di Toran Cafe jam 1 petang. Lebih kurang 1 jam perjalanan. 

Minta maaflah Toran Cafe, kami semua geng BBN tidak jadi makan di cafe korang dan terpaksa bertukar tempat di Restoran Mak Enon yang tidak jauh daripada lokasi tempat mesyuarat tersebut.

Orang pertama muncul adalah MahaMahu, blogger makan-makan yang terkenal dengan blog beliau yang review pasal makanan. Bolehlah korang terjah blog beliau jika ingin dapatkan di mana masakan yang paling best. ha..ha...

Orang terakhir yang sampai adalah sepasang suami-isteri yang cukup mantap dengan blog masing-masing, iaitu adzril.com (Adzril Maizan) dan magicalips.com (Dhia Vivadea).

Minit mesyuarat, saya tidak dedahkan di sini. Ia menjadi titik permulaan untuk menjadikan Best Blogger Network ke peringkat yang lebih tinggi dan dapat memberi manfaat kepada semua ahli yang rata-rata adalah blogger. Bila dah ada kata sepakat, maka kami semua ahli-ahli sama-sama berganding bahu untuk membantu sekadar termampu untuk bawa BBN tersebut. 

Insha Allah.... semoga Allah berkati segala usaha kami semua dan cita-cita untuk membawa hala-tuju dengan penuh rasa bertanggung-jawab setiap AJK dan semua geng BBN. Tanpa kerjasama sesama ahli BBN, group ini tidak akan ke mana. "Pi Mai Pi Mai Tam Tu".

Selepas ini, kita sebagai ahli AJK nak buat perjumpaan atau meeting lagi agar kita boleh ajak wakil Hexa Cooperation aka lynk.my untuk kerjasama yang lebih erat dan padu lagi. Insha Allah...


Nama  AJK Best Blogger Network

  1.  Penasihat Terhormat; Encik Fakhrul ( lynk.my )
  2.  Pengerusi: Abe Kamil (*)
  3. Timbalan Pengerusi: CahayaDiana (*)
  4. AJK 1: AlongXP
  5. AJK 2: Encik Adzril Maizan (*)
  6. AJK 3: Yeop Maz (*)
  7. AJK 4: Syireen
  8. AJK 5: Seri Nian
  9. AJK 6: Dhia Vivadea (*)
  10. AJK 7: Sobri Mansor
  11. AJK 8: Kak Shima (*)
  12. AJK 9: Iuzira (*)
  13. AJK 10: Norman Danish (belum sah).

Semoga selepas meeting ini, satu tindakan yang bagus daripada ahli gabungan untuk bekerjasama dan sukarela untuk tanam dalam diri masing-masing untuk pertingkatkan lagi apa yang kurang dalam group BBN. Tanpa anda semua AJK dan ahli biasa untuk bergabung tenaga ke arah apa yang kita hajati dan cita-citakan.

Kita sama-sama doakan agar segala urusan berkaitan Best Blogger Network dipermudahkan. Insha Allah....

Jangan lupa Mesyuarat Bersama AJK Best Blogger Network di masa akan datang. Diharap agar meeting kedua ini segala persoalan dan pertanyaan hala tuju BBN akan lebih jelas dan boleh diterapkan dalam naluri setiap ahli. 

Jika sesiapa nak join group BBN untuk sama-sama menaikan status blogger, dipersilakan hubungi saya sebagai pengerusi BBN di nombor telefon 0139995015. Sekian...terima kasih.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
7 Komentar untuk "Mesyuarat Bersama AJK Best Blogger Network"

Tahniah sebab berjaya jugak buat first meeting. Semoga BBN terus success dengan bekerjasama sesama ahli

tahniah tuan kamil..kesungguhan begini saya harap boleh dikekalkan momentumnya..

terima kasih kepada AJK dan pengurusan tertinggi yang sanggup bersusah payah memberi komitmen kepada BBN..keep it up dan well done you all.

terbaiklah semua ajk. tahniah

Tahniah sebab berjaya jugak buat first meeting. Semoga BBN terus success dengan bekerjasama sesama ahli


Jual Bulu perindu Termurah

sukses para juragan, salam kenal

Tahniah! Makin serius makin menarik perjalanan kelab ni :D

Terima kasih atas artikelnya yang sangat bagus..

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top