Bajet 2014: Idea Anda Berharga, Adakah Suara Blogger Didengari?

Assalamualaikum.....
Salam Kemerdekaan...
Salam 1 Malaysia...........


Bajet 2014, suarakan idea anda, pendapat anda, peranan rakyat, saranan anda.
Adakah Suara Blogger Didengari?
            Menjadi satu kemestian bila mana akan ada pembentangan belanjawan untuk tahun 2014. Maka Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan mengsyorkan agar rakyat dapat memberi idea, saranan dan pendapat tentang bajet 2014. Kemungkinan belanjawan akan dibentangkan pada 25 Oktober depan.
 
Bajet 2014
           PM telah mengemukakan "Belanjawan Negara" selaras dengan peranan beliau sebagai Menteri Kewangan agar rakyat dapat memberi respon terhadap belanjawan ini. Beliau komited untuk terus mendengar  suara rakyat dan meletakkan kepentingan rakyat sebagai teras kukuh dalam rangka perbelanjaan tahunan negara.




Adakah Suara Blogger Didengari?

         Pelbagai pihak menyambut saranan yang PM kemukakan. Tapi sejauh mana respon beliau terhadap apa yang rakyat mahukan?  Sementara itu apa pula peranan kita sebagai blogger? Apa yang kita mahukan? Jika kita syorkan kehendak kita, adakah suara kita (blogger) didengari? Hanya PM dapat memberi jawapannya. Apa pula tindakan yang perlu kita lakukan sebagai seorang blogger Malaysia untuk terus memberi saranan dan peranan kita terhadap saranan PM itu?

         Gunakan peranan kita sebagai rakyat dan blogger Malaysia untuk memberi cadangan apa yang yang kita inginkan? Inilah masa terbaik untuk meminta sesuaitu agar segala kemudahan yang ada dapat digunakan sebaik mungkin. 

          Jika rakan-rakan mahu sesuatu untuk diluahkan apa saja saranan dan cadangan boleh kemukakan kepada PM di blog beliau:
http://www.1malaysia.com.my/blog/bajet2014-idea-anda-berharga/


Petikan Daripada PM Di Blognya:
 
        23rd Ogos 2013 by Najib Razak

Dalam masa yang terdekat ini, saya akan mengemukakan Belanjawan Negara selaras dengan kapasiti saya sebagai Menteri Kewangan. Sebagai kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat, saya percaya bahawa setiap rakyat mempunyai hak untuk bersuara dalam menentukan hala tuju kemajuan negara kita pada tahun hadapan.

Saya amat berbesar hati melihat rakyat berkongsi visi kami untuk melihat Malaysia berjaya di pentas dunia. Iltizam mereka jelas terlihat melalui sambutan dan maklum balas yang kami terima sebelum kami mengemukakan peruntukan kewangan setiap tahun. Sambutan ini kelihatan paling ketara pada tahun lepas, apabila kami menerima lebih 2500 maklum balas dan saranan dari pelbagai platform dan laman media sosial. Bajet 2013 mengandungi banyak maklum balas dan saranan yang telah dikemukakan ini.

Dalam keadaan ekonomi dunia masa kini, bermakna lebih penting untuk kita mengemukakan belanjawan yang berwawasan tetapi pada masa yang sama munasabah, yang akan dapat menentukan hala tuju dan kepesatan pembangunan negara kita. Ini merupakan satu cabaran tetapi saya percaya dengan bekerjasama sebagai sebuah negara, kita akan dapat mencapai hasil yang terbaik.

Pada 26 Ogos, kami akan menyediakan satu platform untuk rakyat supaya dapat bersama dan berkongsi pandangan mereka tentang Bajet 2014. Perbincangan ini akan tertumpu pada beberapa topik, termasuk kos sara hidup, perumahan dan kehidupan bandar, penjagaan kesihatan, keselamatan awam dan beberapa isu lain yang dekat di hati rakyat. Kami akan terus mengumpul saranan dan maklum balas anda sehingga 8 September, dan setelah itu ia akan dihantar ke Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan.

Untuk mencapai sasaran kita menjadi negara berpendapatan tinggi, kami memerlukan peranan setiap masyarakat. Saya akan menunggu idea-idea anda dengan penuh minat.
Bernama: 1malaysia.com.my

  
Intipati Bajet 2013 Yang Lalu

* Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.

* RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.

* RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.

* RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.

* RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka. 

* Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara. 

* RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi. 

* RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013. 

* Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

* Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

* SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

* Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

* Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.

* Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.

* Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.

* Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

* DanaInfra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.
  
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Bajet 2014: Idea Anda Berharga, Adakah Suara Blogger Didengari?"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top